"Apa yang Lia tengah lakukan sekarang ni? "Tanya Bonda pada Zahid.
Bonda menelefon Zahid ketika Zahid sedang sarapan.
"Lia ok je Bonda. "Kata Zahid.
Zahid risau Bondanya sakit kembali apabila terlalu memikirkan Lia.
Selepas berborak selama 10 minit, Zahid menghentikan perbualan.
Zahid bersiap untuk berjumpa dengan seseorang. Dengan ditemani 5 bodyguard berpakaian biasa, Zahid pergi ke sebuah cafe. Disana sudah ada yang menunggu.
"Lama ke tunggu kawan lama? "Tanya Zahid.
"Tak la lama sangat Putera Zahid. "Kata lelaki itu sambil ketawa.
Zahid berborak dengan lelaki itu kerana sudah lama tidak berjumpa. Selepas 2 jam Zahid meminta diri.
Lia pula di syarikat sibuk mengurus majlis sehinggakan Ikmal menelefon Lia pun tidak diangkat.
Jijie datang ke arah Lia dan memberi sebuah fail kepada Lia.
"Apa ni? "Tanya Lia.
"Ni fail untuk majlis, Si Indah tu kasi. "Kata Jijie.
Lia menggelengkan kepalanya melihat perangai Indah yang tak berapa nak cantik itu.
Share this novel