Azira menelefon Datuk Azri yang menjadi kekasihnya...
"Apa dah jadi ni? "Tanya Datuk Azri yang datang bersama pembantunya.
Azira menceritakan segalanya pada Datuk Azri.
"Amin saya nak awak ambil satu kereta and masukkan dia dalam kereta. "Kata Datuk Azri.
"Abang Azri nak buat apa? "Tanya Azira.
"Sekarang ni nama Azira adalah Alina. Azira dah mati!! "Balas Datuk Azri.
"Tak nak!! "Kata Azira.
"Azira dengar ni. Kalau Azira nak jadi kaya Azira kena masuk dalam keluarga Kamal. "Kata Datuk Azri.
Azira terpaksa mengikuti rancangan kekasihnya.
"Sekarang awak balik rumah Kamal. "Kata Datuk Azri.
Azira pulang ke rumah Kamal.
Bodoh kamal ni sanggup dia keluar rumah Mak Tengku semata-mata nak jadi miskin. Zahid yang ketika itu keluar dari bilik tidurnya...
"Mama dah balik!! "Jerit Zahid lalu memeluk kaki Azira.
"Ha.. haah mama dah balik. "Kata Azira.
Malam itu..
"Abang, Ina nak tidur asing boleh? "Tanya Azira.
"Kenapa? "Tanya Kamal semula.
"Ina tak selesa. "Kata Azira.
Azira keluauntuk bilik dan menuju bilik anak Alina.
Keesokan harinya...
"Ina, Azira kemalangan! "Kata Kamal.
Azira dan Kamal pergi ke hospital dan mengambil jenazahnya untuk dikebumikannya.
Selepas sebulan Azira dan Datuk Azri merancang segala-galanya. Azira keluar dari rumah Kamal sebagai perempuan curang dan menceraikannya.
Share this novel