"Putera panggil saya untuk apa ya? "Tanya Indah pada Ian.
Ian hanya mendiamkan diri dan membawa Indah. Ian membawa Indah ke restoran yang agak mahal.
"Hi, ada apa ya putera panggil saya?" Tanya Indah dengan lembut.
"Saja je nak kenal dengan Cik Indah. "Jawab Zahid.
Petang itu mereka berborak agak lama.
Sementara itu Lia datang ke syarikat Datuk Alina.
"Selamat datang. Cik Riana nak jumpa Datuk ke? "Tanya Kak Sally.
Sejak Lia menjadi orang penting dalam projek mereka semua mengubah panggilan pada Lia.
Lia mengangguk kepalanya. Kak Sally membawa Lia pergi ke bilik Datuk.
Lia dibawa masuk oleh Kak Sally.
"Ada apa ya Riana nak jumpa saya? "Tanya Datuk Alina.
"Saya nak tanya kenapa material design ni tak kemas. Adakah Datuk hanya membuang masa kami? "Tanya Lia tegas.
Datuk Alina menahan geram dengan pertanyaan Lia yang seakan mencari pasal dengannya.
"Saya rasa ok je dengan rekaan saya. "Jawab Datuk Alina.
"Kalau Datuk still tak nak ubah suai rekaan ,saya boleh batalkan projek ni. Banyak lagi syarikat yang nak amik projek. "Kata Lia tegas lagi.
Lia terus keluar dari bilik Datuk Alina. Datuk Alina yang marah akan Lia mengenggam tangannya dengan sekuat hati.
Lia yang berada dalam lif berasa puas dengan apa yang dicakapnya tadi. Lia menunggu Dina di lobi untuk membawanya balik. Ketika itu, Lia ternampak Ikmal yang berlalu tanpa memandang dirinya.
Dia masih marah pada aku. kata Lia dalam hati. Lia memegang rantai yang berada di lehernya.
Ikmal mengenggam erat tangannya. PA nya Ray memandang Ikmal.
"Tengku tak tegur ke Cik Riana? "Tanya Ray.
"Saya belum kuat bak bertemu dengannya. "Jawab Ikmal.
Sampai sahaja di bilik Datuk Alina.
"Tengku apa khabar? "Tanya Datuk Alina.
Datuk Alina membawa Ikmal ke sofa tetamu.
"Baik! Jadi kenapa nak jumpa saya, kalau tak silap kita dah tak ada kerjasama lagi.? "Tanya Ikmal.
"Saya ajak untuk benda lain. "Jawab Datuk Alina.
"Untuk apa ya? "Tanya Ikmal lagi.
"Tengku tahu kan Riana yang dibuang dari syarikat. Yabg dikatakan bocor rekaan? "Tanya Datuk Alina.
"Kenal..."Kata Ikmal yang mula berminat.
"Sekarang ni dia kerja dengan Putera Bornea iaitu Putera Zahid. Saya rasa tak sedap hati dengan budak ni. "Kata Datuk Alina.
Ikmal yang mendengar baru teringat akan cerita Lia yang mengatakan tentang Datuk Alina ialah ibunya.
"Jadi nak saya buat apa? "Tanya Ikmal.
"Saya dengar Tengku ada persefahaman dengannya. Saya kalau boleh nak rosakkan reputasi dia dari industri ini. "Kata Datuk Alina lagi.
Ikmal setuju untuk bekerjasama dengan Datuk Alina. Ikmal meminta diri untuk pulang ke syarikat.
Masuk sahaja di dalam kereta...
"Ray, awak tolong perhatikan Datuk Alina. "Kata Ikmal dengan tegas.
"Cik Riana? "Tanya Ray.
"Tak payah dia banyak yang menjaganya. "Kata Ikmal.
Ray yang pelik dengan jawapan Ikmal mendiamkan diri.
Share this novel