BAB 31

Romance Completed 7256

Mc naik ke atas pentas untuk memulakan majlis. Lia duduk di meja bersama Jijie. Ketika itu, Zahid datang sebagai VIP untuk menyaksikan perasmian.

Zahid duduk meja bersam Datuk Alina dan Ikmal.
Lia nampak Indah terlalu suka dapat duduk bersama Ikmal dan Zahid. Naik meluat Lia melihat si ulat bulu itu.

Mereka semua bertepuk tangan apabila melihat Datuk Alina naik ke atas pentas.

"Selamat malam semua. Saya bersama partner saya Tengku Ikmal amat gembira melihat support dari semua kalangan rakan dan pekerja. Terima kasih juga kepada Putera Zahid yang datang sini sebagai tetamu. Saya juga akan mempunyai projek baharu bersama Putera Zahid. Kata Datuk Alina.

Lia memerhati Datuk Alina yang tidak kekok berucap. Lia ketika itu nampak Dina sedang berdiri di belakang dewan.

"Baiklah, kita punya pelancaran barang kemas temanya ialah ‘Beauty Inside'.

Ketika itu, media semua terkejut dan berbisik antara satu sama lain.

Datuk Alina pula sibuk bercakap tanpa memikirkan apa-apa. Kak Sally naik ke atas pentas dan menunjukkan sesuatu.

Datuk Alina terkejut dan memandang ke hadapan.Seorang wanita yang anggun muncul di hadapan pintu.

"Hai, saya Datin Fira. Syarikat ini menciplak hasil kerja syarikat kami. Kata Datin Fira dengan lantang.

Media terus melakukan kerjanya. Lia tersenyum sinis melihat wajah pucat Datuk Alina.

"Apa bukti Datin nak cakap kami ciplak? Tanya Ikmal.

"Walaupun material kami tak sama macam syarikat Putera tapi design adalah sama. "Jawab Datin Fira.

Majlis menjadi kecoh dengan masalah yang timbul. Lia dari tepi hanya memandang sinis ke arah ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience