BAB 43

Romance Completed 7256

Sementara itu...

"Kau dah tahu siapa Riana? Tanya Datuk Alina.

Datuk Alina masih menyiasat tentang Lia.

"Tak Datuk. Tapi yang peliknya Cik Riana ni rekodnya bersih."Kata Penyiasat yang diupah.

Datuk Alina menyuruh penyiasat itu menyiasatnya lagi.Datuk Alina merasakan Riana adalah orang yang misteri.

Di rumah kosong..

"Nah, makan ni!"Kata Jijie.

"Terima kasih. "Kata Lia.

Jijie memandang wajah Lia dengan muka tanpa perasaan.

"Apa yang kau nak dari aku? "Tanya Lia.

"Aku saja culik sebab nak tengok reaksi orang yang sayang dekat kau. "Jawab Jijie.

"Aku tak suka Zahid pun. "Kata Lia.

"Aku tahu tapi Zahid sukakan kau. Kalau kau nak tahu sejak kau masuk syarikat Datuk Alina, aku rasa benci dengan kau sebab ramai yang sukakan kau. "Kata Jijie dengan sinis.

"Apa salah aku kalau dah orang sukakan aku. "Kata Lia.

"Aku yang hasut Indah kenakan kau untuk projek Ikmal. Aku nak kau dipecat."Kata Jijie dengan lantang.

"kenapa kau buat aku macam tu?Aku tak kacau hidup kau? "Tanya Lia.

"Memang la tapi aku rasa menyampah. Mulanya aku ok je dengan kau tapi start aku nampak kau rapat dengan Tengku Ikmal, aku jadi benci kau. "Kata Jijie.

Lia mendiamkan diri apabila mendengar Jijie menyebut nama Ikmal. Lia menyesal tidak mendengar kata Dina memakai alat pengesan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience