Lia ingin membantu abangnya untuk projek terbaru .Lia akan menyamar menjadi pembantu.
Keesokan harinya Lia menemani abangnya ke syarikat Datuk Alina.Kak Sally terkejut melihat Lia namun hanya mendiamkan diri dan membawa mereka ke bilik VIP.
"Selamat pagi Datuk"Kata Zahid.
"Selamat pagi juga Putera. "Jawab Datuk Alina.
Datuk Alina masuk ke dalam bilik bersama Indah.
"Asal perempuan ni ada kat sini? "Tunjuk Indah pada Lia.
"Indah behave! "Kata Datuk Alina.
Indah terus diam apabila ditegur.
"Cik Riana yang akan menjadi pengurus projek ni. Saya yang amik dia bekerja dengan saya bila saya tahu dia kena buang kerja. "Kata Zahid.
"Tapi Putera, Riana kena buang kerja sebab pecah amanah. "Kata Indah.
"Saya rasa kes itu belum disiasat lagi. Kalau betul pun miss Riana yang bocorkan, siapa pula jual design pada syarikat lain? "Tanya Zahid.
Lia baru terfikir, dia hanya menyuruh Zain bocorkan design tapi dia tak jual design pada syarikat lain.
"Kalau itu keputusan Putera, saya terima. "Kata Datuk Alina.
Lia dan Zahid keluar dari syarikat dengan senyuman puas.
"Ma tak pelik ke dengan Riana? Macam mana dia boleh kenal Putera? "Tanya Indah.
"Ma pun pelik juga. Tapi ma malas nak fikir. "Jawab Datuk Alina.
Di dalam kereta Lia tergelak bersama Zahid.
"Abang tengok tak wajah Indah. "Kata Lia sambil tergelak.
Zahid mengiyakan dengan menyambung gelakannya.
Lia sudah bersedia dengan plan barunya yang akan dikenakan pada Datuk Alina.
Share this novel