"Asal ramai sangat berkumpul ni? Tanya Lia pada Jijie.
Ketika itu Lia baru selesai mengeringkan bajunya selepas ditumpahkan oleh Indah.
"Rekaan bocor. Jawab Jijie dengan cemas
"Bocor! Macam mana boleh bocor? Tanya Lia walaupun dia tahu siapa disebalik dalang tersebut.
"Aku tak tahu. Yang aku risau lagi dua minggu dah nak due date. Kata Jijie yang risau dengan kerjanya.
Ketika itu hati Lia mula rasa bersalah dengan tindakannya.
Semua designer disuruh masuk ke dalam meeting. Lia ternampak Ikmal turut ada di situ.
"Macam mana rekaan kita boleh bocor? Tanya Datuk Alina dengan tegas.
Semua yang ada di situ hanya mendiamkan diri.
"Mama i think orang yang buat ni mungkin tak ada duit. Sebab tu dia curi untuk nak dapatkan duit. Kata Indah dengan sinis.
Lia memerhati kedua insan yang dibencinya.
"Apa kata korang buat je design baru.Kata Ikmal.
"Mana sempat, kita ada 2 minggu sebelum launching tau. Kata Datuk Alina kepada Ikmal.
"Kalau macam tu kita perlambatkan lagi dalam sebulan. Kata Ikmal.
"Kalau macam tu saya ikut cakap tengku. Kata Datuk Alina.
"Saya nak seorang pembantu dari syarikat Datuk untuk bantu saya. Kata Ikmal.
"Biar Indah je la abang Ikmal. Kata Indah manja.
Lia perhatikan sahaja dengan meluat ke arah Indah.
"Saya nak dia. Tunjuk Ikmal ke arah Lia.
"Abang Ikmal dia pekerja baru mana boleh. Kata Indah dengan suara tinggi.
"Baik Tengku. kata Datuk Alina.
"Mama!!.marah Indah pada Datuk Alina.
Selesai sahaja meeting hanya Lia dan Ikmal berada dalam bilik.
"Kenapa pilih saya? Tanya Lia.
"Sebab saya suka awak. Kata Ikmal .
Lia terkejut dengan pengakuan Ikmal yang terlalu berterus-terang. Namun memikirkan misi dia datang ke Malaysia...
"Maaf saya tak suka awak.Kata Lia.
Ikmal cuma diam mendengar pengakuan Lia.
Lia terus meluru keluar dari bilik dan pergi ke tandas. Di situ Lia menangis.
Maaf Ikmal selagi aku belum selesaikan misi aku.
Aku dah janji tak akan jatuh cinta dengan sesiapa.
Share this novel