Dina membawa Lia keluar pada hari minggu tersebut di Aeon untuk menonton wayang.
“Aku risau la kalau putera dapat tau pasal rancangan kau ni. Kata Dina
"Asal pulak.. tanya Lia yang tengah mengunyah
popcorn.
"Asal kau tanya, abang kau hari tu call nak cakap dengan kau.
Lia yang terlalu menikmati popcorn meminggirkan kata -kata Dina.
Selesai menonton wayang..
"Jom kita makan. Dina mengajak Lia makan.
"Jommm.. Lia yang lapar terus mengiyakan ajakan Dina.
Tiba-tiba Dina mendapat panggilan dari istana dan menyuruh Lia memasuki restoran dahulu.
Sementara Lia menunggu pesanan disiapkan
dia ternampak lelaki yang pernah menolongnya dulu memasuki restoran yang sama.
Lia terdengar percakapan lelaki itu..
"Sayang ni baru nak call kalau hubby you takde kat rumah kan?
Lia yang mendengar terasa nak muntah dan tak menyangka lelaki yang kacak tu adalah anak ikan.
Lia lagi terperanjat apabila melihat lelaki tu
duduk di hadapan seorang wanita yang cantik.
“Huish tak boleh jadi ni.. playboy juga mamat poyo ni. Lia yang mempunyai agenda jahat terus berdiri.
Sampai sahaja di meja lelaki tu dia terus menyimbah air yang ada di atas meja ke arah wanita yang cantik tu.
"Hei, apa ni ?Marah wanita yang disimbah oleh Lia. Lia terus menangis palsu dan berkata
"Sampai hati awak buat saya macam ni.
Lelaki tu berkata "Apa yang saya dah buat?
Lelaki itu bingung dengan perlakuan Lia.
"Awak curang dengan saya. Lia meneruskan lakonannya.
Wanita yang mendengar pengakuan Lia terus meninggalkan meja itu.
"Haha... padan muka. Lia terus ketawa selepas perempuan tu meninggalkan meja mereka.
“Awak kan yang jatuh depan 7 E tu? Apa masalah awak? tanya lelaki tu sambil menahan sabar.
"Haah tu saya .Lia terus duduk di depan lelaki itu.
"Asal awak buat macam tu? tanya lelaki itu
"Salah awak la dah ada kekasih still keluar dengan wanita lain. Jawab Lia.
"Kekasih? mana awak tau saya ada girlfriend ni.
Lelaki tu berasa pelik.
"Saya dengar awak call tadi cakap sayang apa bagai. Jawab Lia.
"Cik, yang saya call tadi tu yelah my mom.
Jawab lelaki tu sambil menahan ketawa.
"Err.. your mom! Saya tak tau sorry.
Lia ingin melarikan diri tapi ditarik tangan
oleh lelaki itu.
"Awak dah buat hal nak tinggal macam tu je?
Tanya lelaki itu sambil menarik Lia mendekatinya.
"Saya betul-betul minta maaf. Jawab Lia.
Tanpa disangka lelaki itu berbisik kepada
Lia.
"Ingat nama saya Ikmal, dan saya akan kejar
awak sebab dah buat hati saya dicuri.
Lia yang malu terus meninggalkan Ikmal.
Hati Lia berdebar apabila mendengar Ikmal berkata begitu.
Lia terus keluar dari restoran dan ternampak
Dina.
"Jom kita balik. Ajak Lia. "Asal pulak aku dah lapar ni. Bagitau Dina.
"Makan kat rumah je la "Ajak Lia pantas
Lia ingin balik ke rumah dengan cepat
untuk mengelakkan bertembung dengan
Ikmal.
Share this novel