BAB 32

Romance Completed 7256

Zahid memanggil adiknya untuk datang ke villanya. Lia datang bersama Dina dengan memakai jaket untuk elak dari dikenali.

"Semua tinggalkan saya dengan Puteri. "Kata Zahid dengan lantang.

Lia duduk di sofa hadapan abangnya.

"Ini rancangan Lia!! "Kata Zahid.

"Haah. "Jawab Lia.

"Lia tahu tak ini salah. Semua Lia buat salah. "Kata Zahid lagi.

"Apa yang salah? "Tanya Lia.

"Lia babitkan syarikat lain iaitu syarikat Ikmal. "kata Zahid.

"Nak buat macam mana. "Jawab Lia acuh tak acuh.

"Lia tahu syarikat Ikmal mengalami kerugian disebabkan sikap Lia. "Kata Zahid tegas.

Lia hanya mendiamkan diri. Dia tahu dia bersalah pada Ikmal namun dia takut Ikmal akan kecewa.

"Lia ingat abang tak tahu Ikmal tu pakwe Lia. "Kata Zahid.

"Abang stalk Lia"Lia terkejut bercampur Marah.

"Lia itu Puteri. Ingat abang tak letak bodyguard ke untuk jaga Lia. "Kata Zahid.

Lia terus keluar dari bilik dan memanggil Dina untuk balik.

Di dalam kereta Lia terus menelefon Ikmal. Ikmal mengankat telefon Lia.

"Tengku sibuk ke? Tanya Lia.

"Saya sibuk sangat ni Riana. Sejak kes majlis itu syarikat kena menanggung kerugian. "Jawab Ikmal.

"Ooo yeke kalau macam itu takpe la"Kata Lia perlahan.

"Riana, ada pape ke? "Tanya Ikmal.

Lia menidakkan dan menutup panghilan telefonnya.

Dina yang sedang membawa kereta memandang ke arah Lia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience