BAB 45

Romance Completed 7256

Ray masuk ke dalam bilik Ikmal. Dia menyerahkan fail kepada Ikmal. Ikmal membuka fail dan terkejut melihat isi kandungannya.

Ikmal terus keluar dan menelefon Zain.

"Mana kau? "Tanya Ikmal.

"Zain ada kat luar. "Jawab Zain.

"Ikut aku keluar. "Kata Ikmal tegas dan terus menutup panggilan.

Lia dalam keadaan kurang bermaya memandang bilik yang dia dikurung. Walaupun Jijie tak membunuhnya namun dia tetap takut. Peristiwa dia diculik dulu membuatkan dia mula menangis. Jijie yang tengah tidur di luar mendengar Lia menangis.

"Kau kenapa? "Tanya Jijie.

"Tak de pape"Kata Lia.

Jijie terus keluar dari bilik itu dan menyambung semula tidurnya.

Lia mengharap ada yang akan membantu dirinya.

Ikmal ditemani Zain pergi ke banglo Zahid. Sampai sahaja di sana mereka ditahan.

"Cari siapa? "Tanya Ian.

"Kami cari Putera Zahid. "Kata Zain.

Ian membawa mereka di depan bilik kerja Zahid.

"kenapa cari saya? "Tanya Zahid tegas kepada mereka.

"Tak payah formal sangat la. "Kata Ikmal.

Zain terkejut melihat abangnya yang rilek dengan Zahid walaupun tahu Zahid itu bulan calang-calang orang.

Zahid senyum ke arah Ikmal dan memeluknya.

"Apa khabar kawan lama? "Kata Zahid

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience