BAB 5

Romance Series 32341

"Awak jangan buat gila ya. Berhentikan kereta awak ni. Stop!"
Iman sudah mula mahu menangis. Tangannya sudah berada pada pemegang pintu kereta. Iqbal masih lagi ketawa kecil. Stereng kereta dilarikan cermat. Dia sengaja ingin menguji sejauh mana keberanian Iman.

"Rilekslah Iman. Kau duduk diam-diam je dekat tepi ni. Aku nak bawa kau melayari nikmat dunia. Kau tak nak ke?"

"Tolonglah Iqbal. Jangan buat benda bukan-bukan pada saya. Saya merayu."
Iman sudah mula menangis. Terbayang lagi wajah emak, ayah dan adik-adiknya di kampung. Apalah akan terjadi kepada mereka jika ditakdirkan sesuatu yang buruk berlaku kepadanya hari ini. Sungguh Iman menyesal bersetuju dengan cadangan Iqbal. Sepatutnya dia sudah terlebih dahulu meninggalkan Iqbal semasa di perpustakaan tadi. Tangisannya semakin kuat. Beg di tangan digenggam erat. Mahu membuat panggilan kecemasan, dia bimbang jika Iqbal nampak. Dalam keadaan begini, dia sudah nekad untuk membuka pintu kereta dan terjun sahaja. Nak jadi apa, jadilah. Asalkan dia tidak menjadi mangsa Iqbal.

"Oit! Tak payah buat drama Akasia pukul 07:00 petang nak terjun dari kereta bagai. Kain ingat aku ni jenis nafsu syaitan ke? Dah, cukup menangis. Kau tak nampak ke jalan ni? Ini kan jalan depan kolej kediaman kau. Kau nampak tak depan kau tu? Terpampang Kolej Canselor, UPM. Tak nampak lagi? Menangis bagai. Apa kau ingat aku ni perogol bersiri ke apa?"
Panjang bebelan Iqbal. Tangannya masih cekap melarikan stereng keretanya. Kelajuan keretanya makin diperlahankan.

Iman mula menarik nafas lega. Fuh! Lega. Sebaik sahaja Iqbal memberhentikan keretanya, cepat-cepat Iman melangkah keluar tanpa sebarang kata. Sempat disapu air matanya dengan hujung kain tudungnya. Sementara itu, di dalam kereta, Iqbal mengekek ketawa. Sakan dia mengenakan Iman hari ini. Puas hatinya dapat meluangkan masa dengan Iman, walau caranya tidak kena.

****************************

Sebaik sahaja kakinya sampai ke bilik, Iman menghamburkan tangisan sepuas hatinya. Dia duduk berteleku di atas meja belajarnya. Sungguh-sungguh dia menangis apabila mengenangkan apa yang telah berlaku pada hari ini. Jika Zaara ada, pasti teman baiknya itu menjadi tempat dia meluahkan perasaan. Terbayang juga wajah emak, ayah dan tiga orang adiknya di kampung. Pasti mereka kecewa kerana kakak yang menjadi kayu pengukur kepada mereka bertindak bodoh pada hari ini.

Setelah puas menangis, Iman melihat jam di atas meja. Sudah hampir jam 02:45 petang. Cepat-cepat dia menuju ke tandas. Khilafnya melayan perasaan sehingga terlupa dia belum menunaikan solat Zuhur.

*************************

Panjang zikirnya. Dan dia merasa sedikit tenang usai mengadu kepada Yang Maha Esa. Allah tidak akan menguji makhluk-Nya jika mereka tidak mampu. Iman bersangka baik. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Mujur Iqbal tidak bertindak di luar batasan. Allah masih melindunginya.

*************************

Sementara itu, Iqbal yang sudah tiba di rumahnya masih tidak lekang senyum di bibir. Rasa puas. Sedang elok dia berbaring di atas tilam, telefon pintarnya berdering.

Nombor tidak dikenali terpampang di skrin. Iqbal hanya membiarkannya. Pasti ada yang ingin berkenalan dengannya. Dia hanya membiarkannya.

"Eh lantaklah kau nak call berapa kali. Aku nak tidur. Berangankan si Iman lagi bagus."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience