BAB 10

Romance Series 32341

"Eh Iman...Iman...Kenapa dengan kereta ni Iman?"
Zaara menjerit kecil. Kereta Viva yang sedang dipandunya tiba-tiba tersengguk-sengguk. Cepat-cepat dia melarikan stereng kereta ke tepi jalan. Nasib mereka agak baik kerana ada ruang kosong yang luas di atas rumput di tepi lebuh raya itu. Naya juga kalau kereta itu tiba-tiba meragam di kawasan yang sempit. LPT 2 ini boleh dikatakan kerap berlaku kemalangan maut.

"Aduh kenapa dengan kereta ni Zaara? Tak pernah buat hal selama kita guna dekat dua bulan ni, hari ni tiba-tiba pulak meragam. Kita ni dekat LPT2 ni. Aku takutttttt!"
Iman menggoncang-goncang lengan Zaara. Dengan pantas, Zaara mencubit kuat tangan Iman.

"Isk kau ni. Kau ingat aku tak takut? Dah, dah. Jangan cakap bukan-bukan. Jom turun tengok apa masalah kereta ni. Jom."
Zaara membuka pintu sebelah pemandu dan terus ke bahagian hadapan Perodua Viva berwarna hitam itu. Bonet dibuka. Dia menggelengkan kepala. Bukan dia tahu pun pasal kereta sebenarnya. Iman pula tetap berada di dalam kereta.

"Oit! Amboi Mak Jemah! Aku berpanas dekat luar, kau sedap-sedap duduk dekat dalam. Dah, keluar. Cepat!"
Zaara menarik tangan Iman, mengajaknya keluar. Dan Iman, akhirnya mengalah.

"Apa masalah kereta kau ni Zaara?"
Zaara menjungkitkan bahunya, tanda tidak tahu. Iman mengeluh. Alangkah baiknya jika ada jejaka harapan bangsa yang datang tolong mereka. Nak diharapkan mereka berdua, memang sampai ke esoklah mereka tidak akan ke mana-mana. Sudahnya, mereka termenung di tepi jalan sambil Zaara cuba mendapatkan bantuan.

Tiba-tiba,
Sebuah kereta Toyota Vios berwarna silver berhenti di hadapan kereta milik bapa Zaara itu. Seperti pernah Iman lihat kelibat kereta itu, tetapi dia ingat-ingat lupa. Lagipun, di Kuantan bukannya kereta jenis itu hanya ada satu, malah mungkin mencapai ribuan buah.

"Siapa pulak berhenti ni Iman? Aku takuttttt!"
Zaara sudah mencapai tangan Iman, mahu mengajak Iman masuk ke dalam kereta. Lebih baik berada di dalam kereta berkunci daripada duduk di luar. Menyerah diri namanya tu. Manalah tahu orang tu nak culik ke, buat benda tak baik ke. Desis hati Zaara.

"Eh, cikgu Khairul."
Zaara mengerutkan dahi. Dipandang Iman, meminta kepastian.

"Kau kenal?"
Iman mengangguk. Fuh! Selamat mereka!

"Cikgu dekat sekolah aku."
Jawab Iman pendek. Jejaka itu mendekati mereka sambil melemparkan senyuman manis.

"Weh! Cair aku! Senyuman dia tu, perghhhh! Bujang lagi ke cikgu ni?"
Iman mencubit lengan Zaara. Dalam keadaan sekarang, sempat lagi Zaara jadi ulat bulu naik daun. Biasa dia ni! Tidak sempat Iman membalas, lelaki itu sudah sampai ke tempat mereka duduk.

"Kereta rosak?"
Iman dan Zaara mengangguk serentak.

"Boleh saya tolong tengokkan?"

"Eh, boleh-boleh. Seluas lautan saya tadahkan cikgu."
Jawab Zaara, over excited! Iman sudah menjeling tajam. Geram pula dengan perangai tak semenggah kawan baiknya itu.

Sementara itu, Iqbal memandu dengan kelajuan yang sederhana. Dalam fokus dia memandu, tiba-tiba matanya tertangkap pada dua susuk tubuh yang berdiri di samping sebuah kereta di tepi jalan.

"Iman dengan Zaara."
Cetusnya di dalam hati. Niat ingin berhenti, namun apabila melihat ada sebuah kereta lain dan seorang jejaka sedang melihat sesuatu pada bonet kereta mematikan niatnya.

Dan, secara kebetulan Iman memandang ke arah Honda City berwarna putih yang bergerak perlahan tetapi tiba-tiba melaju selepas melintasi kereta mereka yang tersadai di tepi jalan.

"Iqbal".
Iman bersuara perlahan, sambil matanya terus memandang ke arah kerera itu sehingga hilang daripada pandangan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience