Bab 19

Romance Series 32341

Pejam celik, pejam celik. Ramadan sudah kunjung tiba. Sedar tidak sedar sudah hampir empat bulan Iman bergelar seorang pendidik.
Pelbagai program dan aktiviti selain proses pengajaran dan pembelajaran di kelas telah Iman lalui. Tidak lupa juga dengan penyertaan pasukan sekolah di peringkat MSSD bagi acara Bola Tampar. Walaupun tidak berjaya merangkul gelaran juara, tetapi bagi Iman, dia boleh merasa bangga apabila pasukan sekolah mereka berjaya hingga ke peringkat separuh akhir namun terkandas dan hanya mendapat tempat keempat. Tambahan pula, itu merupakan kali pertama SMK Taman Desa Indah menghantar penyertaan dalam perlawanan Bola Tampar di peringkat MSSD.

Benarlah kata orang. Bergelar pendidik harus serba boleh, harus fleksibel dan harus sentiasa bersedia. Kadang-kadang orang nampak kerjaya sebagai guru itu mudah. Punch in jam 07:30 pagi dan boleh punch out seawal jam 02:30 petang, namun realitinya bukan begitu. Orang kata, cikgu ni cuti banyak, tetapi berapa ramai yang tahu dan lihat cuti itu adakalanya tidak digunakan untuk bercuti sebaliknya dihabiskan untuk kerjaya seorang guru. Setiap kerjaya memerlukan pengorbanan, begitu juga para guru. Yang penting, nawaitu.

Peperiksaan pertengahan tahun nampaknya akan diadakan selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. Bagi guru-guru menengah atas, terutamanya guru subjek Tingkatan Lima, setiap saat bersama murid, akan dimanfaatkan dengan bersungguh-sungguh. Kelas-kelas PJ biasanya akan digantikan dengan PK di kelas. Ada kalanya murid-murid Tingkatan Lima akan meminta kebenaran guru PJ mereka untuk berjumpa dangan guru-guru subjek peperiksaan untuk menelaah pelajaran.

"Iman, petang ni buka puasa dekat mana?"
Tegur Kak Rosiah, Ketua Bidang Kemanusian yang sudah dianggap seperti ibu oleh Iman usai mereka menunaikan solat Zohor di surau tengah hari itu.

"Iman macam biasalah, ibu. Buka puasa dekat Dewan Makan, dengan budak-budak asrama."

Jawab Iman sambil bersalaman dengan Puan Rosiah dan beberapa orang guru dan murid lain yang turut solat Zohor.

"Buka puasa dekat rumah Ibu ya petang nanti. Lepas Asar, Ibu datang ambil Iman dekat Aspuri. Boleh kita ke Bazaar Ramadan sekali. Ibu nak buat bubur lambuk Terengganu petang ni. Tok ma ada sekali. Baru sampai semalam."

Iman mengangguk. Acap kali juga ketika menjalani latihan praktikum, dia ke rumah Puan Rosiah.

"Boleh Ibu. Lagipun dah lama tak rasa bubur lambuk Terengganu."

****************

Hujung minggu pula, Iman mengambil kesempatan untuk pulang berbuka puasa di rumah keluarganya. Tambahan pula, semua umurid yang tinggal di asrama sekolah dibenarkan pulang bermalam. Usai memastikab semua penghuni asrama putera dan puteri pulang, Iman mula bergerak keluar dari pintu pagar Aspuri. Niat di hati dia ingin menaiki Grab ke Bandar Kuantan, dan menaiki bas Rapid ke Sungai Lembing seperti kebiasaannya. Melalui bangunan sekolah dan terus ke pintu pagar utama sekolah, Iman berjalan sambil menekan-nekan sesuatu di telefon bimbitnya.

"Pin, pin, pin, pin."

"Ya Allah."
Telefon di tangannya jatuh ke jalan tar. Terkejut sungguh dia dengan hon daripada kereta yang berada di tepinya. Kereta Cikgu Khairul!

"Phone aku."
Menitis air mata Iman apabila melihat skrin telefon bimbitnya yang sudah retak seribu akibat jatuh dia atas jalan tar itu. Sedang Iman masih terduduk menilik telefon bimbitnya, Cikgu Khairul keluar daripada keretanya dan menghampiri Iman.

"Alamak. Sorry Iman. Saya tak sangka Iman terkejut sampai terlepas phone. Bagi saya tengok phone Iman."

"Hurm..."

Iman mengeluh pendek. Dalam fikirannya dia berfikir macam mana dia ingin memesan Grab untuk ke Bandar Kuantan sekejap lagi. Jam sudah hampir ke pukul 03:00 petang ketika itu. Dia mahu menaiki bas ke Sungai Lembing jam 04:00 petang. Jika dia terlepas bas berkenaan, pasti dia akan lewat tiba di rumahnya. Sudah jatuh ditimpa tangga. Dia hanya mampu melihat telefon bimbitnya yang sudah retak seribu di dalam tangan Cikgu Khairul.

"Jom, kita beli phone baru."
Cadang Cikgu Khairul. Geram pula Iman rasa.

"Dekat-dekat nak raya ni orang nak shopping kuih raya, baju raya dan kelengkapan hari raya, bukan phone raya."
Getus Iman di dalam hati. Ingin diluah tetapi dia hanya berani berkata di dalam hatinya sendiri.

"Tak apalah cikgu. Boleh baiki lagi phone tu. Boleh cikgu beri semula phone tu pada saya?"
Sedih lirih suara Iman.

"No. The new phone is on me. Saya akan belikan Iman phone baru sebab ni semua salah saya."
Tegas jawapan Cikgu Khairul sehinggakan terpinga-pinga Iman dibuatnya.

"Errr..."

"Dah, tak ada tapi-tapi. Jom, masuk kereta. Kita beli phone baru untuk Iman."

Iman tiada pilihan lain selain daripada mengikut cadangan Cikgu Khairul.

Di dalam kereta,

"Iman nak ke mana dengan beg pakaian ni?"
Cikgu Khairul bertanya setelah agak lama suasana hening di dalam kereta sejak mereka bergerak keluar dari kawasan sekolah tadi.

"Saya nak balik Sungai Lembing."

"Dengan bas?"
Iman hanya mengangguk. Dan seketika suasana kembali menjadi hening. Cikgu Khairul lancar mengemudi keretanya sehingga mereka sampai ke ECM.

Usai memarkirkan keretanya di ruang bawah bangunan, mereka menuju ke premis yang menjual telefon yang berada di pusat membeli-belah terkenal di Kuantan tersebut.

"Pilihlah yang mana Iman berkenan."
Ujar Cikgu Khairul sambil menunjukkan beberapa jenis telefon bimbit terbaru yang berada di pasaran.

Iman menilik beberapa jenis telefon yang dirasakan sesuai dan masih dalam bajetnya. Sebenarnya dia ingin membayarnya dengan duit sendiri. Segan pula jika Cikgu Khairul benar-benar ingin membelikannya telefon baru.

Namun, dalam dia sedang mencari telefon bimbit yang sesuai, matanya tiba-tiba terpandangkan satu figura lelaki yang berjalan melintasi premis menjual telefon berkenaan.

"Iqbal! Dia buat apa dekat sini?"
Getus Iman di dalam hati. Dia hanya memerhati figura tersebut berlalu sehingga hilang daripada pandangan matanya.

"Dah siap pilih Iman? Yang ni okey?"
Lamunan Iman dihentikan oleh teguran Cikgu Khairul.

"Haaa, okey-okey."
Dan, Iman hanya bersetuju tanpa melihat jenis telefon bimbit yang dipilih oleh Cikgu Khairul.

"Bagi saya phone Iman yang pecah tadi."
Iman menyerahkan telefon bimbitnya yang sudah pecah berderai tadi kepada Cikgu Khairul. Fikirannya masih menerawang kepada sosok tadi.

"RM 4800 encik."

"Haaaaa?"
Terkejut Iman apabila mendengarkan harga telefon bimbit tersebut. Dilihatnya Cikgu Khairul sudah mengeluarkan sekeping kad daripada dompetnya.

"Eh, cikgu. Mahal sangat ni. Sekejap-sekejap. Sorry miss. I tak jadi ambil ni."
Kelam-kabut Iman meminta supaya penjual tidak menerima kad Cikgu Khairul. Penjual berbangsa Cina itu memandang Cikgu Khairul.

"Just swipe the card."

"Cikgu."

Dan Iman terdiam, apabila Cikgu Khairul dengan tegas meletakkan jari ke mulutnya.

**************
Sampai di kereta milik Cikgu Khairul, Iman sedaya-upaya ingin membayar semula harga telefon bimbit tersebut.

"Saya akan bayar balik harga phone ni tapi secara ansuran."

"Tak perlu. Anggap sahaja ini hadiah dari saya sebab saya dah rosakkan phone Iman tadi."

"Tapi cikgu, saya tak boleh terima. Mahal sangat ni. Apa pula orang kata nanti."

"Kalau Iman atau saya tak buka mulut, no one will know. Jadi, sekarang ni Iman ambil phone ni dan anggap ini hadiah dari saya, sebagai seorang kawan atau abang. Okey?"

"Tapi...,"

"Iman..."

"Ermmm...okey. Cikgu boleh drop saya dekat mana-mana. Saya boleh order Grab."

"No, sekarang ni dah pukul 4:15 petang. Kalau awak order Grab, kejar bas ke Sungai Lembing at this peak hour, saya rasa awak akan berbuka puasa dalam bas. Saya akan hantar Iman ke rumah. Now, fasten your seatbelt please."

Dan untuk kali ini, kemenangan berpihak kepada Cikgu Khairul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience