Bab 26

Romance Series 32341

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Kini, sudah hampir tiga tahun Iman bergelar seorang guru. Banyak pengalaman pahit dan manis telah dilalui sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat. Yang paling Iman tidak lupa, batch pertama yang diajarnya iaitu kelas 5 Al Biruni. Siapa sangka, murid kelas paling akhir itu mampu mencapai keputusan yang memberangsangkan dalam peperiksaan SPM. Paling manis apabila kesemua 21 orang murid lulus subjek Geografi dengan tiada murid mendapat gred D dan E.

Iman masih ingat sewaktu keputusan SPM tahun berkenaan diumumkan. Slip peperiksaan calon 5 Al Biruni ditatap satu persatu sambil mulutnya laju mengira. Air mata kegembiraan sudah mengalir laju apabila Setiausaha SPM memaklumkan bahawa GPS subjek Geografi melonjak dari 5.98 ke 3.83 pada tahun ini. Siapa sangka siapa menduga, kelas paling akhir daripada lima kelas Tingkatan Lima tahun berkenaan mampu menyumbang calon cemerlang. Dua orang calon dari kelas 5AB berjaya mendapat 5A. Dan bagi Iman pula, pencapaian ini sangat membanggakan kerana diberikan amanah mengajar kelas peperiksaan walaupun baharu sahaja melaporkan diri ke sektor pendidikan.

Dan kini, di usianya yang menginjak ke angka 27, dia lebih matang dan bersedia mengharungi perjalanan hidupnya. Iman juga sudah tidak bergelar seorang warden dan sudah memiliki sebuah kereta kebanggan rakyat Malaysia, Perodua Myvi hasil titik peluhnya bergelar seorang guru. Ekonomi keluarganya juga sudah bertambah baik apabila ayahnya sudah mampu mengeluarkan produk kerepek pisang sendiri yang dipasarkan di pelbagai platform dan tempat di samping masih berniaga.

Adik-adiknya, Angah yang sudah menginjak ke usia 24 tahun juga telah mendapat kerja sebagai seorang designer manakala Acik yang sudah tamat Tingkatan 6, sudah berjaya menempatkan diri di IPTA dalam peringkat ijazah manakala si bongsu masih lagi di Tingkatan Lima dan akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

"Kau termenung ingatkan siapa tu Iman?"
Tegur Cikgu Syafiah. Guru yang baru bertukar dari Johor ke Kuantan, yang duduk di meja sebelahnya menggantikan Cikgu Afiqah yang bertukar daerah balik ke kampung halamannya di Rompin.

"Tak ada siapa pun Kak Fiah. Cuma teringatkan kawan lama."
Iman menghela nafas panjang. Entah kenapa, tiba-tiba sahaja dia teringatkan Iqbal. Seingat dia, kali terakhir mereka berjumpa adalah pada dua tahun lepas sewaktu urusan pembelian kereta untuk ayahnya. Selepas dari itu, dia langsung tidak bertemu dengan Iqbal. Iqbal seakan-akan sengaja menghilangkan diri daripadanya. Iqbal ambil hati ke dengan ayatnya? Arghhh, tak kan lah. Iman cuba menyedapkan hatinya. Tapi, takkan lah lama sangat Iqbal terasa hati? Sampai dua tahun.

"Macam berat je bunyi tu. Tak nak story dekat akak ke?"
Duga guru Matematik yang anggun berbaju kurung moden berona hijau itu. Sekilas pandang, tentu orang ingat Cikgu Syafiah masih bujang sedangkan usianya sudah menjangkau 35 tahun dan mempunyai dua orang anak.

"Hurmmm. Akak, kalau akak lah kan, kalau seseorang cakap macam, ermmm, macam tak berapa sedap dengar, akak merajuk tak?"

"Cakap apa? Ayat Iman tu, tergantung tau."
Iman meletakkan pen merahnya. Dia berpaling menghadap Cikgu Syafiah.

"Urmmmm, cerita dia macam ni. Saya ada seorang kawan. Saya macam terlepas cakap, saya cakap, sekali lagi saya nampak muka awak depan mata saya, saya yang akan hilang dari bumi Kuantan ni. Haaa, macam tu. Tapi waktu tu saya tengah marah, saya tak sengaja. Tapi memang sejak dari tu, saya dah tak pernah jumpa dia. Saya pernah lah pergi kedai dia, tapi pekerja dia cakap, rahsia."
Terang Iman. Memang dia ada ke kedai kereta terpakai milik Iqbal selepas insiden kecil itu, dengan niat untuk memohon maaf tetapi malangnya, Iqbal seakan sengaja melarikan diri daripadanya.

*******************

"Assalamualaikum Fazli. Encik Iqbal ada?"

"Eh Cik Iman. Maaf Cik Iman, Encik Iqbal dah tak uruskan cawangan dekat sini. Sekarang ni, sepupunya yang ambil alih. Cik Iman nak jumpa sepupu Encik Iqbal?"
Terang Fazli.

"Eh, tak perlu. Ermmm, kalau tak keberatan, boleh saya tahu Encik Iqbal sekarang uruskan cawangan mana?"
Tanya Iman lagi. Dia sebenarnya tidak percaya dengan kata-kata Fazli, kerana dia sedar akan satu sosok berlari naik ke atas sewaktu dia melangkahkan kaki masuk ke premis itu tadi.

"Maaf Cik Iman. Saya tak pasti pula. Cik Iman mungkin boleh tanya pada sepupu Encik Iqbal. Mungkin dia tahu."

"Jangan. Tak perlu. Saya balik dulu Fazli. Terima kasih."

Iman kecewa. Dia mahu meminta maaf atas keterlanjurannya tempoh hari tetapi nampaknya Iqbal sudah nekad untuk tidak berjumpanya lagi.

******************

"Iman? Kenapa tiba-tiba senyap ni?"

"Eh, boleh pula aku mengelamun."
Desis Iman di dalam hati. Sebelum sempat Iman membalas, Cikgu Nadia dan Cikgu Arina masuk ke bilik guru dan menghampiri meja mereka.

"Guys, Cikgu Khairul, dia dapat tukar balik ke Selangor. Pertukaran akan berkuat-kuasa dari awal bulan depan."

"Seriously?"
Tanya Cikgu Syafiah. Iman terdiam, tidak percaya.

"Cikgu Khairul ada isi eg-tukar ke? Senyap-senyap je dia ya."
Sampuk Puan Rohana, guru paling senior antara mereka.

"Merajuk dengan si Iman ni lah agaknya tu, sampai minta balik Selangor."
Usik Cikgu Arina pula. Iman sudah menjegilkan matanya.

"Ehem, ehem. Gosip pasal saya ya?"
Eh, ngam-ngam pula Cikgu Khairul melintasi mereka.

"Betul ke kamu dapat tukar balik Khairul?"
Cikgu Khairul mengangguk.

"Ya kak. Sudah sampai masanya saya balik jaga mak ayah saya. Saya ni ada dua orang je adik-beradik. Adik saya perempuan, dah kahwin, dah ada keluarga sendiri. Saya tak boleh letakkan 100% atas bahu adik saya je. Lagipun dah lama sangat saya di tempat orang. InsyaAllah segala jasa, tunjuk ajar cikgu-cikgu di sini akan saya bawa dan praktikkan di sana."
Jelas Cikgu Khairul.

"All the best for you,"

"Selamat maju jaya."

"All the best adikku!"

"Semoga cepat dapat jodoh. Jangan tunggu-tunggu Iman lagi."
Dalam ucapan selamat maju jaya, terselit juga ucapan mengusik. Itulah kehidupan, kalau asyik serius 24 jam, tak menarik pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience