Bab 22

Romance Series 32341

"Errr..."
Saat lelaki itu berpaling ke belakang, Iman terkedu, kaku dia di situ. Tergagap-gagap dia mahu menjawab soalan Cikgu Khairul.

"Err, dah siap cikgu."
Apabila Cikgu Khairul membukakan pintu kereta, Iman cepat-cepat memimpin Irdina ke dalam kereta. Jantungnya berdegup kencang apabila dirasakan Iqbal masih melontarkan pandangan ke arahnya.

"Dah ke Iman?"
Tanya Cikgu Khairul kepada Iman. Iman mengangguk. Usai membantu Irdina duduk dengan selesa, Iman ingin kembali ke tempat duduk penumpang hadapan tetapi Cikgu Khairul menahannya.

"Iman, mari saya kenalkan dengan sepupu saya. Angah, ni cikgu sekolah abang. Cikgu Iman namanya."
Iman cuba tersenyum manis. Dalam masa yang sama, dia cuba menahan debar di dada. Harap-harap, Iqbal berlagak biasa sahaja.

"Hai Iman, saya Iqbal. Muhammad Iqbal."
Tegur Iqbal. Dan, Iman hanya mengangguk.

"Iman ni student UPM juga Angah. Sama dengan Angah. Iman, kalau nak tahu, Iqbal ni one of the best student dalam course Business. Same year graduated dengan Iman, last year. Tapi dia lagi tua lah dari Iman, dia dah 27 tahun this year. Dia ni sebenarnya ambil course Engineering dekat England, tapi sekerat jalan, dia stop dan balik ke Malaysia, buat Business pulak di UPM."
Panjang lebar pula penerangan Cikgu Khairul. Dari Iman tak tahu, sekarang dah jadi tahu.

"Err, selamat berkenalan Encik Iqbal."

"Haaa, lagi satu. Pak Long Imran, ayah Iqbal ni ada buka business jual used car. Bermacam-macam jenis ada. Dari yang kecil, sampailah yang mewah. Kalau Iman berhajat nak beli kereta, bolehlah survey-survey dengan sepupu saya ni. Kereta baru, kereta lama, mmg expert Iqbal ni. Dekat Kuantan ni pun dah ada satu cawangan."
Iman hanya mendiamkan diri. Banyak pula info yang Cikgu Khairul beri. Iman mula rasa tidak selesa, ditambah dengan renungan Iqbal kepadanya.

"Baik cikgu. Insha Allah. Boleh kita gerak sekarang cikgu? Dah hampir jam 02:30 pagi. Sekejap lagi dah nak masuk waktu sahur."
Iman memutuskan, nasib baik datang ideanya untuk bergerak pulang. Lagipun kasihan pada Irdina yang masih kurang sihat.

Cikgu Khairul melihat jam di tangan dan kemudian mengangguk.

"Okeylah Angah. Abang gerak dulu. Lepas sahur nanti, jangan lupa makan ubat. Dah tahu kamu tu gastrik, kenapa tak makan berbuka tadi? Kerja ni sampai mati pun tak habis. Jaga diri. Lagipun Mak Long dan Pak Long jauh. Assalamualaikum."

Usai bersalaman, mereka berpisah dan menuju ke destinasi masing-masing. Iman menarik nafas lega. What a small world! Dalam banyak-banyak klinik, boleh pula Iqbal ni datang ke klinik ni, dan yang paling dia tak sangka, Iqbal dan Cikgu Khairul merupakan sepupu. Harapnya, Cikgu Khairul lupalah tentang nama Iqbal yang pernah Iman sebut dulu.

***************

"Iman, tolong jangan jatuh cinta pada abang Khairul sebab aku masih menunggumu."
Saat kereta Cikgu Khairul berlalu pergi, Iqbal kembali ke keretanya. Memang sejak awal tahun ini, dia mengambil alih perniagaan ayahnya di sebelah Pantai Timur dan dia memilih untuk menetap di Kuantan kerana jarak yang lebih dekat ke Kuala Lumpur dan ke Terengganu serta Kelantan. Penambahan bilangan cawangan kereta terpakai ayahnya sudah bertambah menjadi empat di pantai timur, dua di Pahang manakala masing-masing satu cawangan di Terengganu dan Kelantan. Dua cawangan di Gombak dan Klang masih diuruskan oleh ayahnya sambil dibantu oleh pekerja-pekerja ayahnya.

***********
Benarlah kata orang-orang tua, apabila dah berjumpa sekali pasti akan ada perjumpaan kedua dan seterusnya.

Hari itu, selepas waktu persekolahan pada hari Rabu, Iman ke Bandar Kuantan untuk membeli keperluan raya untuk keluarganya. Rezekinya apabila gaji masuk awal memandangkan perayaan besar akan disambut. Selepas turun dari Grab, Iman berjalan kaki di sekitar tapak ekspo di perkarangan Stadium Darul Makmur. Banyak pilihan baju raya yang dijual. Tidak kurang juga banyak kuih raya yang dijual. Meriah.

Sedang asyik Iman membelek baju raya di sebuah khemah, tiba-tiba dia terlanggar seseorang.

"Maaf, maaf encik."

"Tak apa."
Dan saat mata bertentang mata, jantung Iman berdegup laju lagi sekali. Iqbal. Nama itu hanya mampu diseru di dalam hati. Iman kaku di situ.

"Err, err...saya pergi dulu."
Belum sempat Iman melangkah keluar dari khemah berkenaan, Iqbal memanggilnya.

"Iman."
Mahu luruh jantung Iman saat itu. Dapat dirasakan Iqbal sudah berdiri di sampingnya.

"Ni, beg plastik baju raya awak yang jatuh tadi."
Kata Iqbal sambil menghulurkan beg plastik berisi baju raya milik ibu dan adiknya. Cepat-cepat Iman menyambut huluran itu. Matanya sedaya-upaya dilarikan daripada pandangan Iqbal.

"Cikguuuuu Imannnn!!!"
Tiba-tiba Iman terdengar namanya dijerit. Rupanya salah seorang murid di sekolahnya memanggilnya.

"Awak buat apa dekat sini, Fatin?"
Tanya Iman setelah Fatin datang mendekatinya. Iqbal yang masih di situ hanya memandang perilaku Iman dan anak muridnya.

"Ibu saya meniaga kerepek cikgu. Tu, dekat hujung sana. Jom cikgu. Ibu saya cakap, kalau ada guru-guru saya yang datang beli, ibu saya nak bagi free je."
Seloroh Fatin.

"Ye, ye je awak ni. Nanti kang kalau cikgu pilih banyak-banyak, boleh bankrupt ibu awal."
Iman tertawa halus.

"Betullah cikgu. Kalau tak percaya, jom ikut saya."
Fatin menarik tangan Iman dan mereka berdua kemudiannya berlalu meninggalkan Iqbal yang masih berdiri di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience