"Bal! Malam minggu ni jom main badminton. Dah lama weh kita tak keluar malam minggu. Assignment dah siap kan? Apa lagi, jom weh!"
Zikri menepuk bahu Iqbal yang sedang menghirup sirap bandung di kafe kampusnya. Tersedak Iqbal. Lantas dikerling sahabatnya yang hanya tersengeh memandangnya.
"Kau ni kalau aku mati tersedak air ni macam mana? Kau nak mandikan jenazah aku? Nak solatkan jenazah aku?"
"Woi! Jauh kau melalut! Tak matinya setakat tersedak sirap bandung Mak Cik Limah ni. Propa lebih kau ni!"
"Aku sebut kalau tadi. K. A. L. A. U. Kalau."
Iqbal menyambung hirupan airnya. Zikri turut melabuhkan duduknya di hadapan Iqbal.
"On?"
Tanya Zikri sambil menaikkan keningnya.
"On apa?"
Balas Iqbal acuh tak acuh. Sebenarnya matanya sekarang tertumpu ke arah Iman yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam kafe bersama kawan baiknya, Zaara.
"Badminton lah weh. Malam minggu. On eh? Aku nak book court."
Zikri menaip sesuatu pada telefon pintarnya. Mungkin sedang menempah gelanggang badminton untuk malam esok.
"Hurm..."
"Hurm je? Hurm kau tu banyak maksud. Mana satu maksud kau? Jadi ke tak jadi?"
"Siapa lagi ikut?"
Mata Iqbal masih tidak lepas daripada memandang Intan yang sedang memilih lauk. Baju kurung warna biru laut dipadankan dengan tudung daripada rona warna yang sama kelihatan amat padan dengan tubuh kecil itu.
"I nak ikut boleh?"
Tiba-tiba ada satu suara perempuan yang menjawab pertanyaan Iqbal. Iqbal memusingkan badannya. Jelas dapat melihat Nadin sedang berdiri di belakangnya. Rimas pula Iqbal rasa saat itu. Walaupun berbaju kurung moden, tetapi figura Nadin sangat tidak menyelesekan matanya. Berbaju kurung tetapi mengikut bentuk badan dan kainnya sengaja dibuat fesyen belah. Apabila berjalan, mesti kaki halus mulus itu akan nampak pada pandangan. Rambut yang panjang mengurai dibiarkan lepas. Kalau Iqbal seorang yang mata keranjang, memang sah-sah dia akan melayan.
"Eh Nadin!"
Zikri buat-buat teruja. Iqbal sudah menjeling. Bukan Zikri tidak tahu yang Iqbal memang anti dengan Nadin. Zikri sengaja mengenyitkan matanya, mengusik Iqbal yang sudah resah di hadapannya.
"Oh hai Zack! Tak terperasan pula you dekat depan ni."
"Haaaa, mula dah dia buat suara manja-manja geli dia tu." getus Iqbal di dalam hati. Si Zikri ni pun satu, mulalah nak naik tocang. Si Nadin, lagi orang melayan, lagilah merenyam ulat bulu!
"Zack? Wau you bagi I nama baru ke Nadin? First time orang panggil I, Zack. Terus I rasa macam lebih handsome daripada biasa."
Iqbal meluat, makin melalut nampaknya Zikri. Si Nadin pula tersengih-sengih. Suka lah tu!
"You memang dah handsome. Panggil apa pun handsome."
"Ye ke Nadin? Auuuwwww, thank you si cantik manis."
Haaaa sudah! Makin menjadi-jadi nampaknya dua orang manusia di hadapannya ini. Iqbal sudah malas mahu melayan. Matanya kembali meliar mencari figura Iman dan Zaara. Tiada! Memang tiada di sekeliling kafe. Dipanjangkan lehernya untuk memandang ke arah jalan. Ya, rupanya kedua-dua gadis berkenaan sudah berjalan meninggalkan kafe dan menuju ke arah masjid sambil menjinjit plastik. Mesti makanan yang dibungkus di kafe tadi. Dikerling jam di tangan. Patutlah, sudah jam 01:30 tengah hari. Sudah masuk waktu Zuhur.
"Weh, aku chow dulu. Nak ke masjid. Solat Zuhur. Kau orang berdua sembang-sembanglah dulu. Tu, air sirap bandung aku ada sikit lagi, kau habiskan Zikri. Chow!"
"Oit Bal!"
Tanpa mempedulikan laungan Zikri yang memanggilnya, Iqbal terus ke arah keretanya yang diparkir bersebelahan kafe. Dihidupkan enjin dan dia mula memandu keluar dari kawasan kampus. Bukan dia nak sangat ke masjid sebenarnya tetapi dia malas mahu melayan gedik si Nadin.
Tidak lama kemudian, telefon pintarnya berdering. Tertera nama Zikri pada skrin Iphone 12 berwarna silver itu. Iqbal sudah ketawa besar sebelum menekan butang hijau.
"Kau!!!!!!!"
Terdengar jeritan Zikri daripada corong telefon pintarnya.
"Kau dah kenapa? Meroyan?"
"Yang kau blah macam tu je apehal?"
"Aku tengok kau asyik sangat berbual dengansi gedik tu sampai macam dah tak nampak aku. Jadi, apa guna aku tunggu macam pak pacak dekat situ? Baik aku blah, pergi masjid, solat Zuhur. Dapat pahala."
Iqbal masih lagi mengekek ketawa. Seronok dapat mengenakan Zikri. Itulah, tadi bukan main gatal duduk melayan si Nadin. Sama naik, sama melayan.
"Tak ada maknanya. Dia tu kejar kau, bukan aku. Lepas kau blah, dia pon blah. Tinggallah aku terkontang-kanting seorang diri..."
"Haaa tak payah duk nyanyi bagai. Bingit. Aku dah nak sampai rumah ni. Apahal kau call aku?"
"Aik? Tadi kau cakap nak ke masjid, alih-alih kau dah nak sampai rumah. Mana satu yang betul ni? Kuat kau putar Halim!"
"Hahahahahahahahahaha. Itulah, kau sakan lagi melayan si Nadin tu kan! Aku buatlah alasan boekkkk punya nak lepaskan diri. Dah, dah. Aku nak drive ni. Kang tak pasal-pasal kena saman. Kau nak bayar ke saman aku?"
"Wei, cop! Ni on ke tak on badminton weekend ni? Kau dah lah main blah macam tu je, lepas tu aku tanya tak jawab-jawab. Macam ni ke kawan sejati aku? Kau nak aku nyanyi lagu Sejati pulak ke?"
Iqbal ketawa lagi. Memang itulah sifat Zikri. Makin dilayan, makin menjadi-jadi loyar buruknya.
"Yelah, yelah. On jelah. Selagi aku tak cakap on, selagi tu kau gasak aku kan? Puas hati? Tapiiiii, dengan satu syarat."
"Haaa, bersyarat pulak dah. Cepat! Apa syarat kau tu?"
"Kalau kau ajak sekali si Nadin gedik tahap serata alam tu, aku tak nak join."
"Iya! Si Nadin tu pun tak adanya tanya-tanya lagi lepas kau blah tadi. On eh? Kalau tiba-tiba kau cancel last minute, memang nahas kau aku kerjakan."
"All right! Dah-dah, aku nak drive. Byeeeee sahabat."
Tekan merah pantas ditekan. Nanti lagi lama berbahas dengan si Zikri, makin panjang cerita. Cekap tangan Iqbal memandu kereta berwarna putih itu memasuki kawasan rumahnya. Waktu-waktu begini mesti hanya ada ibunya di rumah. Yang lain mesti masih di pejabat.
"Assalamualaikum ibu."
Usai memarkirkan keretanya, Iqbal lantas masuk ke dalam rumah. Puan Naimah kelihatan sedang membaca buku di ruang tamu. Salam dihulur, dicium hormat oleh si anak.
"Waalaikummussalam. Awal Angah balik hari ni? Petang tak ada kuliah?"
Iqbal menggeleng sambil melabuhkan duduk di samping ibunya.
"Tak ada ibu. Last class pukul 11:00 pagi tadi. Petang ni sepatutnya ada discussion macam biasa, tapi budak-budak group Angah semua nak self study. Minggu depan ada kuiz."
Puan Naimah tersenyum. Dia sebenarnya kurang tahu akan jadual kuliah atau perbincangan anaknya.
"Kalau macam tu, petang ni bolehlah Angah tolong ambil Usu di sekolah. Hari ni kan hari Rabu. Ada aktiviti Kokurikulum, jadi Usu balik petang."
Iqbal mengangguk tanda boleh.
"Boleh ibu. Pukul berapa?"
"Biasanya 04:00 petang habis lah tu. Dalam pukul 03:50 petang bolehlah kamu ke sekolah Usu. Jangan lambat. Kalau lambat, menahan lah kamu dengar dia membebel. Kamu bukan tahu perangai si Usu tu macam mana. Mengalahkan mak nenek kalau membebel."
"Baiklah ibu! Berita faham!"
Lantas kakinya diatur ke biliknye di tingkat atas. Hanya dia, ibu, ayah dan adik bongsunya tinggal di rumah. Kakak sulungnya, Irdina sudah berhijrah ke negeri Melaka setelah berkahwin. Irdina bertugas sebagai seorang pegawai bank di Bandar Hilir. Ayahnya, Encik Imran pula merupakan seorang usahawan yang mempunyai perusahaan menjual kereta terpakai yang mempunyai beberapa cawangan di beberapa buah negeri. Manakala ibunya merupakan seorang pesara guru dan mempunyai sebuah kedai roti dan kek. Pada kebiasaannya, ibunya hanya ke kedai pada waktu pagi hingga jam 02:00 petang. Urusan perniagaan pada waktu petang yang akan berakhir sekitar 06:00 petang seterusnya akan diuruskan oleh sepupunya yang bekerja di situ. Adik ketiganya, Imani masih bersekolah di Tingkatan Lima dan tinggal di asrama. Iqlil pula, si bongsu , baru berada di Tingkatan Tiga dan bersekolah berhampiran kediaman mereka.
Share this novel