BAB 3

Romance Series 32341

"Weh sorry lambat. Kak Long aku baru sampai petang tadi."

"Apa kaitan pula Kak Long kau sampai dengan kau datang lambat? Pelik bin ajaib betul kau ni".
Tempelak Zikri memandang Iqbal yang sedang mengemaskan ikatan tali kasutnya. Sudahlah datang lambat, boleh pula terlupa raket. Nasib baik Zikri sudah bersedia dengan membawa raket lebih.

"Eh kau. Tentulah ada kaitan. Kak Long aku sampai, maksudnya kena makan sekali. Family time gitu. Kau apa tahu. Family kau jauh."

"Haaaa, bab family jauh jangan sebut. Kang ada air mata jantan aku tumpah dekat sini. Banjir satu court badminton ni, tak pasal-pasal semua orang kempunan nak main malam ni."
Iqbal hanya tersengeh. Dicapai raket badminton yang dibawa oleh Zikri. Dihayun-hayun raket itu lagak pemain professional. Gelanggang badminton itu nampaknya penuh dengan kehadiran penonton dan pemain. Matanya meliar ke sekeliling gelanggang sementara menunggu Zikri bersiap sedia.

Tap!
Matanya tertancap pada satu figura yang amat dikenalinya sedang rancak memukul bulu tangkis di gelanggang paling hujung. Gadis genit berseluar trek, berbaju t lengan panjang berwarna merah dan bertudung hitam itu amat menarik perhatiannya. Iqbal mengukir senyuman.

"Pucuk dicita, ulam mendatang. Tak sia-sia aku ikut si Zikri ni datang sini. Kadang-kadang si Zikri ni ada juga gunanya."
Iqbal berkata di dalam hati.

"Jom, mula. Dah lambat ni. Rugi duit aku bayar mahal-mahal."

Setelah hampir 45 minit mereka bermain, Iqbal dan Zikri akhirnya menghentikan pertarungan mereka kerana tempoh satu jam yang ditempah sudah pun habis. Sedang elok mereka siap berkemas, Iman dan Zaara melintasi gelanggang pertarungan mereka. Iqbal, seperti kebiasaannya, cepat-cepat mendapatkan Iman.

"Kau buat apa dekat sini?"
Sergah Iqbal. Iman dan Zaara yang terkejut, terus memandang ke arah Iqbal. Iman sudah mengeluh.
"Haish, dalam dunia ni tak ada ke tempat yang tak sebabkan aku terserempak dengan mamat ni?" desis Iman di dalam hati.

"Makan durian."
Selamba Iman menjawab. Zaara di sebelah tidak mahu masuk campur. Bukan dia tidak tahu yang Iqbal memang gemar menganggu Iman. Bahkan, sudah acap kali Iman menyatakan ketidakpuasan hatinya apabila ada sahaja cara Iqbal mendekatinya.

"Amboi kau. Pandai menjawab sekarang. Haa, mana durian kau? Aku nak sikit."

"Dah habis. Nak makan, beli sendiri."

"Ececeh. Pandainya. Ni skill nak ajak borak ke macam mana ni?"

Tiba-tiba perbualan mereka terhenti apabila Zikri mencelah.

"Eh Zaara dengan Iman. Main badminton juga ke tadi?"
Haa, ni lagi seorang. Sudah tahu, bertanya lagi.

"Datang court badminton, main badmintonlah. Tak kan datang makan."
Giliran Zaara pula menjawab. Dia memang tak berapa berkenan dengan perangai tak semenggah Zikri.

"Tadi baru Iman cakap makan durian kan, kan."
Iman sudah menjeling ke arah Iqbal. Jejaka ini tidak habis-habis mencari jalan mengganggunya. Walhal, dia bukan siapa-siapa. Bukan seperti gadis-gadis lain yang mengejarnya.

"Kami minta diri dulu. Dah lewat. Assalamualaikum."
Tanpa menunggu lebih lama, Iman menarik tangan Zaara dan berjalan dengan pantas. Rancak dia berdoa di dalam hati semoga Iqbal tidak mengikut mereka.

"Bukan main sombong Zaara dengan Iman tu. Boleh dia reject kita yang bukan main kacak lagi bergaya ni. Kau tu lagilah, kaya, duit berkepok-kepok, tapi kurang handsome sikit je dari aku yang terlalu kacak ni."
Iqbal hanya tersenyum mendengar celoteh Zikri yang tidak habis-habis memuji diri sendiri. Matanya masih terarah kepada dua gadis yang terus berjalan laju menuju ke luar dewan.

"Tak apa. Hari ni aku tak ada mood nak main kejar-kejar. Till we meet again next time sayang."
Iqbal berkata perlahan. Hampir sahaja tidak didengari oleh Zikri.

"Kau cakap apa? Aku tak dengar."

"Dah, jom balik."
Cepat Iqbal mengalih topik perbualan. Cepat tangannya mencapai barang yang dibawa.

"Weh, sebelum balik, belanja aku makan dulu. Dahlah datang lambat, court ni pun aku yang bayar. Sekarang, kau pulak belanja aku makan."

"Eh kau! Kau yang ajak aku main kan? Apahal pulak aku yang nak kena belanja kau makan?"
Iqbal menjegilkan matanya, sengaja ingin mengenakan Zikri. Kalau Zikri tidak memintanya untuk belanja makan tadi, memang itulah niatnya. Memang dia mahu mengajak Zikri mengisi perut terlebih dahulu sebelum pulang.

"Kedekut kau sekarang erk? Aku ni dah lah family jauh. Dah ada kawan, kawan pulak kedekut macam Haji Bakhil. Apa lah nasib. Malang, malang."

"Dah, dah. Tak payah nak buat drama melayu pukul 07:00 petang pulak dekat sini. Dah, jom pergi makan."

"Manoi? Mamak jom! Pekena roti telur, kari kambing. Marvellous, marvellous!"

"Asyik-asyik lepak mamak. Dah, dah, jom!"

Dua bersahabat itu pun kemudiannya menuju ke sebuah restoren mamak sebelum pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience