BAB 11

Romance Series 32342

"Iman!"
Panggil satu suara dari belakang. Iman yang sedang menulis sesuatu di dalam buku notanya, lantas berpaling ke belakang

"Eh Cikgu Khairul."
Iman melemparkan senyumannya. Sejak kisah Cikgu Khairul menolong dia dan Zaara tempoh hari, hubungan mereka semakin baik. Tentu Cikgu Khairul ada latihan Olahraga bersama atlet-atlet sekolah petang ini. Kejohanan di peringkat negeri bakal berlangsung pada minggu hadapan, pasti semua jurulatih olahraga termasuk Cikgu Khairul sibuk melatih atlet harapan mereka.

"Tak balik lagi ke? Dah hampir pukul 03:30 petang ni."
Iman menggeleng.

"Belum cikgu. Saya tengah draf idea nak mengajar. Lecturer saya nak datang observe minggu hadapan. Nak buat preparation sikit-sikit. Takut juga kalau lain yang plan, lain yang jadi."
Khairul menarik kerusi di hadapan Iman yang sedang menulis di meja mesyuarat di bilik guru itu.

"Kelas mana? Geografi kan?"
Iman mengangguk, mengiyakan sambil menjawab,

"Kelas 4 Al Biruni cikgu. Cikgu tahu lah kan budak-budak tu macam mana. Risau saya. Kalau kelas 2 Al Baihaqi tu tak adalah saya risau macam ni cikgu."
Iman menyuarakan kebimbangannya. Pensyarahnya pun satu. Waktu tak sesuai pula datang. Kebetulan yang tidak enak apabila dia hanya ada kelas Geografi dengan 4 Al Biruni pada hari tersebut. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia berdepan dengan murid-murid yang agak nakal itu.

"4 Al Biruni? Hahahaha. Jangan bimbanglah Iman. Kira untung tau awak kena observe time kelas dengan budak-budak tu."
Iman pelik. Cikgu Khairul beria-ia pula ketawa sambil meyakinkannya.

"Cikgu boleh ketawa? Dibuatnya geng-geng tak makan saman tu main teka-teki, loyar buruk masa lecturer tengah observe, tak ke naya. Seram pulak saya dengar cikgu ketawa."
Iman meluahkan kerisauannya, serta mimik muka.

"Awak ni buat muka macam tu, comel sangat Iman."
Cikgu Khairul membalas, ringkas tetapi mematikan reaksi Iman.

"Haaaa!!! Tiba-tiba! Dah kenapa Cikgu Khairul ni? Aduhhhhh". Iman bermonolog sendirian. Seram sejuk pula dia dengan Cikgu Khairul. Dia menelan air liurnya, terasa perit. Tiba-tiba Iman rasa perangai tak semenggah Iqbal sewaktu mengusiknya dulu tidak seseram ini. "Aduh, apa alasan aku nak bagi ni?" Iman mulai gelisah, namun cuba disembunyikan sebaiknya.

"Err, err... Saya balik dulu lah cikgu. Haaa, ni Zaara dah call."
Fuh! Tepat pada masanya! Memang Zaara benar-benar menelefonnya ketika itu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience