Bab 30

Romance Series 32341

"Kau ni dekat mana Zaara? Dah lama aku sampai dekat Restoran Rozana ni. Kereta kau pun aku tak nampak, apatah lagi batang hidung kau. Tadi beria cakap dah keluar dari rumah Mak Su kau. Ni dah dekat 30 minit aku tunggu tau. "
Bebel Iman apabila Zaara menjawab panggilan telefon daripadanya.

"Kau order dulu. Aku berhenti isi minyak, singgah ATM sekejap. Kau order je apa kau nak makan. Aku belanja malam ni."

Iman mendengus kecil, masak betul dengan perangai lambat sahabatnya itu. Hujung minggu ini, Iman tidak pulang ke kampung kerana Zaara ingin berhujung minggu dengannya. Esok, mereka ingin beriadah ke Pantai Cherating, antara salah satu pantai tercantik di Negeri Pahang.

Usai menamatkan perbualannya, Iman segera mematikan enjin keretanya. Matanya melilau ke sekeliling kedai. Pelanggan masih tidak ramai memandangkan Iman keluar awal, selepas selesai menunaikan Solat Maghrib. Jarak rumah sewanya ke restoren itu juga tidaklah terlalu jauh. Hanya mengambil masa 15 minit menaiki kereta. Rancangan asal mereka, Zaara akan bermalam di rumah Iman malam ini tetapi terpaksa diubah pada saat akhir kerana ibu bapa Zaara juga turut serta ke Kuantan. Jadinya, mereka sekeluarga akan bermalam di rumah Mak Sunya di Sungai Soi. Nasib baik rancangan mereka yang lain nampaknya tiada halangan.

Iman melabuhkan duduknya di meja bulat di sudut hujung restoren tersebut. Sedang asyik Iman meneliti senarai menu yang ada, tiba-tiba ada seorang lelaki menegurnya.

Iman berpaling,

"Laaaaaa, awak Zikri? Zikri kan? Betul kan? UPM?"
Zikri mengangguk berulang kali, laju.

"Buat apa dekat sini?"
Tanya Iman lagi.

"Nak makan. Tak nak main badminton pulak".
Seloroh Zikri pula, sambil ketawa kecil. Iman turut ketawa kecil.

"Ohhh, sorry. Maksud saya, buat apa di Kuantan ni?"
Tanya Iman lagi, setelah ketawa kecilnya reda.

"Meeting. Tadi petang ada meeting dengan satu company dekat Bandar Indera Mahkota."
Terang Zikri, ringkas. Iman mengangguk, tanda faham.

"Iman sorang?"

"Urmmm, sekarang sorang. Kejap lagi berdua. Zaara on the way. Awak pulak? Sorang? Atau menunggu seseorang?"
Giliran Zikri pula mengangguk.

"Same with you. Menunggu seseorang."

"Must be someone special kan?"
Teka Iman, sengaja mengorek rahsia. Manalah tahu Zikri sedang menunggu kedatangan teman wanitanya atau mungkin juga tunangnya.

"Special lah sangat. Iman pun kenal dia."

"Saya kenal?"
Iman mengerutkan dahinya. Takkan Iqbal? Tadikan Fazli beritahu Iqbal ada di Kota Bharu.
Zikri mengangguk lagi.

"Siapa?"

"Iqbal."
Iman terkejut mendengarkan sebaris nama itu disebut oleh Zikri. Maksudnya, memang benarlah Iqbal ada di Kuantan dan memang sah kereta yang dia langgar tengah hari tadi adalah kereta Iqbal. Kenapa ya Iqbal asyik melarikan diri daripadanya? Hampir dua tahun sudah lamanya. Iman tertanya-tanya. Tiba-tiba dia berasa bersalah. Melihatkan penampilan Iqbal yang tidak terurus, lagilah menimbulkan seribu persoalan di benaknya.

"Errrr...ooo. Iqbal ada dekat sini ya."

"Sepatutnya dia pick up saya dekat airport tadi. Lepas tu tup-tup tak jadi. Terpaksa saya naik Grab. Itulah sebab malam ni dia nak belanja saya makan. Sebagai tanda minta maaf lah kononnya"

"Errr, ooo macam tu. Eh, apa kata awak cari meja kosong dulu. Nampak macam makin ramai ni. Meja pon dah nak penuh."
Mata Iman meliar ke sekeliling restoren. Nampaknya makin ramai pelanggan sedang memasuki restoren. Jam juga sudah menunjukkan hampir ke 08:00 malam. Patutlah. Memang waktu-waktu sebegini orang ramai akan mula mencari juadah untuk makan malam.

"Haish, manalah Zaara ni. Dah pukul 08:00 pon belum nampak batang hidung."
Keluh Iman, perlahan.

"Betul juga tu. Saya cari meja kosong dulu ya. Nanti tak ada meja pula. Saya beredar dulu ya Iman. Selamat menjamu selera. Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam."
Usai Zikri beredar, Iman menyambung urusan memesan makanannya yang terhenti sebentar tadi.

"Haaaa, puas hati aku. Kau lambat sangat, siapa suruh. Semua makanan mahal-mahal aku pesan ni."

Kurang 15 minit kemudian, barulah nampak kelibat Zaara yang tersengih-sengih seperti kerang busuk memasuki restoren.

"Sorry Cikgu Iman si cantik manis lagi jelita, hamba mengaku salah sebab lambat. Malam ini, Cik Iman cakap je Cik Iman nak hamba buat apa, akan hamba turutkan."

"Kalau kau tak sampai lagi lima minit tadi, memang aku nak cancel je order makanan yang aku buat tadi. Baik aku balik, tengok tv, tidur."
Usik Iman, bergurau.

"Janganlah macam tu Cik Iman cantik. Okey, apa yang kita ada untuk dinner malam ni ya Cik Iman?"

"Wait and see."
Jawab Iman pendek, sambil mengukir senyuman sinis.

Tidak sampai lima minit kemudian, makanan yang dipesan Iman akhirnya sampai. Satu-persatu menu yang dipesan diletakkan di atas. Zaara membeliakkan matanya, hampir tidak percaya dengan menu yang dipesan oleh Iman.

"Kau biar betul ni Iman?"

Iman mengangguk, seraya berkata.
"Kenapa? Tak percaya? Inilah makanan-makanan yang bakal kau bayar bilnya sekejap lagi."

Zaara menelan air liurnya berulang kali. Masakan tidak, menu-menu yang dipesan Iman malam ini, fuh! Memang sedap dimakan, tetapi sedap juga poket membayarnya. Seekor ikan bawal masak sweet sour, udang masak butter, sotong celup tepung serta tomyam ketam. Ditambah seri dengan jus epal asam boi dan tembikai laci sebagai pelengkap.

"Tak ada punye hal lah. Untuk kau, apa lah sangat seratus lebih bayar ni. Sekali sekala, apa salahnya. Dah, makan-makan. Selagi tak habis ni, kau jangan balik."

***********

Sedang mereka asyik menikmati makan malam, tiba-tiba Zaara ternampak satu figura yang mereka kenali, juga sedang menikmati makan malam.

"Iman, tu bukan si Zikri ke? Eh, pak cik mana pula dengan dia tu? Berjambang, rambut panjang macam tu."
Iman menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Zaara. Pasti Iqbal! Iman yakin.

"Memang Zikri. Yang seorang lagi tu, kalau aku cakap tu Iqbal, kau percaya tak?"
Duga Iman.

"Iqbal? Dah kenapa sampai macam tu sekali? Macam mati bini. Kenapa dengan dia tu?"
Iman mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Entah. Aku dah lama tak jumpa dia. Dah dekat dua tahun. Dah, makan cepat. Kata nak pergi car boot sales lepas ni."

"Ai ai madam!"

Sementara itu,

"Bal, tu Iman dengan Zaara. Tengah makan."
Iqbal hanya membiarkan pernyataan Zikri. Dia sudah sedia maklum itu Iman. Sebab itulah dia memilih untuk duduk berhadapan dengan Zikri agar hanya bahagian belakangnya sahaja yang dapat dilihat oleh dua gadis berkenaan.

"Bal, kau dengar tak apa aku cakap ni?"
Zikri tidak puas hati apabila Iqbal hanya diam tidak membalas. Dilihatnya Iqbal begitu berselera menikmati nasi gorengnya.

"Kalau aku dengar pun, aku nak cakap apa? Kau nak suruh aku pergi dekat meja diorang? Bawa sekali pinggan dengan gelas aku ni?"
Jawab Iqbal, acuh tidak acuh. Dia meneruskan suapan nasi. Lapar sungguh dia hari ini. Hanya sempat menjamah sepinggan nasi dagang awal pagi tadi.

"Uish tu dah melampau. Dahlah datang lambat, kau ada hati nak tinggalkan aku makan sorang-sorang?"

"Haaa, habistu? Dah jangan tanya. Baik kau makan nasi kau tu sebelum aku rembat."

*********
"Bil meja cik berdua, dah ada orang bayarkan."
Ujar pekerja yang berada di meja bayaran sewaktu Zaara ingin membayar bil makan malam mereka.

"Eh, siapa?"

"Ada dua orang lelaki. Yang satu tu berjambang dan bertopi. Encik tu lah yang bayarkan bil cik berdua."

"Oh, baiklah. Terima kasih."
Iman dan Zaara kemudiannya beredar meninggalkan restoren.

"Fuhhh!!! Selamat duit aku Iman. Langkah kanan walaupun lambat."
Iman mencebik tidak puas hati. Iqbal lebih rela membayar bil makanan mereka daripada bertemu dengannya dan menyelesaikan masalah perlanggaran secara tidak sengaja mereka pagi tadi.

"Dah, jom jumpa dekat masjid putih. Kata nak pergi car boot sales kan?"

"Jommmm!"

Sesampainya Iman di kereta, dia melihat ada satu sampul duit raya terselit di wiper. Dengan teragak-agak, Iman mengambilnya. Dibuka sampul dan melihat ada dua keping not RM100 di dalamnya dan juga terselit nota.

Assalamualaikum
Saya kembalikan duit RM200 daripada jumlahnya, RM300 yang awak pesan pada Fazli tadi untuk berikan kepada saya. Lagi RM100 saya dah guna untuk bayarkan bil makanan awak berdua tadi.


Ikhlas,
Iqbal

Nampaknya, aku yang terkena malam ni! Hampeh punya Iqbal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience