Bab 20

Romance Series 32341

"Ibu nak tanya Iman sikit boleh? Ibu tak nak tanya dekat sekolah sebab Ibu rasa tak sesuai."
Puan Rosiah memulakan perbualan selepas mengambil Iman di Aspuri petang itu.

"Ada apa Ibu?"

"Ibu ada dengar, Iman selalu juga ya bersembang dengan Cikgu Khairul?"
Tersentak Iman di kala itu. Tiba-tiba nama Cikgu Khairul menjadi topik perbualan mereka petang itu.

"Iman anggap Cikgu Khairul tu tak lebih dari seorang rakan sekerja dan orang yang lebih tua ja Ibu. Tak lebih dari itu."
Terang Iman.

"Baguslah kalau macam tu. Ibu bukan apa. Tak elok orang bercakap. Lagipun, mak ayah Cikgu Khairul tu pun bukan calang-calang orangnya, ada harta, ada pangkat."

"Errr, Iman tak tahu pula pasal tu Ibu. Memang Iman tak pernah tahu dan tak nak ambil tahu pasal family Cikgu Khairul."

"Ibu percaya dengan Iman. Iman kena pandai jaga diri ya. Kadang-kadang orang bercakap dekat belakang kita."

"Baik Ibu. Iman akan ingat pesan Ibu."

*******************

"Patutlah Ibu beria-ria pesan dekat aku."
Getus hati Iman. Perjalanan mereka ke Sungai Lembing hanya diiringi dengan celoteh dan lagu-lagu yang diputarkan oleh stesen radio Hot.fm. Hanya sesekali Cikgu Khairul bertanyakan soalan dan dijawab ringkas oleh Iman.

"Rumah Iman masuk jalan mana?"

"Depan sikit cikgu. Sebelum sampai jambatan."

"Nak singgah beli kuih dulu? Dah hampir jam 05:00 petang ni."
Iman menggeleng.

"Saya kurang makan kuih. Saya lagi suka makan nasi."

"Samalah."
Jawab Cikgu Khairul sambil tergelak kecil.

"Eh..."
Eh Cikgu Khairul ni, tiba-tiba nak sama-sama. Ingat sweet? Iman berkata dalam hatinya lagi.

"Ni lorong ni cikgu."

"Ni?"
Cekap Cikgu Khairul memutar stereng Viosnya.
Iman mengangguk.

"Ni rumah saya cikgu. Yang ada kereta Proton Iswara ni."
Tunjuk Iman. Cikgu Khairul mula membelok ke halaman rumah. Keretanya dihentikan.

"Terima kasih cikgu. Susah-susah je hantar saya sampai rumah. Banyak yang saya dah susahkan cikgu hari ni."

"No worries. Lagipun saya yang patut dipersalahkan. Saya yang sebabkan phone awak jatuh berkecai kan."

"Errr... saya masuk dulu ya cikgu. Terima kasih."
Dan Cikgu Khairul mengangguk dan terus membelok keluar dari perkarangan rumah Iman.

Puan Zainab yang baru sahaja selesai menunaikan solat Asar sewaktu Iman sampai, segera menjengah keluar apabila terdengar deruma enjin kereta di hadapan rumahnya.

"Siapa yang hantar kakak tu?"

"Oh, kawan sekolah kakak. Panjang ceritanya ma. Kejap lagi kakak cerita. Kakak nak naik solat Asar dulu."

"Yelah."

*****************
"Fuyoooo, phone baru. Phone mahal ni. Berapa ribu kakak beli ni? Angah dah lama berkenan. Kawan-kawan Angah dekat sekolah tu, ramai yang pakai phone jenis Iphone ni."
Teruja Iman Nasuha, adik kedua Iman apabila Iman menunjukkan telefon bimbit yang dibeli oleh Cikgu Khairul petang tadi.

"Bukan kakak beli, kawan kakak yang hadiahkan."

"Wahhhh, pakwe kakak ya. Pandai kakak sorok dari Angah ya."

"Isk merepek je Angah ni. Kawan biasa. Kawan satu tempat mengajar."

"Mesti kaya kan?"
Tanya Iman Nasuha lagi sambil membelek-belek telefon berjenama Iphone itu lagi.

"Erm...entah."

"Entah? Biar betul kakak ni."

"Isk manalah kakak tahu dia kaya ke tak. Di luar bidang kuasa kakak ya dia kaya atau tak."

"Angah peliklah. Tak kan lah senang-senang ke dia bagi kakak phone mahal ni. Kakak ni mesti sorok sesuatu kan? Something fishy here. Belikan phone mahal, siap hantar balik rumah. Baik kakak cerita dekat Angah sebelum Angah bagitahu ma."

"Isk Angah ni. Yelah. Kakak cerita."

Dan, Iman menceritakan kembali apa yang telah berlaku hari ini.

"Ooooo macam tu ceritanya. Tapi kan kakak, cikgu tu handsome jugak. Tall, dark and handsome, mcm YB KJ. Kalau jadi abang ipar Angah, on jugak tu."

"Angahhhh! Cikgu tu dah tua lah!"

"Ye ke tua? Alamak aku pun tak tahu sebab tak pernah ambil tahu." Getus hati Iman lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience