BAB 4

Romance Series 32341

"Hai sayang."
Satu suara lelaki menyapa perlahan saat Iman sedang menelaah pelajaran di suatu sudut di perpustakaan. Memang dia gemar belajar di sudut itu. Tidak ramai yang suka belajar di sudut itu kerana terletak sedikit jauh dari rak-rak buku dan terlindung. Lebih-lebih lagi di hari minggu. Lebih ramai pelajar yang melakukan aktiviti sendiri daripada ke perpustakaan.

Iman menoleh. Dalam masa yang sama, hatinya berdegup kencang. Hanya satu nama yang terlintas di fikirannya saat itu. Pasti Iqbal! Dan saat dia menoleh ke belakang, memang susuk tubuh tinggi lampai Iqbal yang berada di belakangnya.

"Haa sudah. Kenapa dia panggil aku sayang? Dahla tempat ni tersorok. Ma, abah! Tolong kakak!" jerit Iman di dalam hati. Timbul rasa menyesal kerana menelaah pelajaran di sudut itu. Jarak antara mereka dan pelajar lain juga agak jauh, berselang 10 kubikal. Iman mula berdebar-debar. Janganlah si Iqbal ni mencari pasal di tempat awam begini.

"Err, awak nak apa? Saya dah siap cari bahan. Sekarang, saya nak mengemas. Nak balik dulu."
Cepat-cepat Iman mengemaskan segala buku dan alat tulisnya. Namun, sepantas kilat juga Iqbal menghalang.

"Kau nak pergi mana cepat-cepat? Kau ingat aku tak tahu yang kau baru je duduk sini tak sampai 15 minit. Segala pergerakan kau, aku tahu wahai Cik Iman sayang."
Iqbal menekankan suaranya. Hendak ketawa melihat Iman seperti mahu melarikan diri daripadanya.

"Saya ada janji dengan Zaara. Err, mesti dia dah tunggu dekat depan library. Saya pergi dulu."
Suara Iman sudah terketar-ketar. Terpaksa berbohong dengan menggunakan alasan Zaara menunggunya. Walhal, Zaara sebenarnya pulang ke kampung minggu itu kerana sepupunya melangsungkan perkahwinan.

"Zaara? Bukan ke Zaara ada dekat Kuala Terengganu? Aku follow tau Zaara dekat instagram. Kau je yang tak ada instagram. Sebab tu kau tak tahu apa yang aku tahu."
Terperangkap Iman ketika itu. Dia lupa, zaman teknologi ini, semua maklumat di hujung jari. Iman hanya terdiam, tidak membalas.

"Jom, teman aku lunch. Sekarang dah jam 11:00 pagi. Jalan-jalan, cari parking dalam 30 minit jugak. Aku rasa dalam 11:30 macam tu dah ada kedai jual makanan lunch."
Iman menggeleng pantas. Mana mungkin dia akan akur dengan ajakan daripada Iqbal. Dia cuba untuk meloloskan dirinya sekali lagi, dan buat kesekian kalinya, percubaannya gagal.

"Please Iqbal. Bagi saya ruang. Saya nak balik."
Keluh Iman perlahan. Niatnya untuk menelaah pelajaran sehingga waktu Zohor sudah terbantut.

"Hai Iqbal! You buat apa dekat sini?"
Mereka menoleh serentak ke arah suara itu.

"Zulaikha. Hai, you buat apa dekat sini?"
Iqbal menegur. Potong jalan betul Zulaikha!

"I tanya you, you tanya I balik. Off course lah I datang study. You tu, buat apa dekat sini? Tak pernah I nampak you dekat library, tiba-tiba hari ni muncul."
Iqbal mula menggaru kepala. Dipandang Iman yang kelihatan lega. Fuh! Selamat lagi hari ini.

"Eh, I selalu datang sini. You je yang tak nampak. Kan, Iman kan? I selalu datang duduk area ni dengan Iman. Anyway, ni I kenalkan kawan I, Nurul Iman. Iman, ni Zulaikha. Classmate saya."
Kedua-duanya saling bersalaman. Tak pasal-pasal jadi sesi perkenalan antara Iman dan Zulaikha pula!

"Iman ni mesti someone special kan? Kalau tak, mesti you yang tak berapa nak rajin ni tak datang library."
Serkap Zulaikha jarang. Setahu dia, tidak pernah pula dia nampak Iqbal dengan mana-mana perempuan walaupun ramai yang menggilainya. Mendengar kata-kata Zulaikha, Iqbal hanya tersenyum. Tidak menafikan dan juga tidak mengiyakan. Iman pula, terus mengambil langkah mendiamkan diri. Dibiarkan teman sekelas itu berborak. Hendak lari daripada situ tampak tidak beradab. Sudahnya, Iman hanya duduk kembali di kerusi dan mendengar.

"Eh, you buat apa dekat sini Zulaikha?"
Iqbal mengalih topik.

"I ada discussion. You dah siap group assignment yang Madam Hanifah minta last two weeks?"

"Dah, dah siap dah. I group dengan Mazwan dan Zikri je. You tahulah kan Zikri tu best student. Kalau buat lambat-lambat, mahu membebel macam mak nenek."
Zulaikha hanya menganggukkan kepalanya tanda setuju. Memang tidak dinafikan, tiga serangkai itu memang antara pelajar yang top dalam kuliah mereka.

"If you don't mind I'm asking, Iman course apa? Bukan course kami kan? But, your face iq quite familiar. Mungkin terserempak dekat mana-mana bilik kuliah or tutorial class."
Haaa sudah! Sampai ke situ pula Zulaikha mengorek.

"Er, saya course Pendidikan."
Jawab Iman, menyelamatkan Iqbal. Fikirnya, mesti Iqbal tidak tahu akan jurusan yang diambilnya tetapi dia silap, kerana semua tentang dirinya di dalam kampus itu dalam pengetahuan Iqbal.

"Wah bakal guru lah ni. Elok tu. Seorang bakal usahawan, seorang bakal guru. Nanti mana tahu ada jodoh, dapat buka kedai buku. Mana tahu kan?"
Zulaikha mengorak senyum. "Hurm, idea yang bagus! Bijak jugak si Zulaikha ni bagi idea. Boleh buat untuk FYP ni." sempat Iqbal berkata dalam hati.

Iman memandang jam di tangan. Sudah hampir 11:45 pagi. Rugi masa belajarnya pagi ini. Terbit rasa menyesal kerana tiba-tiba terjumpa dengan Iqbal di perpustakaan.

"Errrr, saya balik dulu ya. Dah hampir jam 12:00 tengah hari."
Lembut Iman meminta izin.

"Eh, ya lah. Seronok bersembang sampai lupa tengok jam. Orang datang study, kita datang sembang. Why don't you join us for lunch Zulaikha? I dengan Iman actually plan nak lunch together."
Ajak Iqbal. Gasaklah ada Zulaikha sekali. Yang penting, dia boleh makan tengah hari dengan Iman hari ini.

Iman pula, menjegilkan matanya besar ke arah Iqbal yang sudah tersenyum sumbing. Ingatkan sudah selamat dari Iqbal selepas ini, rupanya tidak. Panjang pula akal si Iqbal.

"Padan muka! Aku tak kira, hari ni kau kena lunch dengan aku. Sombong sangat!" Iqbal membalas dengan kenyitan kening. Macamlah Iman faham.

"Wah, why not? Rezeki jangan ditolak kan. The lunch on you?"

"Off course! Jom. Jom, Iman. Naik kereta saya ya. You datang naik apa tadi Zulaikha?"
Cepat Iqbal bersuara. Dipandang lagi Iman yang sudah serba tak kena. Tak pasal-pasal kena naik satu kereta dengan Iqbal, perkara yang paling mahu dielaknya.

"I datang naik Grab."

"Cantik! After lunch, I hantar you balik rumah sekali."

Dan, mahu tak mahu, hari ini dalam sejarah, Iman terpaksa mengikut Iqbal makan tengah hari. Ini kalau Zaara tahu, pasti ketawa sampai esok pagi!

*****************************************

Selesai makan, Iqbal menghantar Zulaikha pulang ke rumah. Nasib baik bumi Serdang itu tidaklah sebesar mana. Selepas menghantar Zulaikha ke rumahnya di Taman Equine, mereka berpatah balik ke kawasan Universiti Putra Malaysia itu kerana Iman tinggal di hostel.

"Kenapa diam?"
Iqbal memecahkan kesunyian. Iman dilihat berada dalam dunianya sendiri, memandang ke luar. Memang jelas nampak tidak selesa.

"Awak boleh cepat sikit tak? Dah masuk waktu Zuhur."
Gesa Iman. Dia sebenarnya takut. Ditambah pula waktu Zuhur telah masuk. Ini kali pertama dia berdua-duaan dengan lelaki bukan muhrim di dalam satu kereta. Matanya berkaca, teringatkan emak dan ayahnya di kampung. Rasa bersalah kerana dia pasti, emak dan ayahnya pasti tidak berkenan dengan apa yang sedang dilakukannya.

"Kau takut aku bawa lari kau ke?"
Iqbal cuba menakut-nakutkan Iman.

"Haaa?"
Memang jelas Iman terkejut. Ditambah pula dengan ketawa panjang Iqbal. Rasa menyesalnya datang bertimpa-timpa. Apalah nasibnya kali ini...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience