BAB 15

Romance Series 32341

Benarlah kata orang, kalau dah jodoh pasti tidak ke mana. Setelah menempuh pelbagai dugaan untuk bergelar seorang pendidik, Iman akhirnya berjaya ditempatkan di sekolah yang sama dia menjalani latihan mengajar. Secara tidak langsung, lima hari seminggu pasti wajah Cikgu Khairul akan menghiasi pandangannya.

Pada mulanya Iman berasa sedikit kecewa apabila menerima surat petempatannya namun setelah dia berfikir semula, banyak hikmahnya. Dia beruntung kerana ditempatkan di kampung halamannya sendiri, Kuantan. Banyak rakannya ditempatkan di negeri Sabah dan Sarawak. Apalah sangat jika nak dibandingkan dengan terpaksa mengadap Cikgu Khairul dengan terpaksa berkhidmat di negeri yang dipisahkan oleh Laut China Selatan.

Zaara juga bernasib baik apabila ditempatkan di Bandar Kuantan juga. Dapatlah Iman dan Zaara kembali bersama. Riuh mulut Zaara ketika bercerita tentang petempatan pertama mereka. Teruja!

"Imannnn!!!"

"Kau ni dah tak reti nak beri salam ke?"
Tempelek Iman apabila talian telefon mereka bersambung. Ini baru dalam telefon, kalau depan-depan, mahu pekak dibuatnya telinga Iman.

"Alah, sorrylah kawan. Aku over excited ni. Assalamualaikum sahabat."

"Haaa, macam tulah. Waalaikummussalam."

"Kau dah cek tengok belum surat penempatan kau? Sekolah mana? Kau rasa best tak?Cepatlah wei, bagitau aku."
Tak menyempat-nyempat, bertalu-talu soalan dilemparkan oleh Zaara. Iman hanya menggelengkan kepala. Dah biasa sangat dengan perangai si Zaara.

"Dah."
Jawabnya pendek. Sengaja nak membakar Zaara.

"Dah? Tu je jawapan kau? Kemain aku tanya macam-macam soalan tadi. Dah je jawapan kau? Imannnnnnn!!!"

Dan kali ini, tawa Iman tercetus. Dapat dibayangkan sahabatnya itu bereaksi jika berada di hadapannya. Pasti sudah menghentak-hentak kaki.

"JPN Pahang."

"Aku tahulah JPN Pahang. Dah sah-sah aku yang cek result dapat negeri mana. Sekarang ni aku tanya sekolah mana. S E K O L A H , sekolah. Aku ulang, sekolah mana?"

"Sekolah aku lah."
Jawab Iman acuh tak acuh. Sengaja mahu mengusik.

"Kau tunggu jap Iman. Kau tunggu. Aku pergi rumah kau sekarang. Kau siap kejap lagi."

" Weh, weh!"
Talian diputuskan. Ternya Zaara sudah menamatkan panggilan telefon. Iman sudah tergelak besar.

Lantak kaulah Zaara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience