Bab 23

Romance Series 32341

"Baiklah murid-murid, sampai di sini sahaja pelajaran kita pada hari ini. Jangan lupa siapkan latihan pengukuhan pada buku teks seperti yang cikgu maklumkan tadi."

"Baik cikgu!"

Akhirnya, Iman boleh menarik nafas lega. Kelasnya pada hari Isnin memang padat. 8 waktu dengan 4 waktu berderet. Kalau bukan bulan Ramadan, pasti langkahnya panjang ke kafe.

"Iman."
Iman berpaling. Pengetua rupanya yang memanggil. Iman berhenti seketika di tepi koridor.

"Ya boss. Ada apa yang boleh saya bantu?"
Tanya Iman.

"Saya ada minitkan satu surat berkenaan mesyuarat di PPD untuk Iman berkenaan eRPH. Saya dah minta PO letakkan di pigeon hole Iman."

"Baik boss. Nanti sekejap lagi saya tengok."

"Saya pun memang nak discuss dengan Iman tentang eRPH ni. Bila ada masa free, boleh ke bilik saya ya."
Sambung Tuan Pengetua. Iman mengangguk laju, tanda faham.

**************

Jam sudah melewati pukul 01:30 tengah hari apabila bengkel eRPH tamat di PPD. Pagi tadi, Iman menumpang salah seorang gurunya yang juga perlu menghadiri satu mesyuarat lain di PPD. Usai mesyuarat habis, guru tersebut akan terus pulang ke rumah. Iman menekan sesuatu di telefon bimbitnya, ingin menempah Grab. Namun, dia tiba-tiba teringat, pasaraya Mydin terletak berhampiran dengan PPD. Dia ingin membeli beberapa barangan keperluan dirinya.

Sedang elok Iman selesai membayar, dia terserempak dengan Iqbal.

"Aduh. Dia lagi."
Keluh Iman. Dia hanya berlagak biasa memandangkan Iqbal seperti tidak nampak dia di situ. Terkocoh-kocoh Iman melangkah keluar dan nasibnya tidak baik hari itu apabila tersadung anak tangga.

"Awak ni laju-laju nak pergi mana. Kan dah jatuh. Boleh bangun tak?"
Iman menjeling. Bukannya nak membantu, menambah sakit di hatinya adalah. Kalau sekadar nak membebel, baik diam. Bebel Iman pula dalam hati.

"Saya boleh bangun sendiri."
Iman menepis tangan Iqbal yang mahu membantunya untuk bangun.

"Dah jatuh, dah dapat sakit pun sombong lagi."
Perli Iqbal lagi. Sudahnya dia hanya menolong mengangkat barang-barang Iman.

"Dah, jom saya hantar awak balik."
Pelawa Iqbal. Iman yang sudah berdiri, menggeleng laju. Tak nak!

"Terima kasih Encik Iqbal tapi saya lebih selesa naik Grab. Boleh saya dapatkan barang-barang saya semula?"
Iman menghulurkan tangannya. Iqbal melarikan barangan Iman ke belakang. Puas hatinya melihat wajah Iman yang merah padam menahan geram.

"Cepatlah dah dekat pukul 03:00 petang ni."
Iman mendesak.

"Awak hanya ada dua pilihan sama ada saya hantar awak balik atau awak dihantar oleh saya."
Iman mengerutkan dahinya. Macam sama je?

"Saya tak ada masa nak bertekak dengan awak dekat sini. Cepatlah. Dah dekat pukul 03:00 petang ni."

"Saya tak suruh pun awak bertekak dengan saya. Saya cuma nak hantar awak balik. Itu je."

"Saya bukan Iman yang boleh awak bodohkan macam dulu. Saya pernah silap ikut awak sekali dan saya tak akan ulang kebodohan saya tu sebab luka yang awak tinggalkan masa tu, dalam, sangat dalam."
Tegas Iman. Peristiwa dipermainkan Iqbal sewaktu kali pertama di menaiki kereta Iqbal semasa masih menuntut di UPM, masih segar dalam ingatannya.

Dan, Iqbal sekali lagi hanya mampu memandang Iman berlalu pergi.

"Sampai bila kau nak tolak aku Iman? Jahat sangat ke aku di mata kau?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience