"Harap-harap ada lah kedai used car buka hari ni. Kau doa lah jugak Zaara. Dari kau asyik menyanyi lagu raya tu, baik kau doa banyak-banyak."
Omel Iman sambil matanya tidak lepas memandang ke sekeliling. Harap-harap adalah kedai jualan kereta terpakai yang buka walaupun baru hari raya keempat.
"Aku doa dalam hati, mulut aku je menyanyi. Kalau aku doa kuat-kuat, tak ikhlas jadinya nanti."
Seloroh Zaara. Tersengih dia melihat Iman yang tekun memandang ke arah deretan kedai. Zaara memperlahankan kelajuan keretanya. Masih banyak kedai yang tutup. Hanya ada beberapa buah kedai sahaja yang telah memulakan operasi. Trafik juga tidak begitu sesak. Orang ramai masih bercuti memandangkan cuti hari raya Aidilfitri tahun ini di dalam cuti persekolahan.
"Zaara, Zaara, tu, tu. Berhenti, berhenti."
Jerit Iman gembira. Nampaknya tidak sia-sia usaha mereka ke bandar hari ini. Ada kedai menjual kereta terpakai yang sudah beroperasi.
"Oit! Sabar. Terkejut aku tau! Tak kan lah aku nak berhenti tengah-tengah jalan ni. Kot iya pon nak suruh aku berhenti, tunggu aku bagi signal dulu, cari jalan boleh masuk dulu. Kau ni kan, eeee hangin tau aku."
Bebel Zaara. Iman tersengih seperti kerang busuk.
"Alah, alah sorrylah Mek Zaara comey sayang. Aku excited tau. Alalala janganlah marah-marah. Tak comel kau nanti. Senyum sikit. Haaaa, macam tu. Baru kena dengan baju kebaya merah macam mak ngah kau ni. Manalah tahu nanti ada pakwe handsome yang jual kereta, sekali dia tengok kau, fuhhhhh! Terus terpikat!"
"Erk? Betul ke aku comel? Haaa, kalau macam tu aku senyum je memanjang ni. Macam ni okey? Eh jap, aku touch up make up aku lah kejap sebelum turun, okey tak?"
Sempat Zaara membelek-membelek wajahnya dan membetulkan tudung setelah memarkirkan keretanya di hadapan kedai jualan kereta terpakai itu. Iman mencebik, menyesal pula puji Zaara lebih-lebih!
"Dah, kau dah cukup cantik dekat mata semua orang. Jom, kang dibuatnya kedai ni tutup awal, satu hal kena datang lain kali."
Usai mengunci kereta, mereka berdua terus menuju ke kedai berkenaan. Hanya ada dua orang pelanggan di kedai saat itu. Kereta yang ingin dijual juga nampaknya terdiri daripada pelbagai jenis. Yang biasa, yang sedan, 4x4, mewah semuanya ada. Anggaran harga juga dipapar kemas di hadapan kereta yang ingin dijual. Iman dan Zaara menilik beberapa kereta yang dirasakan sesuai. Sedang mereka melihat kereta, mereka didatangi oleh jurujual. Nampaknya seorang pelanggan tadi telah meninggalkan kedai tersebut.
"Ya cik, boleh saya bantu?"
Lembut suara lelaki di hadapan mereka bertanya.
"Handsomenyaaa!"
Zaara berbisik lembut ke telinga Iman. Iman membeliakkan mata, sambil menyiku Zaara.
"Saya memang hndsome, kacak, bergaya cik. Dah ramai orang cakap macam tu. Bukan cik berdua ja."
"Erk?"
Zaara dan Iman saling berpandangan, dan mereka langsung tidak dapat menahan tawa. Rupanya lelaki tersebut dengar bisikan Zaara tadi. Yang tak tahan, boleh pula dia angkat bakul, masuk sendiri. Macam-macam.
"Ehem, ehem. Kami datang ni nak beli kereta, bukan nak mengorat."
Iman cepat-cepat mematikan helai tawa mereka. Takut nanti, lain yang diniat, lain pula yang jadi.
"Boleh saya tahu kereta jenis apa yang cik inginkan dan juga anggaran bajet cik."
Hampir sejam setengah mereka di kedai tersebut dan akhirnya Iman memutuskan untuk memilih sebuah kereta Proton Saga berwarna silver untuk ayahnya. Baru mereka hendak melangkah keluar, tiba-tiba...
"Eh, Iqbal."
Zaara dan Iman terhenti. Begitu juga dengan Iqbal.
"Assalamualaikum. Iman dengan Zaara buat apa dekat sini?"
Tegur Iqbal lembut. Matanya tidak lepas memandang wajah lembut Iman. Entah kebetulan atau tidak, Iman memakai jubah dan tudung yang dihadiahkan oleh Iqbal kepadanya hari ini. Mujur Iqbal memakai kaca mata hitam, dapatlah disorok pergerakan matanya kala itu.
"Errr,"
Tiba-tiba lidah Iman kelu. Lagi-lagi apabila dia teringatkan bahawa dirinya memakai sepersalinan yang dihadiahkan oleh Iqbal. Malu pun ada. Mesti Iqbal ingat dia sudah boleh menerima Iqbal.
"Kami cari used car untuk ayah Iman."
Melihat Iman yang tergagap-gagap, Zaara pantas membalas bagi pihak Iman. Dan Iman pula, mengangguk mengiyakan kata-kata Zaara.
"Dah jumpa yang sesuai? Atau nak saya tolong tunjukkan?"
Tanya Iqbal lagi. Alahai lembut pula Iqbal hari ni. Tidak seperti sewaktu mereka menuntut di UKM dulu.
"Dah, dah selesai."
Iqbal mengangguk, tanda faham.
"Fazli! Sini."
Iqbal memanggil pekerjanya yang berurusan dengan Iman dan Zaara sebentar tadi.
"Yess, boss!"
"Estimated time loan boleh lulus dan kereta boleh keluar berapa lama untuk Cik Iman?"
Tanya Iqbal, tegas. Auranya jelas terpancar.
"Dalam perkiraan saya, within two weeks boss."
Jawab Fazli, jelas dan yakin.
"Put the priority on Cik Iman. Kalau boleh awalkan lagi, awalkan lagi."
"Okey boss."
"Err, awak tak perlu pun buat macam ni Iqbal. Saya boleh tunggu. Ikut turn."
Iman membantah. Tidak mahu memotong turutan. Itu bukan pendiriannya.
"Eh tak apa Cik Iman. Lagipun memang saya belum ada sale lagi lepas raya. Cik Iman memang customer pertama saya."
Cepat-cepat Fazli memberi penjelasan. Lega Iman. Jika tidak, pasti dia akan merasa bersalah kerana memotong turutan.
"Kalau macam tu, okey. Kami beransur dulu Encik Iqbal. Assalamualaikum."
Cepat-cepat Iman menarik tangan Zaara agar mengekornya. Lagi lama dia di situ, makin tebal dirasakan mukanya. Manalah dia tahu itu kedai Iqbal, kalau dia tahu, pasti dia akan mengelak. Sudahlah pakai baju hadiah daripada Iqbal, beli kereta pula dari syarikat milik keluarga Iqbal. Banyaknya kebetulan dirinya dengan Iqbal.
"Waalaikummussalam. Awak nampak cantik dengan baju dan tudung tu."
Sebelum sempat Iman dan Zaara melangkah keluar, cepat-cepat Iqbal menjawab salam. Dan, pada saat itu, Iman sudah tidak berpaling ke belakang lagi.
"Weh! Tu bukan Iman dengan Zaara ke? Apa diorang buat dekat kedai kau ni?"
Muncul Zikri daripada belakang. Usai ke rumah terbuka dengan Iqbal tadi, dia bergegas ke tandas sebaik sahaja sampai ke kedai. Perutnya memulas-mulas sejak daripada dalam kereta. Banyak sangat sate yang dimakannya.
Iqbal hanya menggangguk. Tidak menjawab. Matanya hanya memandang kereta Perodua Myvi itu dipandu membelah jalan raya yang tidak sibuk.
Share this novel