Bab 18

Romance Series 32341

Pelbagai program dalam sekolah dan di peringkat daerah bakal berlangsung dalam penggal pertama persekolahan.
Sebagai seorang guru penasihat kelab Bola Tampar dan merupakan pemain sekolah ketika di bangku sekolah menengah, Iman tidak melepaskan peluang menubuhkan pasukan Bola Tampar Bawah 18 Tahun Lelaki dan Perempuan untuk menyertai pertandingan di peringkat MSSD. Nasibnya baik apabila ditawarkan menjadi warden Asrama Puteri dan memudahkan dia untuk ke sekolah setiap hari. Jika tidak, dia perlu mencari rumah sewa atau berulang-alik dari rumahnya di Sungai Lembing. Murid yang tinggal di asrama tidaklah terlalu ramai memandangkan sekolahnya merupakan sekolah harian biasa. Pada hujung minggu, pasti Iman akan pulang ke rumahnya bergantung kepada jadualnya sebagai warden Aspuri.

Bukan dia tidak berkira-kira untuk membeli sebuah kereta bagi memudahkan pergerakannya, namun pada saat ini, Iman lebih selesa menaiki bas dan tinggal di bilik warden selain menimba ilmu dan mencari pengalaman. Kadang-kadang, ayah dan ibunya akan singgah melawatnya jika mereka ada urusan di bandar. Iman juga tidak lupa menitipkan separuh daripada gajinya kepada mereka. Biarlah mereka dahulu yang merasa duit gajinya. Bagi Iman, sudah banyak ibu dan ayahnya berkorban untuknya, kini, sudah tiba masanya untuk dia membalas semula jasa mereka.

Petang Selasa itu, cuaca agak baik. Awan menghiasa langit biru, menjadikan cuaca sangat sesuai untuk diadakan latihan bola tampar. Usai solat Asar, pemain-pemain sekolah yang sudah terpilih mula memenuhi kawasan gelanggang.

Iman mula memberikan arahan demi arahan. Nampak gayanya semua pemain sangat bersemangat dan memberi komitmen yang tinggi apabila tidak pernah ponteng sesi latihan. Pada kebiasaannya, Iman akan dibantu oleh seorang lagi guru iaitu Encik Nizam, tetapi guru itu perlu menghadiri bengkel di PPD sehingga jam 04:30 petang. Jadi, pada hari ini hanya Iman yang akan mengendalikan sesi latihan.

Hampir 30 minit latihan diadakan, semua pemain dibenarkan rehat 10 minit. Ada yang ke surau mengambil air daripada Cuckoo dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk membeli ais krim daripada kedai runcit berhadapan sekolah. Mujurlah kawasan sekolah ini berada di jalan mati, jadi memang hampir tiada kenderaan yang lalu lalang sehingga ke pintu pagar sekolah.

Sedang Iman duduk di bangku batu berhampiran gelanggang, Cikgu Khairul datang menghampiri. Mahu tidak mahu, Iman terpaksa memaniskan mukanya. Tidak mahu digelar sombong.

"Assalamualaikum. Boleh saya duduk?"

"Waalaikummusalam. Silakan cikgu."
Angguk Iman. Cikgu Khairul lantas melabuhkan duduknya di kerusi berhadapan Iman.

"Rajin Iman latih budak-budak ni setiap petang."
Cikgu Khairul memulakan perbualan.

"Eh, tak juga cikgu. Kami berlatih setiap Selasa hingga Khamis je. Isnin dan Jumaat kami off."
Terang Iman, membetulkan informasi Cikgu Khairul.

"Ohh. Begitu."

Jeda seketika...

"Urmmm, cikgu ada training olahraga?"
Soal Iman pula. Di samping mengajar PJPK, Cikgu Khairul juga aktif dalam bidang Olahraga. Kerapkali juga terlibat dengan olahraga di peringkat kementerian.

Cikgu Khairul mengangguk.

"Macam ni lah orang bujang macam saya ni Iman. Sekolah ni dah jadi macam rumah kedua saya. Sunyi kalau duduk rumah. Jadi lebih baik saya banyakkan masa dengan join bermacam-macam aktiviti."

"Errr, sunyi? Maksud cikgu? Tak silap saya, cikgu memang orang sini kan?"

Tanya Iman pelik. Rasanya ibu dan bapa Cikgu Khairul masih sihat. Tidak pernah pula dia menanyakan hal keluarga Cikgu Khairul dan sememangnya kalau boleh dia tidak ingin tahu.

"Mak ayah awal sihat lagi Iman?"
Cikgu Khairul tidak menjawab, sebaliknya cuba memancing Iman dengan soalan lain.

"Sihat, Alhamdulillah cikgu. Ma dan abah saya masih sihat."

"Baguslah..."

"Cikguuuuu! Jom sambung training!"
Belum sempat Cikgu Khairul menghabiskan ayatnya, kedengaran suara Firzan, ketua pasukan dan juga ketua kelas 5 Al Biruni sudah memanggil Iman.

Iman mengangguk.

"Nampaknya adik-adik awak dah panggil tu. Tak bagi can langsung dekat saya nak bersembang dengan Iman."
Keluh Cikgu Khairul. Iman sebenarnya lega. Kalau tidak, tidak tahulah apa lagi Cikgu Khairul akan bertanya.

"Saya sambung training dulu ya cikgu. Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam".

Dan Iman terus bergegas ke dalam gelanggang, meninggalkan Cikgu Khairul yang masih duduk di bangku batu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience