BAB 13

Romance Series 32341

Hari-hari terakhir mereka di rumah sewa diisi dengan aktiviti mengemas. Usai mengemas barangan milik mereka, aktiviti diteruskan dengan mengemas rumah. Sedang asyik Iman dan Zaara mengemas di dalam bilik, Zaara terjumpa satu hadiah di dalam beg kertas.

"Eh Iman. Ni kau punya ke? Bukan aku punya ni."
Hulur Zaara. Iman pelik, namun disambut juga huluran Zaara. Beg kertas bertukar tangan. Perlahan tangan Iman membukanya.

Sehelai jubah berwarna biru dan sehelai tudung bercorak abstrak juga daripada rona yang sama.

Pap!
Tiba-tiba satu kad terjatuh daripada lipatan jubah. Iman lantas mengambilnya. Dibaca nota yang tertulis.

IMAN,
Saya ikhlas nak berkawan dengan awak. Saya mohon maaf jika selama ini saya banyak ganggu dan usik awak. Ini nombor phone saya. Saya tunggu. Walau lama mana sekalipun, saya tunggu.
IQBAL

"Oh, hadiah yang Iqbal bagi masa last day dekat kolej hari tu. Dia bagi aku tudung dengan jubah rupanya." kata Iman di dalam hati. Dia kembali menyimpan hadiah itu ke dalam beg kertas. Tidak ketinggalan juga kad yang tertulis nota itu. Disimpan kesemuanya kembali.

"Hadiah kau punya ke?"
Tanya Zaara yang sedang sibuk membersihkan bahagian almari bilik yang dikongsi oleh mereka.

"Ya. Hadiah dari Iqbal."
Balas Iman ringkas. Dia kembali menyambung kerjanya yang terhenti tadi.

"Yang dia bagi masa kita dekat kampus dulu tu ke? Kau baru bukak?"
Iman mengangguk. Zaara menggelengkan kepalanya. Dia ingat Iman sudah membuka isi kandungan hadiah yang diberi Iqbal hampir enam bulan yang lepas, rupanya belum. Iman, Iman.

"Weh, kau nak tahu satu cerita tak?"
Iman tiba-tiba mahu membuka cerita. Zaara berpaling semula ke arah Iman.

"Eh, bukan aku kalau tak nak tahu cerita. Haaa, cerita cepat. Tak sabar aku nak dengar ni."
Zaara melabuhkan duduk di tepi Iman. Kalau bab bergosip, memang terlebih semangat kalau si Zaara ni.

"Nah. Tengok ni."
Iman menghulurkan bungkusan hadiah kepada Zaara. Zaara mengerutkan dahinya.

"Apa ni?"

"Hadiah."

"Hadiah? Untuk aku?"
Iman menggeleng.

"Habis, ada orang bagi kau ke? Siapa? Students?"
Iman menggeleng lagi.

"Bukan, bukan students bagi. Cuba kau teka sapa bagi."

"Isk malas aku nak main teka-teka. Cepatlah bagitahu aku, siapa yang bagi hadiah ni dekat kau."
Zaara tidak sabar. Dibelek-belek hadiah di tangannya ingin mencari nama si pemberi.

"Cikgu Khairul."

"Haaaaa!!!"

"Tutup mulut kau tu. Kau pun macam aku. Ternganga macam tu masa Cikgu Khairul bagi aku hadiah ni."

"Eh, cop! Kejap! Wait! Wait! Cikgu Khairul ni cikgu yang tolong kita dekat highway tu kan dulu?"
Zaara cuba meneka. Rasanya nama guru yang menolong mereka dahulu kalau tak silap Khairul.

"Ya, yang tu lah."
Iman mengiyakan.

"Kenapa dia bagi kau ni? Eh, dia nak ngorat kau erk?"
Isk Zaara ni. Straight to the point sangat!

"Hurmmmm... Aku tak ada lah fikir sampai macam tu. Kang aku yang jadi terlebih perasan. Tapi, dia ada ajak aku keluar makan hari Ahad minggu lepas tapi aku tolak. Kau nak tahu aku guna alasan apa?"
Terang Iman panjang. Dikerling Zaara di sebelah yang sedang menongkat dagu. Kusyuk benar nampaknya mendengar Iman bercerita.

"Apa? Isk main tanya-tanya pulak. Cerita sampai habis. One shot!"
Balas Zaara tidak puas hati. Dia sudahlah tak sabar ingin tahu apa kesudahannya. Tiba-tiba Iman main teka-teki pula.

"Kau memang jenis tak reti sabar kan?"

"Isk cepatlah Iman. Kau ni nak cerita ke tak nak sebenarnya?"

"Yelah...yelah...aku cerita. Aku cakap, bakal tunang aku nak datang hari Ahad tu. Kononnya nak keluar pergi beli barang untuk majlis tunang tu lah."

"Seriously? Weh, menarik cerita kau ni. Siapa yang malang sangat nak bertunang dengan kau tu?"
Zaara membeliakkan matanya. Iman menjegilkan mata membalas reaksi Zaara.

"Malang??? Amboi sedap mulut kau."

"Isk banyak iklan lah kau ni. Cepatlah sambung. Siapa pulak yang kau petik kali ni? Iqbal ke?"
Serkap jarang Zaara mengena tepat. Iman hanya tersengih.

"Biar betul kau ni!!!"
Dan kali ini, Zaara sudah berdiri sambil bercekak pinggang.

"Dah itu je nama yang terlintas dekat otak aku. Aku bantai je lah. Lagipun Cikgu Khairul tu bukannya kenal dengan Iqbal. Yang penting, aku selamat dari ajakan dia tu."

"Macam-macam kau ni Iman. Dibuatnya Cikgu Khairul tu saudara-mara si Iqbal, tak ke mencari nahas namanya?"
Zaara membebel, tidak puas hati.

"Kau jangan Zaara. Haaaa. Kalau masin mulut kau, memang haru-biru hidup aku!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience