16

Romance Series 321693

Zafril buka matanya.Dah tak rasa nak pejam.Dia dah tidur terlalu lama.Ward yang dia duduk memang tak ada orang.Nak bangun pun rasa tak larat.

Rasa penafas dia agak lain.Zafeil meraba hidungnya yang dipakai topeng penafasan.Kenapa sampai kena pakai benda alah ni?

Bila teringat kembali apa yang berlaku.Dia jatuh pengsan di tempat kebaran.Sudahlah,rasanya lepasni biar menduda je sampai bila-bila.Dahlia pun belum tahu bagaimana keadaan dia.

Tangan diangkat meraba air mineral do meja Berdekatan Sikit je lagi.Dia memang tak larat nak bangun sekarang.

Tiba-tiba pintu dibuka.Daniel masuk ke dalam bilik ya.Wajah Daniel seperti baru lepas menangis.

"Kau kenapa menangis?"Soal Zafril.

Jantung dah berdenyut laju.Ada apa-apa yang sudah terjadi pada Dahlia ke?Kalau sampai menangis macamni.. kenapa dengan Dahlia?

"Zaf.. Dahlia selamat Zaf,cuma Dahlia hilang.. Polis dah siasat tak ada mangsa yang tekorban,diorang target Dahlia sesat dalam hutan waktu masih larikan diri"Kata Daniel.

Jantung sudah berdetak normal.Syukur,Dahlia sudah selamat.Tapi mereka perlu tetap mendoakan agar Dahlia ditemukan oleh pihak pencarian.

"Macam mana keadaan dia sekarang, mesti tengah lapar.. "

"Aku pun fikir benda yang sama Zaf,Dahlia tu walaupun dah dewasa,tapi tetap macam gadis kecil.. Harap-harap mereka cepat jumpa dia"

Kata Daniel.

"Tolong ambilkan aku air kosong tu"

"Nah" Daniel menyua gelas air.Dia turut membantu Zafril duduk dan sandar dipermukaan katil.

"Kau macam mana? Dah okay?"Soal Daniel.

"Lepas dengar berita fasal adik kau,aku rasa aku dah sihat"

Daniel tersenyum.

"Aku trauma sebenarnya.. aku terbayang apa yang jadi dekat Sofea dulu.."

*

Dahlia dan Sofea berjalan mengelilingi kampung.Untuk Kali terakhir sebelum mereka pergi tinggalkan kampung ni.

"Haihh kesian pula nak tinggal budak-budak ni.."Sofea berkata sambil lihat kanak-kanak yang berlari sakan.

"Kenapa?"

"Diorang ni rajin tolong akak.. mak diorang selalu suruh hantar makanan dekat akak, kita dekat tempat orang kan.. tak tahu nak cari pendapatan"

"Sebelum ni akak kerja apa?"

"Akak business woman.. akak jual tudung.. and akak ada syarikat sendiri"

Bukan kaleng-kaleng orang yang tersesat di dalam hutan seperti Sofea.Ada syarikat perniagaan sendiri.Entah macam mana lah syarikat tu sekarang.

"Harap-harap lah suami akak Masih jaga syarikat tu.."

"Kita kena plan pula akak,lepas naik ke jalan raya tu apa kita nak buat.."Dahlia tarik tangan Sofea duduk di atas bangku kayu.

"Haah.. what you think?"

"Saya rasa kita kena dapatkan tempat panggilan awam.. akak tahu dekat mana? sebab kalau nak naik teksi,kita tak ada duit.."Ujar Dahlia.

Betul juga apa yang dikatakan Dahlia.Nampaknya mereka perlu berjalan jauh.

"Akak rasa,orang kampung pernah suruh akak balik dan diorang ada bagitahu.. ada panggilan awam dekat dengan perhentian rehat,tapi jauh sikit katanya"

Dahlia ketap bibir.Kalai dia,walaupun sakit kaki.Demi nak selamatkan diri,tak kesah.Dia Masih mampu untuk berjalan.Biar lambat sampai asalkan selamat.Kalau nak berlari pun tak mampu lagi.

Cuma yang difikirkan Sofea.Larat ke dia nak jalan naik atas bukit.Kaki sekarang pun dah bengkak.Ditambahkan pula dia berbadan dua.Tapi berjalan banyak kan baik untuk kandungan.Tapi macam jauh je nak jalan.

Kalau jadi apa-apa dekat tengah jalan kang habis susah.Mampu ke dia nak dukung kalau Sofea tak larat nak jalan? Lutut yang sakit dipegang.Harap-harap kuatlah lutut ni.

"Akak.. saya minta akak kuat tau,biar kita boleh balik tempat kita.. saya yakin keluarga akak tengah rindukan akak.. keluarga saya,dan tunang saya pun pasti tengah cari saya.."Tangan Sofea dipegang.

"Tunang? ouhh Dahlia dah bertunang?"Tanya Sofea dibalas anggukkan.Nak buat apa tipu,dia memang dah bertunang dah pun.Silap-silap lepas keluar dari perkampungan ni hubungan mereka lebih akrab.

"Ya Allah.. jadi tunang kamu tak tahu ke apa yang dah jadi dengan kamu dan keluarga kamu?"

Dahlia geleng.

"Pagi tu kami bertunang dan malam tu.. saya dah kena kurung dalam pondok tu"

"Ya Allah.. akak rasa mesti diorang tengah cari kami,kenapalah keluarga kamu sanggup buat macamtu.."

"Jahat-jahat diorang.. saya tetap sayangkan diorang kak.."

"Baik betul kamu.. kamu memang anak yang baik,harap-harap lah anak akak dapat perangai macam kamu"Sofea mengusap perutnya.

"Mesti anak akak comel kan.. akak pun dah cantik dah.. full package.Tu tak kira lagi papa dia.. macam mana ya rupa papa dia?"

Sofea diam.Kembali rasa sebak.Rindu sangat dengan suaminya.

"Papa dia kacak,hidung mancung.. susah nak senyum.Tapi kalau dia Senyum,memang sangat beharga.. yang paling penting,dia paling confuse dengan jambang.. kadang-kadang nak simpan kadang-kadang taknak.. last sekali.. dia pendekkan je jambang dia kalau pegang tu,memang kasar la"

Sofea ketawa mengingati Saat manis bersamanya.Cuit hati juga Dahlia mendengar cerita Sofea.Nampak sangat,dia rindukan keluarganya.Tapi tak mampu untuk keluar dari kampung ini sendiri.

"Macam tunang saya lah.. saya gelar dia lelaki tak cukur jambang bagi habis.."

"Apa? HAHAHAHAHAHA" Ketawa Sofea.

"Betul kak,saya pun naik rimas.. dia nak simpan tapi dia tak suka sangat simpan.. andthen saya rasa dia tak pandai shave jambang dia.. ikutkan hati nak je saya tolong shavekan.."

"Hahahahah nampaknya diorang sama lah,nanti boleh kita kenalkan.."

"Insyaallah,boleh.."Dahlia angguk kepala.

"Jangan lupa bagi kad kahwin kat akak"

Agak lawak.Kalau lah Sofea tahu pertemuan dia dengan cik tunang macam mana.Comferm kena bahan teruk.Ketawa tak berhenti lah Sofea.Iyalah,Kahwin sebab kena fitnah tok Imam.Itu lucu.

Bersambung...

Share this novel

Wan Salma Wan Ahmad
2023-01-30 08:17:33 

best


NovelPlus Premium

The best ads free experience