36

Romance Series 321693

Jam dah lewat.Dia baru sampai tapi kereta Dahlia masih tidak kelihatan di ruangan parkir kereta.Mungkin masih sibuk dekat pejabat,iyalah dia baru sahaja keluarkan design tudung baru.

Zafril menapak masuk ke dalam rumah.Mahu membersihkan diri lepastu solat.Perut pun Dari tadi minta makanan.Rindu dengan masakkan isterinya.Harap-harap lah Dahlia tinggalkan masakkan dia.Boleh dia penaskan untuk makan.

Pintu bilik dibuka.Sunyi.Beg tangan diletak diatas katil.Sibuk di menanggalkan butang baju,mata tertumpu pada sehelai kertas yang terletak di atas katil.

Dahi Zafril berkerut.Surat apa pula yang ada atas katil tu.Zafril mengambilnya dikoyakkan Dari sampul lalu dibaca.

' Assalamualaikum abang..
Mungkin lepas abang baca surat ni saya dah tak ada dekat rumah abang..
Saya tak ada niat nak tinggalkan abang,tapi Saya pergi demi kebahagiaan abang.Saya tahu abang sayangkan Saya.. Saya pun sayangkan abang juga.Percayalah abang,hanya kak Sofea yang dapat bahagia kan abang.Saya undur diri sebab saya tak nak ada masalah besar berlaku.. Tolong jangan cari saya.. lupakan saya dan cari kebahagiaan abang.. Kalau dulu saya minta untuk abang Berikan Aku Cinta.. tapi kalini,Berhenti dari cintakan saya..

Saya minta maaf.. halal kan makan minum saya selama saya tinggal dengan abang..


Yang Benar

Dahlia Natasya '

Zafril gelengkan kepalanya berkali-kali.Otak dah bercelaru.Dia berlari ke bilik pakaian.Alamari pakaian ditolak.Semua baju milik Dahlia dah tak ada kecuali baju Sofea.

"T-tak... Tak! Kenapa ni?! KENAPA DAHLIA TINGGALKAN ABANG?!!"

Zafril capai kunci kereta.Di pandu kereta ke kampung halaman Dahlia.Rumah keluarganya.Apa salah dia sampai Dahlia pilih untuk tinggalkannya.Cukuplah Sofea dah tinggalkan dia.Dia dah tak sanggup lagi menahan kesakitan itu.

Gementar tangan yang menggenggam stereng kereta.Kelajuan kereta yang dibawa tak usah dikata.Dia lalu pun orang tak perasan sebab laju sangat.

Tak ambil masa lama,dia sampai di depan rumah keluarga Dahlia.Zafril keluar dari perut kereta.Pintu rumah keluarga mertuanya diketuk.

"Ummi!! Abi!! Buka pintu ni!!"

Banyak kali juga dia ketuk dah sampai nak roboh baru ibu mertua dia buka.Rosna terkejut melihat menantunya yang sudah basah dengan air mata.

"Kenapa ni??"

"Ummi.. Dahlia mana ummi? Tolong bagitahu Zaf ummi.."

"Ya Allah Zaf ummi Jujur Dahlia memang tak ada dekat sini,kalau kamu tak percaya masuklah cari.. bilik yang mana berkunci tu nanti ummi tolong bukakan.."Rosna mengiring sedikit badannya.Memberi lalun untuk menantunya masuk.

Bila dah cakap macamtu,tambah pula dengan wajah ibu mertuanya yang sangat jujur.Takkanlah dia tak percaya.Memang Dahlia tak ada dekat situ.

"Tapi ummi mesti tahu kan Dahlia dekat mana ummi.. Ummi tolong Zaf ummi.. Zaf sayang Lia.."Tangan ibu mertuanya digenggam.

"Dahlia anak ummi Zaf.. cukuplah dulu kami seksa dia macam-macam.. Ummi minta maaf,ummi kena jaga amanah"Ujar Rosna.

Zafril dah tak dapat tahan air mata.Keluarga Dahlia tahu Dahlia dimana.Tapi mereka taknak bagitahu.Dia tak akan berputus asa.

Kereta Zafril bergerak menuju ke kampung Daniel.Dahlia mungkin ada disana.Kamoung Daniel adalah tempat yang dia membesar walaupun bukan keluarga kandung.

Dalam hati berdoa,meminta agar isterinya ada di sana.Sampai sahaja dia dihalaman kampung.Solehah dan Adnan sibuk duduk di dangau melayan cucu-cucu.Anak-anak Maya dan Daniel yang dihantar ke kampung bila musim cuti sekolah.

Zafril turun dari kereta.Berjalan mendekat kearah Solehah dan Adnan.Dapat dia rasa sesuatu dari wajah Solehah.Wanita itu seperti tidak suka dengan kehadirannya.

"Assalamualaikum.."Sapa Zafril terlebih dahulu.

"Waalaikumussalam.. Kamu dari mana ni Zaf?"Jawab Adnan.Solehah,tidak menghiraukan langsung dengan kehadirannya.

"Ayah.. Dahlia ada ayah? Tolong Zaf ayah.. Ibu.."

Adnan memandang isterinya.Kesian dengan Zafril yang dah macam orang gila tercari-cari cinta hati.Pandangan Adnan juga meminta agar isterinya jujur.

Solehah menghela nafas,dia pandang Zafril.

"Dia dah buat sesuatu yang terbaik untuk kamu Zaf.. Dia undur diri untuk kebahagiaan kamu Zaf.."Kata Solehah.

"Tak.. Dahlia kebahagiaan Zaf ibu.. Zaf sayang sangat dekat Dahlia.."

"Kamu sayang Dahlia atau sayang Sofea?"

Terkedu Zafril bila disoal begitu.Kenapa semua nak libatkan Sofea yang sudah lama hilang.Takkanlah Sofea punca Dahlia lari.Atau sebab dia selalu sebut nama Sofea? Tidak! Dia dah jarang,bahkan dah belajar untuk terima.

"Dia dah undur diri untuk kebahagiaan kamu Zaf.. Baliklah.. Dahlia tak ada dekat sini"

"Ibu dengan ayah mesti tahu Dahlia dekat--"

Telifon Zafril berdering.Tiba-tiba ada panggilan Dari keluarganya.Dalam kepala dia hanya fikir,mereka menghubunginya kerana Dahlia ada di sana.

"Hello mama.."

"Zaf datang sini.."

*

Pintu utama dimasuki oleh Zafril.Ada Kamal Dan Amina yang duduk dengan wajah tegang.Tapi diselit dengan kesedihan.

Bukan mereka sahaja,Mawar.Sahabat Dahlia juga ada di situ.Zafril pandang sekeliling.Mana tahu isterinya ada di sini.

"Cari siapa tu Zaf? Dahlia tak ada dekat sini.."Amina berkata.Suara dia juga seperti baru lepas menangis.

"Kenapa mama call Zaf? Kenapa mama suruh Zaf datang sini?"

Mawar bangkit berdiri mendekati suami sahabatnya.Sampul surat diberi pada Zafril.Teragak-agak Zafril mahu menerimanya.Dia pandang Mawar dan surat itu bersilih ganti.

"Surat cerai dari Dahlia.."Jawab Mawar.

Ketika itu.Hati Zafril seperti dirobek dengan pisau.Ditikam berkali-kali.Telinga sudah merah.Sakit sangat bila melihat surat cerai yang dikiramkan Dahlia.

Suart tersebut diambil.Lalu dikoyakkan kemudian dia lempar pada Mawar.Amina Dan Kamal bangun berdiri.Semua orang menjadi saksi pandangan tajam Zafril.

"I don't understand all this!"

"Kenapa sampai kena bercerai?! Kami berdua tak ada masalah sama sekali!! Hubungan kami baik tak bergaduh pun! Kenapa Dahlia lari?!!"Bentak Zafril.Tak dikawal dah, air mata dia mengalir.Ya dia menangis,menangis kerana kehilangan orang yang dia cintai.

"Dia pergi sebab dia nak awak sentiasa hidup dengan kebahagiaan awak!"Campur Mawar.

"Kebahagian apa?!! Semua orang asyik sebut fasal kebahagian sedangkan Dahlia lah kebahagiaan aku!!"

Zafril terduduk.Ditahan juga oleh Amina dan Kamal.

"Selepas Sofea hilang, itu dah menjadi penderitaan.. Dan sekarang Dahlia pula.. Zaf memang tak layak bahagia ke mama papa?"Zafril pandang kedua orang tuanya.Wajah Zafril merah dengan tangisan yang menjadi.

"Zaf-- jangan macamni--"

"Because I love her that's why I macamni!!"

"Mama faham Zaf.. kita sendiri tak tahu apa sebab Dahlia pergi, Anak mama bukan orang yang mengalah.. kita akan cari dia sama-sama.. mama pun sayangkan Dahlia macam anak sendiri"Pujuk Amina.Kepala Zafril dibawa berehat di bahunya.

"I love her so much mama.."

"Mawar,tolonglah bagitahu kami.. kamu mesti tahu dimana Dahlia sekarang"Tanya Kamal.Meminta balas kasihan Mawar untuk memberitahu mereka semua.

"Dahlia bagitahu saya dia pergi luar negara.. tapi saya tak tahu,dia pergi dekat mana"Kata Mawar.

Zafril tunduk.Tak ada gunanya dia nak cari Dahlia kalau keberadaan gadis itu pun dia tak tahu.Apa lagi kalau berada di luar negara.Tapi tidak akan terjadi,dia bukan orang yang mudah mengalah.Dia perlu cari Dahlia sampai dapat.

"Tak ada ribut.. tak ada angin,kenapa dia tinggalkan Zaf.."Masih lagi dengan rasa bersalahnya.Hubungam mereka sangatlah baik,tapi kenapa tiba-tiba Dahlia lari.

"Saya bukan taknak tolong,saya datang ni pun sebab nak bagi surat cerai ni dekat Dato.. Saya sendiri tak tahu dia pergi mana"Ujar Mawar.

Zafril diam.Bangkit.Mahu keluar dari rumah itu.Dia nak cari Dahlia sampai jumpa.Lengan sasa ditahan oleh Amina.

"Zaf nak pergi mana Zaf? Dengan keadaan Zaf macamni.."

"Zaf nak cari isteri Zaf ma.."

"Tapi--"

"Assalamualaikum.."Semua mata tertumpu pada seorang gadis yang menolak kerusi roda.Gadis yang duduk di kerusi roda itu tersenyum.

"Abang.."

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience