20

Romance Series 321693

Jantung berdebar.Makin siap dia dengan hiasan pengantin.Makin berdebar macam nak meletup.Tangan pun menggigil tak berhenti.Rasa nak menangis pun ada.

Hari yang dinantikan tiba,kejap saja.Rasanya macam baru semalam dia bertunang dengan Zafril.

Dahlia mengenakan baju kebaya klasik yang dijahit menggunakan kain songket bewarna biru muda.Dihias juga dengan corak-corak tambahan dibajunya.

Tudung shawl biru dikenakan.Tambah pula mahkota di atas kepalanya.Benar-benar berseri Dahlia hari ini.Muka dia juga disolek.Sangat cantik.

"Dah siap?"Tiba-tiba Daniya masuk ke dalam biliknya.

Kawan tak ada,jadi Daniya lah yang terpaksa jadi pengapit untuknya.Rasanya Mawar ada datang juga,tapi terpaksa balik hantar anak dia kat rumah keluarga dulu sebab ganggu.Nanti dia datang balik.Aiman?Tak nampak langsung batang hidung lelaki itu.Bukan nak kedahkan,tapi kenapa dia tak datang sekali? Kenapa biarkan Mawar bawa anak-anak datang sorang?

"Dah siap dah"Mua yang siapkan Dahlia Jawab.

"You are so beautiful.."Daniya tersenyum.Terpana dengan kecantikan kakaknya.

"Gomawo.."

"Jom,pengantin lelaki dah sampai"

Makin laju jantung berdebar.Rasa macam nak lari pun ada.Dahlia bangkit,pegang bunga yang diberi Daniya.Nampak juga bunga tu terketar-ketar.

"Sejuknya tangan.."Daniya menggenggam tangan Dahlia.

"Biasalah tu, nervous lah tu pengantin kita"

Dahlia tersenyum dengan usikkan Mua.Pintu terbuka,Rosna dan Solehah masuk bersama.Manis senyuman mereka,banyak pujian yang diberi.Harini Dahlia memang lain dari yang lain.

"Jom Dahlia.."Ajak Solehah.

Dahlia meletakkan bunga di atas katil dulu.Dia maju sedikit ke hadapan dan mencium tangan Rosna.

"Restukan hubungan kami ummi.."

Rosna anggukkan kepala.Bahu Dahlia ditepuk kemudian mereka saling berpelukkan.Sebak juga rasa bila terpaksa serahkan anak untuk seorang lelaki.

"Ummi gagal jaga Lia.. Ummi harap,Zafril akan jaga kamu.. dengan lebih baik"

Kemudian beralih pada Solehah.Tangan gadis itu dicium lalu dipeluk erat.

"Terima kasih sebab jaga dan didik Dahlia ibu,terima kasih sebab sayang Dahlia macam anak ibu sendiri.. Restukan hubungan kami ibu.."

Solehah dah tak dapat tahan.Jatuh juga air matanya.Namun sempat dia hapus.Taknak bagi Dahlia nampak.Kalau tak habis hancur makeup pengantin.

"Dah jom.."

Mereka keluar berempat keluar dari bilik hotel.Angkat nikah di dewan hotel.Permintaan mama Zafril.Mereka ikutkan sahaja,iyalah Zafril bukan orang biasa-biasa.Pasti ramai tetamu besar-besar hadir nanti.

Lagipun senang,nanti lepas akad nikah.Wedding Planner boleh terus ubah untuk majlis resepsi apa yang patut.Majlis resepsi bagi belah Dahlia,akan dijalankan malam ni.

Pagi akad nikah,malam resepsi.Mudah sikit.

Makin dekat mereka dengan pintu dewan.Dahlia memang tak boleh nak kawal pernafasan.Berdebar sungguh.Tapi Ummi Dan ibunya yang memberi semangat.Itu sudah cukup.

Masih banyak juga tetamu yang terserempak di jalan ke dewan.Mungkin ada yang baru datang,yang nak balik pun tak jadi balik sebab nak raikan pengantin.

Kini mereka tiba di depan dewan hotel yang sudah dipenuhi dengan tetamu yang hadir.Kamera juga sudah mula bekerja mendapatkan gambarnya.

Dahlia berjalan bersama Solehah dan juga Rosna menuju ke depan.Ada juga bisikkan yang memuji terposan dengan dia harini.

Zafril,Dahlia pandang lelaki itu yang sudah siap duduk dihadapan abinya.Ayah dan Papa Zafril pula setia meneman di sebelah bersama Daniel.Yang lain mungkin sahabatnya.

Dahlia duduk di atas pelamin ditemani Rosna Dan Solehah.

Majlis dimulakan.Hati beristifar meminta dipermudahakan segala urusan dan majlis berjalan dengan lancar.

"Muhammad Zafril Ilyan.. Aku nikahkan engkau dengan puteriku Dahlia Natasya binti Ahmad dengan mas kahwinnya satu set perhiasan barang kemas"Ahmad bertutur sopan.

Zafril pejamkan matanya,ini memang bukan Kali pertama baginya. Masih tetap sama seperti awal dia berkahwin dengan Sofea.

Mata dibuka kembali.Cuba mengatur nafas.Biar kurang gementar.

"Aku terima nikahnya Dahlia Natasya binti Ahmad dengan mas kahwinnya satu set perhiasan barang kemas.."

Syukur,sekali lafaz.Dahlia sudah sah begelar isteri kepada Zafril.Tak dapat ditahan lagi,Dahlia sudah menitiskan air matanya.Tak sangka,Zafril lelaki yang menjadi suaminya.

Zafril melakukan solat sunat di tempat khas.Lepas itu dia datang kearah pelamin untuk pembatalak wudhuk.

"Assalamualaikum.."Sapa Zafril terlebih dahulu Rosan dan Solehah berpindah tempat untuk memberi ruangan.

"Waalaikumussalam.."Jawab Dahlia agak sangkut-sangkut.Tengah tahan sebak.

Jari manis Dahlia disarungkan cincin batu berlian yang menjadi pilihan Zafril.Kini Dahlia pula menyarungkan cincin pada jari Zafril.Kemudian,tangan Zafril dikucuo kemas.Disaat dia angkat kepala,bibir Zafril mendarat tepat pada dahinya.

Tak apa,bedak tebal.

bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience