28

Romance Series 321693

Mereka berdua singgah sebentar ke pasar raya.Nak beli barang dapur.Selalunya pembantu yang beli.Tapi kalini apa salahnya kalau dia Dan Zafril keluar beli.Lagipun banyak barang keperluan diri nak kena beli.

Zafril menolak troli mengikut saja kemana isterinya pergi.Kagum juga dia tengok Dahlia memilih barang dapur.Selalunya kalau dia nak beli kena tengok kertas dulu,apa yang patut dibeli.Tapi Dahlia.. macam dah hafal dah apa yang tak ada dekat rumah.Orang perempuan.. memang hebat.

"Nak salmon tak?"Tanya Dahlia.Segar-segar Salmon yang disusun di atas ais.Buat Salmon grill pun sedap.

"Sure.. up to you,abang pun dah lama tak makan masakkan sayang.."

Dahlia senyum.Sweet nye lahai.Haritu cakap taknak balik makan tengah hari,tak biasa.Sekarang terangau-angau kau cari masakkan aku.Percuma.Tak payah guna bomoh.

Dahlia memasukkan beberapa potongan Salmon.Buat stock dekat rumah.Lagipun bukan mereka je nak makan,pembantu lagi.Susah juga bila rumah besar pekerja banyak.Tapi tak apa,guna duit Zafril.

"Done.. jom kita pergi beli buah-buahan dengan sayur pula"

Dahlia dan Zafril menuju ke tempat barangan kering.Beli sayur banyak-banyak.Hidangan akan lazat jika ditambahkan dengan sayur.

Zafril menolak troli.Biar Dahlia memilih sayur.Dia pergi cari buah.Lapar-lapar memang buah akan menjadi snek ganti terbaik dari makan makanan yang tidak berkhasiat.

Sibuk tangan memilih buah epal.Matanya tertuju pada pasangan suami isteri yang sangat dia kenal.Walaupun tak ada hubungan rapat,tapi dia yakin dia kenal dan mereka adalah Aiman dan Mawar.

Zafril kerut dahi.Tak segan ke mereka Bergaduh di public macam tu.Walaupun suara tak berapa kuat dan tak bergaduh macam dalam filem sampai terabur habis barang dalam pasar raya,tapi tetap menarik perhatian orang.

Mana tak nya, Mawar sibuk dukung bayi kecil yang mungkin berumur 3-4 bulan yang sedang menangis.Tangan dia pula penuh dengan plastik sayur.Tu tak campur lagi dua orang kanak-kanak lelaki yang sedang menangis di dalam troli.

Mungkin itu anak mereka berdua.Dahlia pun pernah bagitahu Mawar dah ada tiga orang anak.Dia saja yang tak pernah jumpa mereka.

Aiman.Zafril yang lelaki pun geram dengan sikap lelaki itu.Fokus dengan telifon.Buat acuh tak acuh bila Mawar suruh dia tengokkan anak-anak.Perempuan yang nak pilih barang,perempuan yang nak kena jaga anak?

Zafril tahan penumbuk.Dia mendekati mereka.Perempuan perlu dilindungi,bukan diseksa macamtu.Kesian lihat Mawar macamtu,jaga budak bukan senang.Tambah pula malu bila orang ramai lihat dirinya.

Talifon Aiman dirampas lalu dilemparkan.Terkejut Aiman dan Mawar dengan kehadirannya.

"children are not the sole responsibility of a wife"

"Why do I look at you like you don't deserve to be called the head of the family?"

"Aren't you ashamed to let your wife be the focus of the public? But I think your wife doesn't need to be ashamed, because now everyone in the supermarket is cursing around an irresponsible man like you"Zafril lepaskan geramnya.

Dia lelaki,dan dia faham seorang wanita tak layak diperlakukan sebegitu.

"Wait.. I know you.. Dato Zafril right?"Sinis Aiman.Marah bercampuk bila telifonnya dilempar hingga hancur.

"Sure.. Nasiblah isteri aku ex kau,kalau tak entah macam mana hidup dia kalau dapat lelaki tak guna macam kau.."

"Dato cakap apa? Apa masalah Dato nak masuk campur urusan keluarga saya? Siap baling phone saya lagi.. mana hormat Dato? Saya tahu saya orang biasa-biasa saja.. tapi bila Dato baling phone saya,tu dah kurang ajar Dato.."Aiman ketap gigi.Entah datang dari mana,tiba-tiba nak masuk campur urusan keluarga dia.

"Sorry untuk kesalahan saya, saya memang tak cari masalah dengan awak tapi awak yang sedang buat masalah.. bukan dekat saya saja.. Cuba tengok,satu supermarket tengah tengok awak"Tegas Zafril.Tangan dimasukkan ke dalam poket.Memang satu supermarket tengah perhatikan mereka.Mungkin sebab terkejut bila dia baling telifon Aiman tadi.

Mawar diam.Dia hanya fokus tenangkan ketiga orang anaknya yang samakin menangis.Yang kecil pula makin kuat tangisannya.Zafril hulurkan tangan pada seorang kanak-kanak lelaki yang berumur sekitar 4 tahun Dan didukung olehnya.

"Macamni ke kau jadi seorang suami? Inikah tanggungjawab yang betul kau dah buat.. biarkan isteri uruskan semuanya?"Zafril kuatkan suara.Biar satu supermarket dengar.Bukan tu ja,orang ramai yang menyaksikan pun bersuara menyokong kata-kata Zafril.

Aiman diam.Dia pandang Mawar sekilas.

"Beli barang cepat,aku tunggu dalam kereta!" Laju sahaja dia pergi keluar dari pasar raya.Malu lah dapat.

Dahlia,gadis itu mendekati Zafril.Dia melihat semuanya walaupun pada awal dia tak faham apa yang terjadi.Harap terkejut dengar suara cik Suami tiba-tiba jerkah satu supermarket je.

"K-kenapa ni?"Tanya Dahlia.Dia lihat Mawar tertunduk.

Zafril tidak menjawab soalan Dahlia.Dia pandang Mawar.Kesian,entah bagaimana hidup dia.Mereka nampak seperti keluarga senang.Bahagia dengan duit tak indah.

"Are you okay?"Soal Zafril pada Mawar.

Mawar angkat kepala lalu mengangguk.Wajah Mawar dah macam tak tidur.Risau juga Dahlia dan Zafril tengok.

"Awak ada masalah dengan Aiman ke Mawar?"Soal Dahlia memegang bahu Mawar.

"Biasalah.. Aiman stress sebab dia rugi besar dalam saham,macamnilah yang jadi.."Ujar Mawar.

"Awak sebagai wanita patut dihargai,bukan diketepikan macamni.. "Serius Zafril.

"Saya minta maaf Dato,kalau suami saya buat Dato tak selesa.. Dan saya nak ucapkan terima kasih juga.."Mawar menunduk.Memang tak berani nak pandang wajah pasangan di hadapannya.

"Kalau awak ada masalah.. cerita dekat saya Mawar.. kita kan kawan"Tangan Mawar digenggan.Sayu hati tengok anak-anak Mawar.

"Terima kasih Dahlia.. saya minta izin dulu,jom sayang.."

Zafril meletakkan semula kanak-kanak lelaki yang dia dukung tadi ke dalam troli.Ketiga-tiga sudah tak menangis.Mungkin tadi mereka menangis sebab rimas melihat ibu bapa bergaduh.

"Comel anak-anak awak.. nama apa?"Tanya Dahlia.Mengusap kecil kepala bayi yang didukung Mawar.

"Yang sulung Afiq,yang kedua Arif.. yang last ni Humaira.."Jawab Mawar memperkenalkan anak-anaknya.

"Saya minta diri dulu ya"Laju ja Mawar mahu pergi.Mungkin dia malu juga dengan keadaan sekeliling tadi.

Dahlia pandang Zafril.Meminta penjelasan.Memang di saksikan tapi tak sepenuhnya.

"Saya tengok diorang bergaduh waktu pilih buah,kesian tengok Mawar.. Tak tahulah saya nak cerita macam mana,awak tengok sendiri kan Aiman biarkan Mawar uruskan tiga orang anak sendiri.. Tak boleh la.. saya geram.. "Kesal Zafril.Kalau ingat balik memang buat dia naik angin.

"Rumahtangga diorang biarlah.. jom balik"

*

"Saya tak sangka eh ada juga lelaki macam awak"Kata Dahlia di sebelah Zafril.Kepala dilentokkan pada bahu Zafril.Mata ditumpukan kedepan melihat jalan raya yang penuh dengan kereta.

"Kenapa?"Soal Zafril yang fokus memandu.

"Iyalah,awak macam faham perasaan wanita.."

Zafril senyum.

"Awal kita kahwin dulu saya tahu awak masih tak boleh terima saya,tapi awak layan saya baik.. "Jujur layanan Zafril dulu memang baik.Tak ada kasar sama sekali.Seperti diawal mereka berjumpa waktu Dahlia menjadi anak murid Zafril.

"Saya harap abang akan jadi yang terbaik..Saya taknak kongsi abang"

"Kongsi? Awak tak perlu kongsi saya.. saya yang perlu kongsikan diri saya.. untuk awak dan Sofea"Diam seketika.

Rindu pula dia dengan Sofea.Dah lama di tak sebut dan cuba ingat tentang gadis itu.Kes Sofea dah ditutup.

"Saya gagal jadi suami yang baik untuk Sofea, dan sekarang saya nak baiki dengan awak"

Bersambung..

Share this novel

awer
2023-02-06 03:37:51 

baGhallll...sebut lagi nama sofea...bodo benak...klu aku jdi dhlia angkat kaki la


NovelPlus Premium

The best ads free experience