8

Romance Series 321693

Masih banyak lagi masa sebelum dia akan bergelar sebagai tunang orang.Pulang sahaja dari rumah keluarga Zafril.Dia pilih untuk tinggal di kondo miliknya.

Kondo pemberian kak Maya dulu.Dah lama dia tak jenguk.Entah apa yang jadi.Kadang-kadang Daniya rajin juga tidur di situ kerana berdekatan dengan tempat shooting.

Pintu kondo ditolak.Syukur.Tak ada yang bersepah.Dari awal dia sudah pesan pada Daniya.Takut kena marah lah tu.Tak ada apa yang berubah,sama seperti asalnya.

Jam dinding dah pukul 10 pagi.Lagi satu jam dia perlu hadir ke khusus.Tak sabar nak mulakan hidup sebagai orang dewasa.Mahu buka satu perniagaan pasti ada mulanya.Itulah sebab dia pilih untuk tidak balik kampung.

Dia mahu hadiri khusus.Dahlia nak ada ekonomi sendiri sebelum kahwin.Zafril pun cakap,dia tak kesah jika Dahlia tidak menjadi suri rumah.Apa lagi nak kata,memang dia bercita-cita untuk bekerja.Bukan menjadi seorang suri rumah diusai muda.

Dahlia bersihkan diri.Memakai baju kurung modern.Tak itu pemakaian yang sering dipakai olehnya dulu.Dahlia mengenakan blezer di atas kemeja putih bersama skirt labuh.Tak lupa juga tali pinggang Gucci dipandakan pada kain skirt.Tudung shawl satin bercorak menjadi pilihannya.

Dan solekkan tipis.

Nampak sangat matang dari dulu.Ini barulah Dahlia yang baru.Itu saja pujian untuk dirinya.Dia mengambil kunci kereta.Lama betul dia biarkan kereta pemberian Daniel terbiar.Tapi tak la sampai tak naik langsung.Daniel kerap buat sewa kereta dia.Takut pulak rosak kalau tak naik lama-lama.

Kalau Daniel yang nak naik pun,member dah banyak kereta.

Rindu betul dekat Audi kesayanganya.Peneman setia waktu dia habiskan diploma di Malaysia.

"I miss you Baby.."Pintu kereta dibuka lalu dia masuk ke dalamnya.Ada sedikit perubahan,mungkin abangnya makeup sedikit.Ialah,nak buat kereta sewa kan.

"Hai.. rindu betul nak drive"Butang enjin ditekan.Bunyi kereta tak usah dikata,makcik bawang yang tengah sidai baju pun terkejut.

"Let's go!"

Dahlia memandu ke destinasi yang dituju.Sesekali dia menikmati pandangan luar Kuala Lumpur.Waktu datang dengan Zafril pandangan jadi kabur.Kerap berangan kerana dia asyik memikirkan masalah.Tapi harini dia lupakan dulu, dia nak fokus.

*

"Daftar atas nama siapa ya?"Tanya seorang penjaga kaunter di dewan yang dipiluh untuk khusus itu.

"Dahlia Natasya.."

"baik kejap ya, nama awak dah ada.. awak is dulu borang ni lepas tu pergi kaunter 3 ambil buku dan barang yang lain,lepastu terus masuk dewan"Kata penjaga kaunter itu.

Dahlia mengangguk kepalanya.Tak lupa senyuman mesra.Borang yang diberi diambil lalu dia tuju ke kaunter tiga.Tak banyak pun nak kena is di borang tu,cukup nama,kad pengenalan,Dan alamat rumah.

"Borang dah isi?"Tiba giliran Dahlia selepas orang dihadapannya.

"ya.. ni"Dahlia hulurkan borang.

"ok baik.. ni ada buku,dalam buku ni ada nota yang akan dibincangkan waktu khusus nanti.Khusus akan diakan selama 3 hari dan lepas tu kita ada pembelajaran rendah untuk pemula dalam masa satu minggu"Jelas penjaga kaunter 3.

"Biak saya faham,dah boleh masuk ke?" Bukan apa,dia dah tahu dah semuanya.Tapi rajin pula penjaga kaunter tu ulang.Gaji mahal agaknya.Takpun boss tengah memerhati.

"Ya.. kerusi Puan nomber 13 ya.."

Dahlia angguk kepala lalu masuk ke dalam dewan mencarinya.Nomber 13 pasti do depan sekali.Baguslah senang nak faham.

Tak sangka,orang yang duduk disebelahnya.Sangat dikenali.

"Dahlia"

"Mawar!"

Keduanya saling berpelukkan.Tak sangka pula boleh berjumpa di sini.Balik Malaysia pun Dahlia tak jumpa lagi dengar Mawar.Rindu pastinya.

"Awak kenapa tak datang rumah saya lagi?"Tanya Mawar.Keduanya duduk.Berbelahan je.Kalau bosan dengar motivasi kat depan.Boleh lah bergosip dua-dua.

"Hahahaha maaf,saya sibuk"

Sibuk? Sibuk menghadap masalah.Memang dia rancang nak pergi rumah Mawar lepas hari yang diadakan kenduri tu.Tapi masalah lain pula yang jadi.

"Ish... selalu macamtu,nanti nak datang bagitau,saya nak masak.. ajak la suami awak sekali"

Wow.. tak sangka.Mawar Masih pegang kata-kata yang dilontarkan Zafril yang kami akan berkahwin.Nak berkahwin apanya? Sorang duduk di Korea sorang duduk di Malaysia.

Tak mungkin! Tapi tiba-tiba akan berkahwin juga mereka berdua.

"Saya mana kahwin lagi lah.."Kata Dahlia.

"eh.. dulu bukan kata--"

"Insyaallah minggu depan kami bertunang, dulu kan saya sambung belajar"Taktau kenapa dia mahu Jujur saja.Tapi Mawar Masih tidak tahu yang Zafril sengaja menggunakan ayat itu.

Main betul mulut Zafril! Kan dah kena kawin betul-betul.

"Lah.. lupa,awak kahwin bila?"

"Err--"

Bunyi ketukan mic terdengar satu dewan.Penyelamat.Sangat penyelamat.Tak jadi nak berbual.Keduanya sudah fokus memandang pengacara majlis di atas pentas.Dewan yang awalnya agak sunyi kini sudah dipenuhi dengan para peserta yang ikut khusus.

Pembukaan majlis dibuka.Mengalahkan perhimpunan sekolah.Tapi itu memang adalah Salah satu adap untuk pembukaan majlis kan.

"Jadi hari ini kita akan perkenalkan dulu pakar motivasi kita, untuk harini,hari pertama kita ada Dato..maafkan saya ya,tulisan yang ditulis tak berapa nampak.. hahaha tapi takpa nanti kita suruh Dato ni kenalkan diri sekali lagi.. Dan Dato ni juga akan jadi pengajar untuk kelas pembelajaran rendah satu minggu yang akan diadakan"

"untuk hari kedua.. Dr.Ayla, Dan hari ketiha Dato Saiful.. jadi tanpa membuang masa,saya minta Dato.. yang awal tu,jemput naik ke atas pentas untuk memulakan majlis,sekali lagi saya mohon maaf sebab tulisan tak berapa cantik pula yang tulis skrip ni"Panjang lebar bualan pengacara majlis.

Lain macam betul Dato ni.Nampak muda,memang bergaya sangat kalau lihat Dari segi penampilan.Suasana dewan sudah riuh dengan pujian orang ramai pada Dato tu.Nampak muda.Mesti dia orang yang bersungguh.Muda-muda pun dah dapat pangkat jadi Dato.

"Erkhem!"Test mikrofon memang lain dari lain.Masker yang menutup mulut Dan hidung dibuka.Tak lupa juga cermin matam yang dipakainya.Semua orang di dalam dewan terpana.Tapi tak dengan Dahlia.Apa yang dia nak buat sekarang.Cari mana-mana pintu yang terbuka untuk lari keluar.

"Dahlia.. tengok tu,saya macam kenal"Tangan Mawar menyentuh bahunya.Dan sekelip itu pandangan kembali kedepan.

"Assalamulaikum warahmatullah hiwabarakatu.. saya kenalkan nama saya, Saya Zafril Ilyan bin Tansri Kamal, Dan saya yang akan memberi motivasi untuk harini"

'Ibu.. Lia nak balik ibu..'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience