4

Romance Series 321693

"Astarfirullah.. apa kamu berdua buat ni?"

Terus terungkai rangkulan kemas di pinggang Dahlia.Keduanya menstabilkan diri.Itu tidak menarik perhatian,yang menarik sekarang adalah..

Tok Imam kampung,Ibu,Ayah ,Daniel dan juga Maya yang sedang memandang mereka berdua dengan tatapan terkejut.

"Apa kau buat ni angah?"Soal Daniel terkejut dengan apa yang dia lihat.

"T-tak.. korang salah faham"

Jadi susah hati pula Dahlia bila keadaan menjadi tegang.Lagi-lagi tatapan ibu dan ayahnya.Dahlia menatap Zafril,meminta agar dia jelaskan supaya tidak ada salah faham yang berlaku.

"Tak.. Daniel,apa yang kau tengok tu tak betul.. aku cuma sambut adik kau dari terjatuh..."Kata Zafril.

Tok Imam kampung menggelengkan kepalanya.Apa yang dia nampak macam tak wajar dengan alasan Zafril.

"Kalau ye pun kamu nak sambut Dahlia dari terjatuh,kenapa tak pegang tangan dia je? Dah tak tahu larangan agama? Muka tadi bukan main tunggu timing untuk bercium.."Kata Tok Imam.

"Kitorang tak bercium pun tok.. saya terjatuh kebelakang,bukan macam dalam drama lambat tempoh nak jatuh jadi sempat Dato Zafril tangkap lengan saya.. saya pun taktahu posisi nak jatuh tu macam mana.."Dahlia mula resah.

"Aku nampak dengan mata aku sendiri Adnan apa yang anak kau buat dengan Dato ni,diorang memang nak bercium.. sikit lagi je nasib kita sempat tegur.."

Kurang asam punya tok Imam.Dahlia tahan sabar.Bibir diketap.Susah bila kena fitnah apa yang dilihat tak sama dengan apa yang mereka lalui.

"Tok yakin ke kami nak bercium"

Kali ini Zafril bersuara lain macam.Sudah keluar aura Dato-Dato dia.Tegas dan bertauliah.Macam tu lah ciri-ciri suara dia.Mungkin dia tengah menahan sabar juga.

"Dah aku pernah buat dengan bini-bini aku.. aku tahu lah"Jawab tok Imam tanpa rasa bersalah.

"sudah-sudah.. kita boleh bincang elok-elok"Adnan menghentikan pertengahan mereka.

"Ayah Dahlia tak buat apa-apa pun.. ini semua salah faham"

"iya takpa.. kita bincang dekat dalam dulu okay?"Maya cuba menenangkan Dahlia.

*

"Betul Zafril nak selamatkan Dahlia dari terjatuh?"Kini semua pandangan menatap kearah Zafril yang duduk dengan tenang disebelah Daniel.Orang tengah susah hati boleh pula dia tunjuk muka blur dia.

"Ya.."Satu patah sahaja jawapan yang diberi.

"Habistu kenapa tok Imam cakap Zaf peluk Dahlia?"

"Itu adalah refleks.. macam mana saya nak sambut tangan dia kalau gaya dia jatuh menghadap kebelakang? Kalau saya sambut tangan dia,dia tetap akan jatuh sebab saya berdiri di berlakang dia"Jawab Zafril

Sudah seperti menyelesaikan kes di makhamah pula.

"Kenapa Dahlia boleh jatuh?"Tanya Adnan untuk Dahlia pula.

"Lia terpijak batu ayah.."Sopan saja Dahlia jawap.Mungkin dah tak ada harapan untuk menang dalam kes ni bila si tok Imam seakan menghasut ayah dan ibunya.

"Macam tak logik aja bunyi? Budak muda Adnan.. muda-muda diorang pun kita ni bijak lagi.. kau nikahkan je lah diorang dua ni.. kalau Dato tu taknak bagi je Dahlia dekat aku"

Semua di ruang tamu terkejut dengan apa yang tok Imam cakap.Macam tak ada hati perut.Bini dah tiga orang,itupun dah serupa Ayam terlepas dari reban ada hati nak tambah lagi.

"Kenapa pula? Masalah sekarang anak saya dengan Dato Zafril bukan dengan tok Imam"Kali ini Solehah menentang.Ada ke patut tok Imam tua bangka nak dijadikan menantu?

"Iyalah.. Zafril tu kan Dato.. nak ke dia kahwin dengan perempuan kampung--"

"KAU NI MEMANG AMBIL KESEMPATAN LAH-"Dahlia tak tahan sabar,namun cepat-cepat Maya tarik dirinya.Lagi 1 meter comferm dapat penumbuk free.

"Dahlia sabar lah.." Pening Daniel.

"Sabar apanya? Kau tengok lah orang tua ni! Tak sedar diri!"

"Dahlia.."

"Kau sanggup ke nak kena hadap apa yang orang kampung cakap fasal anak kau sorang ni? Esok aku hantar rom--"

"Sorry to say.. Saya dah janji nak hantar rombongan meminang terlebih dahulu.."

Zupp!!!

Nyamuk yang lalu pun berhenti mendengar kata-kata Zafril.

"apa?"Bukan tidak dengar, tapi Dahlia mahu memastikan.

"Kita dah janji dah kan sayang.. kita nak kahwin.."Tak ada masalah mental,kenapa tiba-tiba jadi mental.Itu soalan Dahlia sekarang

"Ibu terima kalau Zaf nak kahwin dengan Dahlia.."Solehah pula sokong.Ialah siapa je nak anak perempuan mereka kahwin dengan orang tua.

Walaupun Zafril jauh berbeza umurnya dengan Maya.Tapi tak adalah tua sangat.Muka pun dah kalah artist Korea.

"Aku dah cakap,diorang memang--"

"Macam mana ya tok boleh jadi Imam dekat kampung ni? Dulu tak belajar ke fitnah itu berdosa? Jangan kerana sifat gatal tu.. tok fitnah kami"

Ayat yang sangat gentleman.Sampaikan tok Imam terdiam sebab sentap mungkin.Padanlah.Itu baru sikit.Kalau Dahlia tambah tu,memang tak keluar rumah tok Imam tu.

*

Dahlia atur langkah kedapur.Mencari kelibat Zafril.Pada awalnya dia masih malu-malu.Tapi sekarang tak lagi.Ada perkara yang perlu diselesaikan.

Semua keluarga masih diruang tamu.Mungkin tengah tungguh Tok Imam yang tengah healing sebab Dahlia tak terima cintanya.

Pandangan tertuju pada Zafril yang sedang meneguk air kosong.Langkah dia terhenti.Pelik kenapa Zafril minum air agak banyak dan laju.Dalam masa satu minit dia dah habiskan tiga gelas air.Itu tak termasuk waktu dia belum sampai ke dapur lagi.Entah-entah sudah berpuluh cawan dia minum.

Dahlia pelik dengan keadaan Zafril.Lelaki itu macam cuba menenangkan dirinya dengan minum air kosong.Tengah marah lagi ke? Dari belakang pun sudah nampak telinganya yang semakin merah.

Segelas cawan diisi lagi air.Memang sah Zafril tak sedar berapa cawan dia dah teguk.Baru sahaja tangan mengangkat gelas itu untuk diminum.Dahlia menahan dan merampas.

Terkejut Zafril dengan kehadiran Dahlia.Bila datang pun dia tak perasan.

"Dato ni kan.. kalau kembung perut macam mana?"Gelas diletakkan semula.Baru sedar,Dahlia sedang risau tentang Zafril.

"Ahaa!! Jangan nak perasan.. we need to talk!"

"About what?"

Kenapa tiba-tiba jadi blur pula si Zafril ni.Tatapan Dahlia memang betul-betul fokus.Tajam pula tu.Dia mahu Zafril faham apa yang mahu dibincangkan.

Kerusi meja makan ditarik.

" Anj-a (duduk)"

Zafril pandang Dahlia.Mencari apa yang dimasukan Dahlia di atas meja.

"Mana ganja? Ada lauk kenduri je.."

Kalini memang betul-betul nak menangis.Salah dia juga.Dah kenapa pergi cakap bahasa Korea dengan Zafril.

"I mean duduk, duduk sini Dato!"

Zafril duduk.Mereka berdua sahaja ada di dapur.Sudah cantik untuk berbincang.Harap-harap orang depan tak ganggu privasi mereka untuk berbincang hal itu.

"Kenapa Dato cakap macamtu?"Soal Dahlia.

"Maksud awak,Hal tadi?"

"maj-a (betul)"

"Kenapa dengan meja ni?"Kalini tangan Zafril pula membelek meja.Mana tahu patah ke apa ke.

Ikutkan hati.Nak je Dahlia sumbat mulut dia dengan belacan sekarang.Tapi disebabkan nak kontrol ayu,taknak lah mulut berbau.Dia tahankan.Dia Masih susah untuk lepaskan lidah Korea.

"Maksud saya betul, kenapa Dato cakap macamtu?"

"ouhh, easy.. saya nak selamatkan awak dari kahwin dengan orang tua tu" Makin naik darah Dahlia bila dengar jawapan selamba Zafril.Macam dia dengan Zafril terdesak nak kahwin pun ada.

"Tapi saya taknak kahwin dengan Dato.. masalah sekarang keluarga saya dah akan anggap kita akan berkahwin tak lama lagi!"Bidas Dahlia.

"okaylah tu.. Dari diorang salah faham"

Alahai Dato Zafril.Senang lenang betul kau jawap.Sabar selagi mampu Dahlia.Tangan mengusap dadanya.Tak tahulah dah meletup ke apa.

"Tolonglah.. panjang lagi perjalanan saya.. Dato ni pun,dah tak boleh fikir cara lain ke?"

"Bukan ke dulu kita nak kahwin?"

Kembali teringat pula apa yang terjadi disaat mereka yang berhubungan pelajar dan pengajar di kolej.Itu bukan masalahnya sekarang.

"Saya. taknak. kahwin. Lebih baik Dato buat something,kalau tak.."

"Kalau tak awak lebih rela difitnah oleh keluarga awak macamtu?"

"Awak fikir saya ni tak rasa apa-apa ke? Awak fikir saya seronok nak kahwin dengan awak? I'm not that kind of guy, I try to be perfect only for someone I love.."

"When it's like this, I'm confused why I chose to be a your hero"Sambungnya.

"Tak patut ke awak rasa bersalah? You should think that we are the victims of this problem, not just you"Tak cukup itu.Dia tambah lagi.Sepertinya Zafril turut kecewa.

Lidah kelu.Tak tahu nak cakap apa bila Zafril meluah apa yang dia rasa. Kini Dahlia kutuk diri sendiri,benar bukan dia sahaja jadi mangsa.

"Sekarang ni awak pilih.. terima lamaran saya,atau.."

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience