22

Romance Series 321693

Kereta Zafril diparking di halaman luar.Terpaku Dahlia melihat rumah banglo mewah yang terpacak dihadapannya sekarang.Rumah ke istana ni?

"Jom"

Mereka keluar dari kereta.Bukan satu kereta sahaja yang ada di halaman rumah.Lebih dari 10 kereta berbagai jenis terparkir.Dan ada juga setengah kereta yang dia nampak adalah kereta Zafril.Mungkin semua kereta itu adalah milk Zafril.

"Rumah siapa ni?"

Dahlia dah agak,rumah banglo sebesar istana dihadapannya adalah rumah Zafril.Tapi saja mahu dapat kepastian.Mana tahu Zafril bawa pergi rumah keluarga Kak Sofea ke kan.. macam tak logik.

"My house.. with Sofea.."

Sekali lagi.Kenapa tiba-tiba dia kurang suka pula dengan Sofea ni? Rasa seperti diduakan? Tak,dia rasa macam Zafril buat dia seperti gadis biasa yang tak ada kena mengena dalam hidupnya.Dan Sofea,seperti gadis itu masih hidup.

Cepat dia tempias rasa itu.Biarlah Zafril dengan hidupnya.Dia akan jadi orang baru untuk ubah hidup Zafril.Dia sudah berjanji pada diri sendiri.Tahta sebagai seorang isteri.Dia tetap kena ada hak itu.

Mereka masuk ke dalam rumah.Baru masuk sahaja beberapa orang pembantu yang berpakaian lengkap menyapa kedatangan mereka.

"Selamat pulang Dato Dan selamat datang Datin.."

Rasa janggal pula bila mereka bahasakan dirinya sebagai Datin.Muda-muda dah dapat pangkat Datin.

"Jom.. saya tunjuk bilik"Tangan Dahlia dicapai lalu dibawa ke bilik.Mereka naik lif.Dari tombol lif dapat lihat ada 3 tingkat.Maknanya rumah banglo ni ada 3 tingkat.

Bilik yang terletak tidak jauh dengan tangga.Nasiblah mereka naik lif,tengok tangga pun dah semput lagi-lagi rekaan dia yang unit.

Zafril dan Dahlia masuk ke bilik utama.Bilik Zafril pastinya.Iyalah,mereka sudah bergelar suami isteri.Takkanlah dia nak minta bilik asing.Bagi Zafril tak pasti, 5050 kalau dia minta nak bilik asing.Kalau dia bagi syukurlah tapi kalau tak,comferm telinga dapat dengar ceramah ibu.

Jadi keputusannya.Ikut saja apa yang Zafril bagi.Janji ada tempat untuk tidur.Dah jadi suami isteri.Dia perlu biasakan.

"Nanti.. minta suruh pembantu kemaskan baju awak dalam bilik wardrobe ni.."Pesan Zafril menunjuk sekeliling bilik.Boleh tahan besar.

"Takpa.. baju sikit je,nanti saya kemas sendiri.."

"Ikutlah.. saya pergi kerja dulu.. anything just call me"

Dahlia angguk kepala.Zafril keluar dari bilik.Bila teringat perkara wajib yang perlu dilakukan.Dahlia mengejar Zafril.Nasiblah lelaki tu tak turun bawah lagi.

"Nak salam.." Pesan ummi yang selalu diingati.

Zafril tersenyum lalu menghulurkan tangannya.Dahlia kucup perlahan dan berlari masuk bilik.Taknak hantar sampai depan pintu utama.Kang nak naik tak fasal-fasal sesat.Tapi sebenarnya malu bila kali kedua dia mengucup tangan Zafril selepas hari akad nikah haritu.

Dia pandang sekeliling bilik.Boleh tahan mewah bilik Zafril.Konsep kesukaan Dahlia.Tema modern.Tak jauh beza warna yang dipilih.Hitam kelabu putih dan sedikit keemasan.Sangat cantik corak warna rumah banglo ni.

"Kemas baju dulu lepastu..."Dahlia melihat gambar perkahwinan yang tergantung besar di dalam bilik itu.Gambar seorang wanita dan juga Zafril.

Sofea.Ya itu adalah Sofea.Makin tertarik Dahlia mahu mendekat kearah gambar itu.Bukan satu saja banyak lagi gambar yang tertampal dinding.Di atas meja, tepi lampu tidur pun ada.

Cantik dan manis wajah Sofea.Walaupun dia pernah mimpikan Sofea,tapi ingatan tak dapat tangkap dengan cantik bila dia nak ingat wajah Sofea.

Dari wajah saja dah nampak baik.Patutlah Zafril sayangkan dia.Cantik pun dah cukup.Senyuman dalam gambar,memang nampak cantik.

Kemudian dia beralih pada gambar di meja tepi katil.Gambar ni seperti dicetak khas.Diedit dengan cantik.Gambar-gambar manis dicantumkan menjadi satu.

Kagum.Ya dia kagum.Gambar tu penuh dengan senyuman Zafril dan Sofea.Mereka berdua lebih nampak sepadan.Dan keluarga yang sangat bahagia.

Frame gambar diletakkan kembali.Dia buat keputusan biarkan saja gambar itu berada di dalam bilik ini.Mungkin,Sofea adalah wanita yang lebih penting darinya dalam hidup Zafril.

*

Dahlia hempas telifon ke atas katil.Kesal bila Zafril tak balas pesanannya dari tengah hari tadi dia tunggu Zafril balik untuk makan tengah hari.Siap masakkan banyak makanan lagi.

Kesal sangat.Penat dia masuk dapur masak.Sampai luka besar jari telunjuknya.Malas dah nak lihat phone.Sakit hati,lagi-lagi bila dia asyik mengharapkan Zafril balas.

"Dia sibuk kut.."Dahlia positifkan fikirannya.Tak boleh nak terlalu marah.Mungkin Zafril ada sebab tertentunya.

Dahlia baringkan diri tas katil.Tunggu Zafril balik je lah,boleh perangat lauk tu.Itu je yang dia fikirkan.Nak buang bazir.

*

Zafril masuk ke dalam bilik.Nafas lega bila tengok Dahlia sudah tertidur lena di atas katil.Gadis itu dikejut bangun.

Mamai Dahlia buka mata dan terus bangkit duduk dari pembaringan.Bila Zafril balik pun tak perasan.

"Bila awak balik?"Tanya Dahlia.Masih mamai dengan tidurnya.

"Baru je.. Sorry.."

Dahlia pandang muka Zafril.Dia minta maaf untuk apa? Sebab dia tak balik makan tengah hari? Atau sebab dia lambat baca pesanan Dahlia hantar? Atau sebab ganggu Dahlia tidur?

"Saya ada banyak kerja nak siapkan dekat office.. lagisatu awak tak payah masak.. saya memang jarang balik makan dekat rumah.. dulu Sofea tak pernah masak tengah hari,jadi saya tak terbiasa.. saya lunch dekat office je"

Sekali lagi.Sofea menjadi nota perbezaan dirinya.Nak melawan pun tak ada guna.Hanya sabar saja.Sebab Zafril pun bertutur sopan.Mungkin tetap menjaga hatinya.

Itu adalah Sofea.. Dan dia adalah dirinya! Dahlia Natasya!

"Maaflah.. saya tak tahu,tak apa saya nak turun makan.."

"Awak tak makan lagi"Zafril tahan tubuh Dahlia.

Dahlia geleng.Macam mana nak makan kalau suami tak balik.Lagipun menjadi isteri Solehah,kena lah makan bersama suami.Bayangkan.. Kalau Zafril tak makan dekat pejabat,dia pula kenyang dekat rumah.Adil ke itu?

Tapi ni terbalik pula.Dia yang tak makan Zafril pula dah kenyang.

"It's okay.. pergi perangat lauk yang awak masak.. saya nak mandi,nanti saya turun makan malam sekali"

"Okay.."Itu sahaja Dahlia balas.Dia turun kedapur.Mengambil segala lauk oauk yang Masih ada di atas api dapur.Tinggal pun cukup-cukup dua orang makan.Tadi dia masak banyak.Untuk pembantu makan juga.

Cukuplah untuk mereka berdua.Tapi bila perhatikan balik.Lauk sudah basi.Ada yang berbuih,ada yang berbau.Nak makan apa sekarang ni? Perut dah berconcert dah.Kang tak fasal-fasal masuk angin.

Dahlia keluh.Takkan nak masak lagi? Tapi kalau tak masak nak makan apa?

"Kenapa tu?"Zafril datang padanya.

"Lauk basi.."Balas Dahlia.

"It's okay.. kita makan dekat luar"

Wahh.. jawapan yang sangat mudah.Dajlia kemabli senyum.Perempuan kalau lapar,dapat makanan terus jadi kucing.

"Kejap saya bersiap.."

Dahlia naik keatas bersiap.Cukup Hoodie set Dan juga shawl satin bercorak.Tudung dari rekaan SF company.Zafril mengizinkan dia pakai semua tudung Sofea.Katanya kalau simpan pun nak buat apa,dah tak ada Tuan untuk pakai.

Dia turun ke dapur.Enjin kereta Zafril pun dah dengar.Kimchi,makanan kegemarannya sejak tinggal di Seoul Korea.Dia bungkus untuk bawa makan sekali.

Enjin kereta Zafril sudah terdengar di halaman.Cepat Dahlia berlari masuk ke dalam kereta Zafril.Tak sabar nak pergi makan.Lapar kau tahu tak..

"Nak makan mana?"Soal Zafril meminta cadangan.

"Makan dekat 7e!!"

Mungkin bagi umur Zafril agak pelik bila makan dekat 7e.Soalan yang keluar kenyang ke? Nak makan apa je? Baik cari nasi kan.

Tapi umur muda seperti Dahlia,Bukan Dahlia je budak-budak sekolah menengah takpun uni mesti akan pilih 7e!! Senang dan tak lambat.Tak payah susah-susah nak tunggu makanan datang.

"Nak makan apa dekat sana?"

"Awak tak pernah pergi 7e ke?"Dahlia mengakat sebelah kening.Takkan tak pernah pergi kut yang sampai Tanya soalan macam tu.

"Bukan tak pernah.. tapi tak pernah makan dekat situ.."

"Takpa.. Kita pergi je dulu"

*

"Ni,banyak makanan segera.. nanti masukkan saja dalam micro.. Kalau nak makan yang lain tu ada dekat sana,Salad pun ada" Kata Dahlia.

"Tak sangka banyak juga makanan dekat sini"

Bukan tak pernah datang,pernah je cuma itupun kalau nak beli barang yang diperlukan waktu tengah malam atau awal pagi.7e kan buka 24 jam.

"Ha.. itulah siapa suruh tua"

Zafril renung Dahlia.Senang je dia cakap.Zafril mengambil salad, roti Dan juga kopi panas.Cukup lah untuk makan malam.Makan banyak-banyak naik pula berat badan nanti.

Dahlia pula hanya mengambil ramen cup kegemarannya.Mereka memilih untuk makan di luar.7e terlatk dekat dengan Taman,jadi keduanya buat keputusan untuk ambil angin disitu.

"Awak bawa apa tu?"Zafril memegang bekal yang dibawa Dahlia dari rumah.

"Kimchi.. you know?"

"Jeruk kobis?"

"Wow.. tahu pula awak.."

Zafril sengih kemenangan.Apa ingat dia tak pandai bab-bab Korea ni.

"Kimchi makanan yang sangat terkenal di Korea.. of course I know it.."Jawab Zafril mula makan saladnya.

Dahlia mengaduk ramen dengan chopsticks,lalu dia letakkan kimchi di atasnya dan disua kearah Zafril.

"Cuba lah rasa.. Kimchi ni saya yang buat"

Zafril tidak menolak.Dia makan Ramen yang disuapi Dahlia.Terangguk-angguk kepala menikmati jeruk kobis tu.Sedap.

"I never trying to eat kimchi but.. it's really good.."

"Of course,tengoklah siapa yang buat"

"Awak belajar mana?"Sekali lagi Zafril mengambil kimchi di dalam bekal.Sekali makan memang dah jatuh cinta.Memang kena dengan tekaknya.

"Ada satu makcik ni,dia ajar saya buat.. waktu tu kami terserempak dekat pasar,dia mualaf..Dia terlupa bawa dompet jadi saya yang bayarkan"

Bersambung...

Agak-agak ya boleh ke Zafril cintakan Dahlia kalau asyik Sofea je yang Masih dalam fikiran keduanya.. Sorang tolak ansur.. sorang jaga hati..

Share this novel

awer
2023-02-06 03:12:04 

bodo ..nama dato tp bebal..np x buang pr simpan smua gmbr ex ko..yaAllah..dahlia ni pun 1..trima je...klu aku la..kem salammm


NovelPlus Premium

The best ads free experience