3

Romance Series 321693

Mula sahaja majlis bacaan doa,Dahlia buat keputusan untuk berdiam diri sahaja di dalam bilik.Dia sudah khabarkan awal lagi yang dia tak sihat,tipu sunat sekali sekala.Bukan putus cinta ke apa,tapi fikiran asyik teringat dengan kisah-kisah dia bersama Zafril di universiti dulu.

Kepala digelengkan,buat apa dia perlu fikir.Itu cuma kisah lama yang tidak perlu di ingat.Tapi jika diingat kembali.Memang bodoh juga dia dulu.

Tadi pun Daniya baru bagitahu yang Zafril akan bermalam di rumah keluarganya sampai Maya dan Daniel pulang.Macam manalah dari petang tadi dia tak boleh perasan kehadiran lelaki itu dalam rumah.Lagi segan adalah.

Dahlia menggaru kepala yang tidak gatal.Gelisah pula hati.Rasa macam nak lari keluar cari hotel je.Nak tengok wajah Zafril pun dia tak boleh.

“Tak.. yang kau nak gelisah sangat kenapa? Kenangan dulu kenangan dulu lah,buat apa aku nak kesah sangat?”

Tok tok!

Bola mata dijeling.lain tak lain memang Solehah yang mengetuk pintu.Kalau tak buka mahu roboh pintu bilik.Hati berdoa sebelum membukakan pintu melihat si ibu yang sedang berdiri bercekak pinggang menghadapnya.

“kamu ni kan.. kamu tu anak dara tau,tak reti nak tolong ibu dekat dapur ke?”

“Majlis dah habis ke?”Tanya Dahlia perasan,ruang tamu sudah meriah dengan suara sembang tawa.

“Dah habis dah bacaan doa,jom tolong ibu kejap.. bancuh air,air tak cukup pula”

“Bukan taknak ibu.. tapi Dahlia segan lah..”kataDahlia sambil tangan berpaut pada tombol pintu meminta balas kasihan ibunya.

“Sejak bila pula anak ibu pandai segan-segan ni? Bukannya ada oppa korea pun dekat ruang tamu tu,yang ada pun opah oppo je”

Terus meletus ketawa Dahlia.Memanglah dekat ruang tamu ada orang-orang berumur je,tapi berumur pun ada salah satu yang terselik muda selain dari abangnya.

“Dah jom!”Tangan Dahlia ditarik ke dapur.Mereka melintasi ruang tamu.Sempat dahlia menangkap pandanganZafril yang sibuk berbual dengan ayahnya.Bual apa pun tak tahu dan tidak mahu tahu.Yang dia tahu,dia nak masuk bilik cepat!

“Ibu nak bancuh air apa?”Tanya Dahlia.

“Bancuh air oren lah Lia.. tambah dekat jar yang Ibu letak tu”

Dahlia mengangguk lalu memulakan kerjanya membancuh air.Ingat ke sekali je,rupanya berkali.Taktahu lah tetamu ni makan ke tercekik sebabtu asyik habiskan air sahaja.Nak dekat dua belas jar dia bancuh air yang sama.

“Ramai lagi ke kak?”Tanya Dahlia yang sibuk mengacau adunan air gula.Nak kena bancuh lagi air.

“Dah kurang dah Lia.. Lia bancuh sikit je,nanti lebih kita simpan untuk minum”Kata Maya yang masuk ke rumah mula menyimpan lauk pauk.

Terasalah nikmat dapat duduk.Dahlia menghela nafas lega.Ni baru majlis biasa-biasa sahaja,kalau majlis kahwin.Eh lantaklah tu bukan kerja dia.Dia kan pengantin.Berangan saja tahu.

Dahlia mengerlig belakang.maya sudah tiada.Mungkin keluar semula untuk mengemas.Dijeling sikit melihat khemah dihadapan.tetamu tinggal beberapa orang sahaja.

Jam pun sudah menunjukkan pukul 10 malam.Mengantuk sudah matanya.

“dahlia!”

Jerit Daniel mendekati adiknya.

“kenapa?”

“tolong ambilkan lampin anak aku jap dalam kereta,ni kunci kereta”Daniel menyua kunci kereta keoada Dahlia.nak kata malas pun tak boleh juga dengan si along ni.Lagi teruk dari Solehah.Sekali kena luku,sampai tahun depan rasa sakit.

Dia bangkit dari kerusi.Nak ambil telifon sebagai alatsuluh untuk jalan gelap,tapi rasanya kereta Daniel dekat sahaja dengan taman bunga Solehah.Jadi dia memilih untuk pergi sahaja mengambil lampin anak buahnya.

Kereta Daniel dihampiri.Kunci dibuka.Satu masalah.dah tahu gelap,memang susah nak nampak lampin yang diletakkan.Pintu berlakang dibuka tapi tiada,Dahlia membuka pula bonet kereta.

Beg bagasi seperti kanak-kanak diselongkar.Dahlia mengambil beberapa keping lampin lalu menutup zip semula.Jangan tanya kenapa dia tak ambil sekali dengan beg.Itu bukan kerja dia nak kena angkat barang,abangnya hanya suruh ambil lampin bukan sekali dengan beg.Arahan perlu diikut dengan teliti.

Dia masuk bersama lampin yang diambil.dahlia hanya meletakkan di atas katil bilik anak saydaranya lalu kembali kedapur.Nak tolong apa yang patut,kalau masuk bilik tak fasal-fasal kena dnegar concert tak berbayar ibu.

Tiba je di dapur,kaki rasa nak patah balik.Zafril,lelaki itu sedang duduk di meja makan berbual bersama si kembar.Si kembar melaung memanggilnya untuk mendekati mereka.
Zafril yang awalnya sibuk melayan kerenah kembar yang patah bercakap kini mata beralih kepadanya yang mendekti mereka bertiga.

“mamangah.. tak sleep lagi ke?”Soal Ayden.

“belum,Ayden dengan Aydan tak tidur lagi ke?Bukan tadi mommy suruh tidur?”dahlia bersuara,abaikan saja pandnagan Zafril.

“Tak nagntuk lagi..”Jawab Aydan.

“mana boleh tak mengantuk,kena paksa bagi mengantuk juga.. korang pergi masuk tidur,esok pagi mama ngah bawa pergi pasar nak tak?”Riang betul Dahlia mengajak si kembar.Entah esok dia bangun ke tidak.Maklumlah di korea jarang masak sendiri,makan kedai je.

“Yeayy!! nak ikut!!!”

“Okay go,masuk tidur”Senyuman diberikan.Laju si kembar meninggalkan mereka berdua.Dan sekarang keadaan menjadi tegang.hanya mereka berdua!Zafril masih tidak alihkan pandangan.

“they call you mama?”Soal lelaki itu.

“mama ngah..” Itu panggilan yang diberi oleh Along dan kak Maya.

“Dudukla, tak salah kan kita berbual..”lembut suaranya.tangan dia menolak kerusi disebelahnya untuk Dahlia duduk.yang membingungkan diri,takkanlah Dahlia nak duduk bersebelahan macamtu.Was-was juga untuk dia labuhkan duduk.

“Duduklah.. saya ajak bebrual sahaja.. bukan bercinta”Zafril seakan tahu yang dalia kurang selesa dengannya.

Dahlia akur lalu duduk bersebelahan Zafril.Dan menjauhkan sedikit kerusi.Tapi masih rasa macam betul-betul dekat.Lagi-lagi wangian yang menerpa ke hidungnya.Dia masih ingat wangian ini,masih sama diwaktu mereka bejrumpa di kolej.

Lima tahun dia tinggalkan Malaysia,Zafril masih setia dengan wangian yang sama.Tapi serius,bau yang menarik sampaikan dia sendiri selesa dnegan wangian itu.

Zafril masih sama macam dulu,cuma bezanya jambang yang divukur.
Nampak makin muda.Tapi apa nak dikata,kak Maya yang sudah 20 lebih pun masih muda macam anak dara.Kata orang putih Baby face.

“da habis sambung belajar,how dekat korea?”Zafril memulakan perbualan.

“Okay.. saya lulus”Hilangkan rasa janggal.dahlia ikut sahaja rentak untuk berbual.Lagipun dulu dia tak adalah janggal macamni,mungkin sebab lama tidak berjumpa.
“Lepasni awak kerja dengan Maya?”tanya Zafril.

“tak.. Maybe buka cafe.. tapi tu lah,ingat nak rehat dua tiga bulan”ujar Dahlia.suda mula selesa dengan keadaan.

“Bagus,berniaga dengan buka cafe pun bole hasilkan cawangan,pandai awak berfikir cara bermula..”Zafril memuji.

“Setengah orang dia bekerja dulu,tapi awak cuba nak jadi bos terus.. itu adalah satu permulaan yang bagus”Sambungnya lagi.

“Itupun harapkan duit Along sikit..”

Ada juga duit yang dia tabung semasa bekerja dikorea.Duit dia bekerja dia simpan.Dia bekerja di sebuah kafe demi menyara hidupnya disana,tapi Daniel tak habis-habis kirim duit dan tidak menyuruhnya untuk bekerja.Biar dia sahaja hantar duit makan minum.

Sikap nakal yang berterusan dia kerja sahaja.Setiap hari cuti,takkanlah dia nak berdiam sahaja di rumah.Kerja pun part time ja.Kalau terperap dalam rumah waktu cuti pun tak ada guna.Takut makin membiak sifat malas.

“Its okay.. abang awak baik,adik-beradik ni susah nak jumpa yang baik-baik”Kata dia.

Hasbitu dia dengan Maya tak baik ke? Adik beradik juga kan?

“Aik? Dato dengan Kak Maya tak baik ke? Elok saja saya tengok.. kalau bergurau tu dah macam orang muda..”Teringat pula Dahlia,kalau kak Maya dan Zafril bergaduh dah macam bergusti.Itu tak lagi lawan kejar mengejar.

“saya sayang lah dekat adik saya,sebab kitorangbertahun berpisah.. tapi nak buat macam mana,redha je lah dapat adik yang suka cari fasal”

Dahlia ketawa.Agak lucu juga Zafril ini.Seingat dia,kali terakshir mereka bertemu dia adalah seorang yang tegas.Sekarang mungkin sebab sudah ada hubungan keluarga,jadi itu yang merapatkan mereka dan mengenali sifat masing-masing seperti bertahun kenal.

“Tak bawa balik bakal menantu dekat mak ke?”

Punyalah dia cari jalan nak hindar soalan KBhat ni dari makcik-makcik.Tapi ada Pakcik pula yang menyoal.

“hihi.. susah kalau cari orang korea.. balik malaysia je lah cari”

Tak ada topik yang mahu dibicarakan.Taktahu kenapa mulut macam terkunci.Iyalah nak cakap apa dia pun? Hubungan dia dengan Zafril pun tak berapa rapat.Kalau rapat,benda remeh pun dia ajak bual.

"err saya nak pergi tolong ibu kejap"Malam tak malas mungkin itu alasan yang sangat terbaik.Biar terseksa dia tolong ibunya mengemas dari tak senang duduk di sebelah Zafril seperti kehilangan oksigen.

"Sure,saya pun nak kemas khemah kejap lagi"

Tak dijawap.Lantak dia lah dia nak buat apa pun.Yang penting Dahlia mahukan bebaskan diri.Berjauhan dari Zafril.

Dahlia melangkah keluar mengikuti pintu berlakang.Pandangan mencari ibunya yang berada di dalam khemah.Entah mana silap langkahnya,tubuhnya hilang imbangan.

Dan akhirnya mata ditutup rapat menanti sakit apabila badannya terhempap di atas tanah.

1 Saat

2 Saat

3 Saat

Tangan itu merangkul elok pinggang Dahlia.Dahlia membuka matanya.Terkejut melihat Zafril menyambut tubuhnya

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience