19

Romance Series 321693

Habis makan di hotel.Mereka berdua bergerak pulang.Tapi tidak memilih untuk balik ke rumah masing-masing.

Zafril membawa Dahlia pergi ke tasik.Setahu Zafril,tasik itu sedang adakan pesta lampu.Benar tekaannya.Sampai-sampai sahaja mata mereka sudah dihiasi dengan permandangan indah di malam itu.Ramai juga yang kunjung.

Zafril parking keretanya tepat-tepat dihadapan tasik.

"Cantiknya.."

Dahlia buka pintu,keluar mahu mengambil gambar permandangan.Tapi Zafril tidak keluar.Bumbung kereta sportnya dibuka lalu dia naik duduk sahaja di bonet belakang.

"Sejuknya.."Dahlia kembali pada kereta.Dia turut duduk di tempat yang sama Zafril duduk.

Zafril melepaskan jaketnya lalu dia selimutkan tubuh Dahlia.Agak kaku Dahlia bila jarak dia dengan Zafril sangat dekat.Hampir.Dapat rasa hembusan nafas masing-masing.Anak mata mereka juga sempat bertembung.

'Dia gadis yang manis..'Hati Zafril berkata.

Dahlia berdehem.Hentikan drama kecil mereka.Keduanya membetulkan posisi.Tempat Zafril pilih tidak ramai sangat dengan orang.Mungkin dia pilih diberlakang sekali.

"Kenapa awak bawa saya datang sini?"Tanya Dahlia.

"Saja.. ambil angin,dah lama tak keluar berdua dengan perempuan ni"

"Jadi,lepas isteri awak meninggal.. awak tak pernah keluar dengan mana-mana perempuan?"

Zafril angguk.

Dia benar-benar lelaki yang setia.Percintaan bukan perkara yang boleh dibuat main.Hanya orang bodoh sahaja yang buat begitu.Itu bukan cinta namanya.Tapi itu gila!

Kenapa cinta perlu dimainkan? Memilih? Tak Salah memilih,tapi jangan berlebihan.Tak selamanya kita nampak sempurna di pandangan pasangan masing-masing.

Dia pun lelaki.Perempuan yang cantik mungkin rezeki.Tapi semua wanita di dunia cantik.Cuma,bila dia tak sempurna seperti mana yang dimahukan.Sempurnakan dia.

Macam mana dia ubah Sofea sebagai seorang budak kampung yang sangat selekeh.Bekerja di kebun milk keluarganya.Bagaimana dia boleh jatuh hati dengan Sofea? Kerana sikap Sofea yang tidak tamak.

Dia pergi ke kampung Sofea untuk pembinaan projek.Tapi disitu dia jumpa Sofea.Lain Dari wanita lain.Perempuan lain,nampak dia sudah kejar.Tapi Sofea,relek macam tak nampak lelaki yang kacak dihadapannya.

Pertemuan yang sangat indah bila kali pertama mata mereka bertemu.

"Saya sebenarnya ada mimpi kak Sofea.."

Terus Zafril menoleh pada Dahlia disebalahnya.

"Mimpi Sofea?"

Dahlia angguk kepala.

"Ya, dia siap pesan untuk saya jaga awak.. "

Zafril diam.Mungkin tak tahu nak cakap apa.Sofea seperti merestui hubungan mereka.Tapi hati je tidak yakin untuk menduakan cinta.

"Kesian.. Saya tak berapa ingat apa yang jadi dalam mimpi tu,tapi kak Sofea pregnant time tu.."

"Sofea pernah keguguran.. Bukan kaki tak Cuba,tapi lepas Sofea berjaya buka syarikat sendiri,kami memang tak ada masa.. sama-sama sibuk.. Dan tak fikir soal anak dah lepas tu.."Ujar Zafril.

"Dah la,kita fikir Hal lain pula.."Dahlia ubah topik.Sesuaikan suasana.Taknaklah sedih-sedih.Kang ada yang menangis kejap lagi.

"Sure.."

"Ouhh saya nak tanya awak,awak suka warna apa ya?"

"warna indicolite.."

"Indicolite?"

"Awak nak buat apa?"

"Takdalah,ibu dengan ummi suruh fikir tema untuk kenduri belah saya nanti,jadi saya nak buat warna dan tema yang awak suka.."Kata Dahlia.

"Buatlah indicolite.. tambah pula dengan hiasan batu permata.."

Baru Dahlia nampak.Citarasa Zafril sama seperti Kak Maya.Keduanya sukakan warna yang cerah Dan tenang.

*

Pagi ni awal lagi Zafril mengajaknya untuk pergi mencari bahan pernikahan.Pejam celik pejam celik,lagi seminggu mereka akan bergelar suami isteri.

"Barang hantaran semua dah ada?"Tanya Zafril pada Dahlia.

"Rasanya dah.. kita datang ni pun nak beli dulang je"

Mereka masuk ke kedai butik yang menjual barang-barang keperluan perkahwinan.Dulang hantaran dicari mengikut tema masing-masing.Ikut tu mereka dah siapkan semua kerana Amina sudah tempah.Ummi Dan ibu Dahlia pun sudah menempah juga.Tapi disebabkan bakal pengantin sibuk nak ubah suai sendiri,terpaksalah beli barang.

"Dahlia.."Zafril memanggil Dahlia yang berada di rak sebelah.

"Ya?"

"Sini kejap.."

Dahlia pergi kearah Zafril.Lelaki itu sibuk membelek bunga yang selalu dijadikan sebagai buah tangan untuk tetamu yang hadir.Atau lebih lagi bunga telur.

"Kenapa?"

"Ni benda apa? Kenapa ada telur Ayam?"

"Habistu nak letak telur apa?"Keduanya saling berpandangan.

"Abaikan.. Mulut saya tak ada lesen"Kata Dahlia.

"Ni untuk apa?"Soal Zafril.Masih Bingung dengan bunga yang dibelek.Tak pernah nampak.Inilah sebabnya bila jarang nak pergi kenduri.

"Untuk buah tangan,tapi sekarang orang tak guna dah.."

"Awak bagi apa untuk buah tangan?"

"Entah.. ummi cakap dia nak packing bahulu,air kotak dengan chocolate macam tu..Biasa-biasa je,awak?"

"Pen dengan Chocolate"

Dahlia fahamkan saja.Biasalah orang kaya.Ada je yang bagi emas dengan tetamu.

"Okaylah tu, awak dah siap?"Pandangan dituju pada troli milk Zafril.

"Not to much.. banyak barang yang tak ada.. mama pun satu,suruh beli barang banyak sangat"Kata Zafril membelek pesanan yang dihantar ibunya.

"Takpalah,kita cari dekat kedai lain kalau tak ada kat sini.."

Mereka menuju ke kaunter.Membayar masing-masing.Zafril menawarkan diri untuk membayar barang Dahlia.Tapi ditolak.Iyalah,lebih baik kalau kenduri masing-masing keluarkan modal.Barang pun ada setengah yang nanti akan jadi pertukaran untuk mereka.Kalau Zafril bayar,sama macam dia yang beli.

"Nak makan?"

"Boleh juga,tapi kita pergi cari cincin dulu lah.. boleh?"

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience