11

Romance Series 321693

"Apa semua ni Dato? Dato nak gunakan saya ke apa sekarang ni?"Dahlia pandang tepat Zafril yang memeluk tubuh sambil menatap pandangan kolam renang.

"Nothing to say.. Macam yang awak dengar,betul semuanya.. tapi tak terlibat pun saya nak gunakan awak atau apa pun,semuanya kerana jodoh.. Kita bukan dalam drama"Jawab Zafril.

"Bukan dalam drama.. tapi kenapa Dato tak bagitahu saya yang Dato ni sebenarnya dah kahwin?"

"Kenapa? Awak tak boleh terima kalau saya tak teruna?"

Ini yang cari fasal.Lain yang dibualkan lain pula Zafril ubah.Loyar buruk betul.

"Serius boleh tak Dato?"Tajam mata Dahlia menikat anak mata Zafril.

"Sure.."

"Teruna tak teruna itu bukan masalahnya.. tapi saya pelik kenapa Dato tak bagitahu saya yang Dato pernah berkahwin.. Dato Duda pun sekarang ni memang tak ada masalah tapi why Dato.. kenapa tak cerita dekat saya status Dato dari awal.."Sekali dengan tangan bergerak.Dah macam Hakim cuba selesaikan masalah diantara dua kes.

Dapat dengar Zafril yang mengeluh.Seperti berat untuk dia ceritakan.

"Ibu dengan ayah tahu tak pasal ni?"Perlahan Dahlia bersuara.Tak seperti awalnya.Jujur,dia terkejut dengan apa yang jadi sampai pilih untuk tinggalkan meja makan.

"Diorang datang waktu pernikahan saya"

Jadi Solehah dan Adnan sudah tahu.Maya dan Daniel memang lebih tahu fasal ni.Kenapa lah tak buka mulut langsung pasal ni..

wajarlah Zafril dah kahwin pun.Umur dia dah nak dekat 40.Dia je lalai.Tapi awal haritu lagi dia dah soalkan semua ini.Jawapan yang diberi oleh Zafril macam tak ada kaitan langsung dengan masalah sekarang.

Jadi betul lah.. dia memang ada perempuan sebelum ni.

"Saya tak boleh lah Dato.."Tak larat nak berdiri Dahlia berjalan duduk di atas kerusi meja rehat berdekatan dengan kolam renang.

Diikuti Zafril.

"Tiga sebab?"

Dahlia tatap Zafril.Dari tadi tak senang duduk tambahkan tengok muka Zafril yang tenang semacam.Memang minta kecam betul lah.

"Benda ni libatkan masa depan saya Dato Tau tak.."

"Tadi sendiri awak cakap,awak tak kisah kalau saya tak ada teruna.."

Ibu nak balik!

Dahlia rasa nak menangis.Kenapa teruk sangat Zafril kalini.

"Tolong serius Dato.. Jangan sampai saya batalkan pertunangan kita minggu depan!"

Dengar sahaja Dahlia cakap begitu.Baru berubah serius sikit Zafril.Lelaki itu memilih duduk berhadapan Dahlia.

"Okay lah tu.. kalau kita batalkan pertunangan.. kita kahwin je terus.. jimat duit"Zafril tersenyum.Tapi tak jadi bila lawak guraunya tak diketawa oleh Dahlia.

"Cuba Dato story dekat saya dari A sampai Z.. fahamkan saya dan tenangkan saya.."Kata Dahlia.

Zafril mengumpul energi.Macam mana pun,dia tetap perlu beritahu Dahlia apa yang terjadi.Tangan Dahlia disambar Dan dibawa ke kereta.

"Dato nak bawa saya pergi mana ni?!"

"Masuk.. kita bincang dekat luar"

Kereta Zafril keluar dari perkarangan rumah.Orang dalam pasti turut gelisah.Biarkan sahaja mereka selesaikan hal masing-masing.

"Saya tak ada mood lah.."Tak tahu kenapa dia nak cakap macamtu.Memang hilang mood dia.

*

Badan dipusing ke kiri dan kanan.Selesa betul dapat tidur di atas katil yang empuk.Haba yang dia rasa pun tak macam sejuk penghawa dingin.Macam cuaca sejuk yang asli diawal pagi.Selimut dinaikkan menutup badanya.

Tunggu!

Terbuka luas mata Dahlia bila perasan yang dia berada di tempat lain.Bukan kah semalam dia keluar dengan Zafril?

Zafril? Mana lelaki tu? Dahlia memandang sekeliling.Rumah kayu yang modern.Perabot yang ada pun semuanya diperbuat dari kayu.Balkoni pula terbuka luas.Kain tirai putih diikat rapid ketepi.

Itu tak penting.Sekarang baju, syukur dia Masih sama seperti awalnya dia keluar dengan Zafril.Tudung pun Masih tersarung.Selimut diselak dan dia bangkit berdiri Dan menjenguk balkoni.Matahari baru terbit,pasti jam masih pukul 7 pagi macamtu.

Rumah ni macam terletak diatas bukit.Dapat juga dia lihat permandangan dari balkoni itu.Segar sangat.

"Dah bangun?"

Terhinjut bahu Dahlia dan terus beralih ke belakang bila Zafril masuk bersama pakaian.Pakaian yang dibawa diletakkan diatas katil.

"D-dato.. Dato bawa saya pergi mana ni?! Dato cakap nak bincang tapi kenapa--"

"shoo-- jangan bercakap,mulut awak berbau.. pergi mandi,lepastu ni ada barang mandi,towel berus Gigi,and sabun.. andthen ni ada baju dengan tudung.. saya keluar dulu"

Kurang asam betul.Tapi hakikatnya takdalah bau sangat mulut Dahlia.Malulah mendapat bila kena tegur dengan lelaki.Tak hiraukan,Dahlia membersihkan dirinya.

Siap membersihkan diri.Baju yang diberi Zafril.Baju perempuan,Dan juga tudung.Dia belikan untuk Dahlia ke? Dress putih yang sangat cantik dipadankan dengan bawal satin yang bercorak.

Kulit putih Dahlia memang nampakkan dia berseri dengan pakaian yang diberi oleh Zafril.

Langkah diatur ke bawah.Sempat juga dia melilau melihat kawasan rumah.Betul-butul anak tangga,Zafril sudah duduk di atas meja makan yang penuh dengan hidangan sarapan pagi.Perut pun dah minta diisi.

"Dah siap? Sini.. breakfasts"

Dahlia anggukkan kepala.Selera betul melihat aneka roti yang terhidang bersama coklat panas.Tak lupa juga buah strawberry yang disaluti coklat.

"kejap.. straw.. eh Dato,Dato bawa lari saya kat mana ni hah?! saya ada kursus Tau harini.. macam mana dengan abang kakak saya,phone pun saya tak bawa!"Terus keluar niat nak membebel Dahlia.

"Cameron.. resort saya yang dekat Cameron.. and fasal family awak jangan risau saya dah bagitahu,phone awak,ada dalam kereta saya.. awak tak ingat ke awak bawa sekali semalam?"

Terbeliak mata Dahlia.Dari semalam mereka dalam kereta.Tahu-tahu dah naik Cameron.

"Saya tak bawa baju.."

"Baju arwah isteri say ada,pakai je"Mata Zafril melirik menatap Dahlia yang mengenakan pakaian Sofea.Pakaian yang sangat berharga.

Flashback

"Sayang.."

Zafril menegur isterinya yang sibuk dengan kertas-kertas yang berselerak di atas meja.

"Ye abang.. "

"Banyak ke kerja sayang? Taknak rehat dulu?"Tubuh Sofea didakap dari belakang.Rindu tak terkata.Dari pejabat lagi dah macam orang gila angaukan isteri sendiri.

"Hmm.. nak habis dah,tinggal sign je kenapa?"

Zafril senyum.Beg kertas dikeluarkan dan dia tunjuk depan Sofea.

"I buy something for you.."

"Really? apa ni?"Sofea mengambilnya.Dibuka satu persatu.Gaun putih bersama tudung bawal satin.

"You know what,you look beautiful when you wear a dress with colourfull hijab.. abang suka sangat,sebab tu abang beli"

"Pandainya abang beli.. Terima kasih abang,nanti boleh sayang pakai waktu pergi event syarikat abang"Sofea tersenyum.Suka dengan pemberian suaminya.

"sure"

Endflasback

"Dia tak sempat lagi pakai baju ni.. Sebab tu saya bagi dekat awak"Mata Zafril dah tak bergerak fokus pada satu tempat iaitu baju Dahlia.

"Kami berkahwin lepas setahun awak tinggal di Korea.Saya jumpa dia pun waktu pergi kenduri abang awak buat untuk awak.Dia pekerja Daniel."

"Dia tinggalkan saya selama-lamanya.. sampai sekarang polis tak tahu apa punca kereta isteri saya jatuh ke jurang.. CCTV pun tak ada dekat kawasan tu"

"Lepas kejadian tu, saya boleh kata macam orang gila.. menangis,meraung tak tentu hala.. tercari-cari orang yang saya sayang.. sampai hidup saya tak terjaga.."

"Dia memang perempuan yang sangat baik yang saya pernah jumpa.Pastinya saya sangat cintakan dia.Sebatu waktu awak Tanya saya, ya saya boleh kahwin dengan awak.. tapi saya tak boleh cintakan awak.. sebab hati saya untuk Nur Sofea"

Panjang lebar cerita Zafril.Sampaikan menitis jatuh air mata Dahlia.Rupanya Zafril mengalami kepahitan hidup diawalnya.

"Saya minta maaf.."

"Kenapa awak nak minta maaf?"Tanya Zafril.Lagi Bingung bila Dahlia berair mata.

"Saya tak patut Soal semua ni.. mesti awak sedih dan trauma"Dahlia tunduk.Mencapai tisu Dan disapukan pada air matanya.

"Sedih tu pasti,tapi sampai bila.."

"Dan kalau awak tak boleh terima saya.. saya tak paksa.. kita boleh bincang,awak pun nak--"

"Saya takkan batalkan,takkanlah saya nak kahwin dengan orang tua tu? Melainkan Dato yang batalkan.."

Terkedu juga Zafril bila Dahlia berkta begitu.

"Erkhem! makan cepat.. nanti kita jalan-jalan lepastu balik"

Bersambung...

Sorry if banyak typo, agak-agak apa jadi lepasni dekat hubungan diorang??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience