44

Romance Series 321693

Zafril Masih setia duduk di atas sejadah.Dan ketika itu,dia berfikir sendiran.Segala masalah dia pendem sendiran.Ini semua memang salah dia kah?

Salah kerana dia telah mencintai dua orang wanita.Dia menikahi Sofea kerana cinta.Mereka hidup bahagia walaupun ada pergaduhan yang buatkan mereka berpisah hampir tiga tahun.Cinta dia terhadap Sofea tidak pernah pupus.Kerana hati dia ikhlas sayangkan Sofea.Bukan kerana sebab lain.

Dia sayangkan Sofea kerana sikap matangnya.Lihatlah,tadi sudah kantoi perbuatan yang dia lakukan do belakang isterinya sendiri.Tapi gadis itu masih tenang.

Dari pasangan,Zafril yakin Sofea sangat sakit Dan kecewa atas apa yang dia lakukan.Zafril akui,memang salah dia sebab tak berterus terang.

Kemudian dia fikirkan pula fasal Dahlia.Dahlia yang hadir dalam hidup dia selepas dia anggap Sofea hilang.Dahlia yang cerahkan hidup dia.Dahlia yang menjadi sinar.

Sehingga mudah hatinya jatuh cinta kembali.Dia cintakan Dahlia juga.Tak kuat jika dia mahu lepaskan Dahlia.Dahlia dah undur diri.Dia juga lebih fikirkan orang lain dari diri sendiri.Itu yang buatkan Zafril susah untuk buat pilihan.

Mencintai dua orang wanita dengan satu.

"Ya Allah.. apa aku patut buat.."Adunya di atas sejadah.

Dan akhirnya.Air mata jantan Zafril mengalir keluar setelah lama dia mengalir.Walaupun waktu Dahlia hilang,tapi air mata itu tidak mengalir setenang ini.Ini seperti curhatan dia penat.Dan tak tahu nak buat apa.

Tiba-tiba ada satu tangan mengusap kepalanya.Dahlia,gadis itu mengusap lembut Dan memandang sebak wajah Zafril yang sudah merah.

"Saya tahu abang boleh selesaikan semuanya.."Kata Dahlia perlahan.Taknak bilik sebelah yang ditiduri oleh Mawar dan anak-anaknya terganggu.

Air mata Zafril disapu dengan jari jemarinya.

"Saya undur diri demi kebaikan abang.. hidup bahagia dengan Kak Sofea.. abang jangan fikirkan pasal saya.. percayalah"Perlahan Dahlia bersuara.Cuba memujuk lelaki itu.Dia nak Zafril yakin,yang dia boleh hidup sendiri.

"Tapi abang sayangkan Dahlia.."

"Sebabtu buatkan abang susah untuk pilih, Kak Sofea tu baik,lebih baik dari saya.. kita kahwin tanpa dasar cinta pun.."Kata Dahlia.

Tangan Zafril dipegang erat.

"Percayalah cakap saya.. Abang bahagia dengan kak Sofea ya, mana nak tahu kan,Kebahagiaan saya dengan orang lain.. macamtu juga Abang,kebahagiaan abang dengan kak Sofea.."

"Hati orang perempuan ni lain bang.. lagi sakit bila dapat tahu suami dia kahwin lain,saya faham perasaan kak Sofea.. sebabtu saya taknak siksa Kak Sofea,kami sama-sama wanita"

"Abang tak kuat.. abang tak nak lepaskan Dahlia"Pujukkan Dahlia langsung tak berhasil memujuk hatinya.

"Abang kena buat juga pilihan tu.. abang percayalah, anggap je kita tak ada jodoh"Kata Dahlia.

Zafril sambung menangis.Sederas yang boleh sampai tersedu-sedu.Tengok seorang lelaki yang tak pernah menangis dihadapannya,Dahlia jadi sebak.Turut ikut menangis.

Tubuh Zafril ditarik lalu dipeluk.Membiarkan Zafril rehatkan kepala di bahunya dan menikmati pelukkan hangat.

"Selagi abang tak buat keputusan.. abang akan kekal jadi macamni.. larat ke abang nak menangis sebab abang buntu? Abang stress?"

Zafril betulkan badan.Dia menatap wajah isteri keduanya dengan mata yang berair.Pipi Dahlia diusap.

"Kalau abang lepaskan Dahlia.. Dahlia janji ya,Dahlia cari kebahagiaan sayang.."

Dahlia angguk kepala. Disitu mutiara milik Dahlia jatuh membasahi pipi laju.

"Dahlia janji, kita bercerai tak semestinya kita berpisah.. Abang tetap akan dapat jumpa Dahlia.. Kita akan jadi kawan"Dahlia Cuba tersenyum walaupun hatinya sangat tak kuat sekarang ni.Tapi demi kebaikan,dia perlu kuat.

"Kita pergi jumpa Sofea esok.. minggu depan,kita selesaikan dekat makhamah.."Sangat bergetar bibir nak berkata begitu.

Tapi dia masih lihat senyuman Dahlia yang terbentuk bersama air mata.Tubuh Dahlia dipeluk erat.Begitu juga Dahlia.Tak melepaskan peluang sebelum mereka sudah tidak ada ikatan sah.

"Abang sayang Dahlia sangat-sangat.. "

Dahlia tidak balas.Dia lepaskan pelukkan dan menarik tangan Zafril bangkit.Mereka berdua berbaring tidur di atas tilam nipis itu.Dahlia mengusap rambut Zafril yang baring disebelahnya.

"Terima kasih sebab faham saya.. saya yakin,lepasni kita akan bahagia walaupun sudah tidak bersama.."Kata Dahlia.

*

Dahlia menghulurkan tangan.Bersalaman dengan Sofea.Syukur madunya itu mahu menyambut salamnya.Dia ikut Zafril duduk.Kini mereka berdua dah macam tunggu turn nak minta restu dekat mak.

Mata Sofea memang tidak pandang lansung mereka berdua.Dan Dahlia perasan,mata Sofea sudah bengkak.Pasti dia menangis semalam.

"Abang dah bawa Dahlia datang sini.. Dan kami dah buat keputusan.. abang pun dah ada jawapan"Zafril memulakan percakapannya terlebih dahulu.

Sofea tatap wajah Zafril.Berdebar.Apakah jawapan Zafril memilih dirinya atau wanita yang sedang duduk disebelah Zafril itu.

Cantik dan sempurna.Curi-curi dia melihat Dahlia.Patutlah Zafril sayangkan dia.

"Abang.. Abang dengan Dahlia akan bercerai.Dan abang pilih untuk bersama dengan Fea.."Kata Zafril.

Terkejut Sofea mendengarnya.Mudah sekali Zafril buat keputusan,walaupun hati dia agak gembira Dan teruja kerana Zafril memilihnya.Tapi tidak terlalu bahagia,ada hati yang sedang tersiksa.Dia terus pandang wajah Dahlia yang sedari tadi memerhati.

"Awak tak kesah?"Untuk Kali pertama,Sofea bercakap dengan Dahlia.

"T-tak saya tak kesah.. saya boleh jaga diri sendiri,saya cuma nak akak dengan abang bahagia je"Balas Dahlia.

"Saya juga seorang wanita.. Saya tahu awak tengah sakit kan,tak patut ke abang fikir masak-masak dulu"

"Abang dah fikir kak, saya pun dah setuju.. saya bukan siapa-siapa nak rampas kebahagiaan akak dengan abang"Dahlia terlebih dahulu memotong Zafril yang baru mahu menjawab.

"Kalau macamtu, Awak duduk lah sini sampai hari makhamah nanti.. luangkan masa dengan abang,Saya tahu perasaan awak,tapi nak buat macam mana.. saya tak suka berkongsi"Sofea bangkit meninggalkan mereka berdua.Malas mahu berlama.Tak mampu nak lihat muka Dahlia walaupun hati dia kesian melihat Dahlia yang memilih untuk bercerai.

Bersambung....

Agak2 ending dia Zaf akan kekal dengan siapa ni? Team ZafLia or Team Zaffea

Share this novel

Noryn Morley
2023-01-22 22:33:54 

ZafLia la...


NovelPlus Premium

The best ads free experience