23

Romance Series 321693

Tak henti Dahlia tersenyum melihat ruangan pejabat yang kini sudah 100% miliknya.Walaupun dia masih kurang selesa dengan pelantikkan pemilik baru,tapi ini adalah satu rezeki yang besar.

Dia dah ada syarikat dalam sekelip mata.Ruangan itu katanya tak ubah langsung selepas kehilangan Sofea.

Gambar Sofea pun masih ada.Tak itu juga,gambar Zafril pun ada.Rasanya tak salah kut kalau dia ubah suai bilik ni ikut citarasa.

Dan gambar ni?

Takkanlah dia nak biarkan saja atas meja sedangkan ini akan menjadi pejabatnya.Tiba-tiba pintu dimasuki oleh Zafril.Ya lelaki itu menghantarnya dan menguruskan beberapa meeting untuk sesi pengenalan staff pekerja.

"Everything okay?"Soal Zafril sambil mengemas tali lehernya.Seingat Dahlia tadi dia tak pakai pun.Ni kenapa pula tiba-tiba pakai?

"Okay.. cuma saya ingat nak ubah sikit"

Terus lain riak wajah Zafril bila Dahlia berkata begitu.Dahlia pun perasan dengan pandangan Zafril.Seperti tak percaya yang dia nak ubah suai bilik pejabat itu.

"Nak ubah? Ubah apa? Saya tengok okay je semua.."

"Ni.. nak tukar chat,lepastu kain sofa.. susun and tambah sikit barang-barang.. Boleh kan? Gambar-gambar ni nanti saya letak dalam kotak dan bagi dekat awak"Kata Dahlia.

Pandangan Zafril turun pada gambar yang diframe berada di atas meja.Gambar Sofea dengannya.

Zafril angguk saja kepala.Nampak macam tak ikhlas.Tapi apa yang dia nak cakap? Dahlia tak boleh ubah sebab bilik ni milik Sofea.Zafril izinkan sahaja apa yang Dahlia nak buat,lagipun semuanya sekarang hak Dahlia.

"Gambar ni letak dalam kotak.. nanti masukkan dekat stor berlakang"

"Kenapa? Awak taknak bawa balik ke?"

Zafril Diam.

"Dan lagi satu.. jangan siksa perasaan awak sendiri.. bilik saya tu masih banyak gambar saya dan arwah Sofea.. Saya tidur dengan awak dalam bilik tu.. Fahamkan maksud saya"Kata Zafril dan keluar dari bilik meninggalkan dia sendiri.

Bukan dia taknak buang,tapi Bila ingat balik dia siapa? Apa hak dia nak buang je gambar Sofea dalam rumah tu.Tu bukan rumah dia.

Dahlia mengeluh.Tapi hati rasa lega.Mungkin dah tak akan ada rasa kurang selesa bila lihat gambar arwah isteri Zafril.

Sekali lagi pintu diketuk bila tangan sibuk mengemas.

"Masuk.."

Seorang perempuan masuk bersama beberapa fail ditangan.Tersenyum wanita itu.Itu adalah pembantu peribadinya lepas ni.Raisha.Manis orangnya.

"Dato surub bagi fail ni dekat Datin.."Beberapa Fail diletakkan di atas meja.
."Fail apa ni?"Dahlia membelek fail tu.Terdapat banyak jenis corak yang diprint.

"Ni adalah corak-corak tudung hasil tangan Datin Sofea dulu.. Saya pun taktahu lah kenapa Dato suruh bagi dekat Datin,mungkin sebab dia nak Datin kenal-kenal dulu dengan design yang lama.."Jelas Raisha.

Nampak dari corak kesemuanya menggunakan kain satin.Bawal atau pun,dua-duanya kain satin.Cantik-cantik juga corak tudung tu.Dan semua yang ada di dalam buku corak ni, sudah ada tergantung di almari tudung yang kini menjadi miliknya.

"Berapa tahun dah design tak upgrade?"

"Almost 5 year.. sebelum Datin hilang,Datin dengan Dato ada masalah keluarga time tu.. dalam masa tu Datin memang tak datang office lansung.."

Dahlia pandang Raisha.Sofea Dan Zafril ada masalah? Kenapa Zafril tak pernah cerita dekat dia.Tapi buat apa dia nak masuk campur.Hal keluarga mereka.Tak ada kena mengena dengan.Terkejut sikit bila dapat tahu Zafril dan Sofea bergaduh sebelum Sofea hilang.

"Jadi.. err tudung ni masih terjual ya?"

"Ya Datin.. tapi jualan dah merosot.Tak macam dulu dah.."

*

"Sibuk dari kita dia sekarang.."Zafril menyapa Dahlia yang berada di luar balkoni.

Cuaca pun cantik malam ni.Tambah pula angin sejuk yang sentiasa meniup tubuh mereka.Zafril letakkan dua cawan kopi panas di atas meja.

"Untuk saya ke?"

"Yes.. for you"

Zafril turut duduk disebelah Dahlia.Dia jeling sekilas Ipad di tangan Dahlia.Kelihatan Dahlia seperti sedang melukis corak sesuatu.

"What are you doing?"

"hmm.."Dahlia tersenyum.Ipad di tangannya diletak di atas meja depan-depan dengan Zafril.Biar lelaki itu nampak.

"Corak keluaran baru.. cantik kan?"Dahlia menunjuk koleksi-koleksi lukisan corak yang dihasilkannya semalan.Dari dulu dia sangat berbakat dalam bidang lukisan.Sekarang,terbuka luas juga untuk dia tunjuk bakatnya.

"I like it.. pandai awak lukis.."Puji Zafril.Memang betul pun corak lukisan yang Dahlia buat cantik.Selalunya kesemua tudung hasil SF HIJABSTAR corak dia lebih kepada bunga.

Tapi kalini Dahlia menghasilkan corak yang lebih unik.Seperti corak batik.Tapi tak ada bunga.Hanya cantuman cetakkan berkali-kali.Tapi ianya memang sangat cantik.

"Setiap corak ni ada makna.. saya buat khas untuk awak.."

Mata Zafril terus beralih memandang Dahlia bila nama Sofea disebut.Tangan Dahlia mengalih screen ke sebelah.Dimana tudung bewarna biru muda yang bercorak sangat cantik.Seperti kaca yang bewarna-warni pecah tapi dicantumkan menjadi satu.Maka terjadilah satu corak yang sangat unit.

"Ini adalah jalan cerita hati awak.. Awalnya cantik saja tanpa sebarang retak.. Siap bwarna warni lagi.. tapi bila awak hilang kak Sofea.. semuanya jadi retak.. Dan saya datang untuk cantumkan,tapi tak sama seperti dulu.. Masih ada bekasnya.."

Sangat Jelas Zafril mendengar.

Kemudian screen sebelah lagi dialih.

"Tudung ni warna hijau muda.. Dan saya tambah warna hijau tua dan putih,lepastu nanti akan ada beberapa butir batu manik dekat bahagia bawah.. Cuba awak fahamkan corak ni?"Pandang harapan Dahlia berikan.Dia yakin Zafril akan faham dengan situasi yang digambarkan hanay melalui corak.

"Hidup saya yang tak terlalu cerah.. hanya menjadi diri sendiri.. Dan awak datang untuk untuk terang dan cerahkan hidup saya dan hasilkan sinar yang indah seperti batu permata.."Kata Zafril.Mata penuh bersinar memandang screen Ipad itu.

"Dan ini akhir sekali.. "

Screen ipad dialihkan lagi.Corak yang benar-benar mahal bagi Dahlia.Lama juga dia menghasilkan corak tersebut.Nak cantumkan warna pun fikir banyak kali sampai sakit kepala.

"Ini kalau jual,memang saya akan jual mahal.. sebab ini istimewa bagi saya"

Corak tudung bewarna putih dipadankan dengan hiasan tali yang bercantum-camtum dan hanya kelihatan berselerak dengan warna putih yang agak bersinar.

"Kalau awak tengok memang nampak tudung yang bertali corak biasa je.Dari hujung ni,cuba awak ikut dengan pen.. ada huruf-huruf yang tersembunyi.."

Dahlia memberikan pen.Zafril ikut saja mencari huruf-huruf yang tersembunyi disebalik Tali yang nampak serabut di tudung itu.

"Be..ri..kan.. a..aku.. cin..cinta? Berikan Aku Cinta.."Hati benar-benar terharu.Hanya dengan corak biasa,tapi Dahlia dapat hasilkan keunitkan dengan hidup Zafril Ilyan.

Tak sangka,corak tali-tali tersembut hanya dibentukkan huruf-huruf.Memang orang takkan nampak dan susah faham dengan corak ni.

Tiba-tiba Dahlia menganggap tangan Zafril yang memegang pen Ipad.Tersentak juga lelaki itu akibat kelakuannya.

"Dekat corak ni.. saya cuma nak bagitahu,saya akan jadi semangat hidup baru awak.. tapi saya akan gagal.. jika tali-tali dekat tudung ni,tak kemas.."

"Saya dah datang untuk menjadi lampu awak.. Dan sinarkan hidup awak,jadi awak dah tak boleh mengalah.. saya tahu.. awak rindukan Sofea.."

"Sebab tu juga saya tak tanggalkan semua gambar kebahagian awak dengan Sofea.. Saya tak cakap saya tak suka Sofea,saya Jujur.. saya agak cemburu,tapi saya bukan siapa-siapa nak halang awak dengan kak Sofea.."

"Saya pernah rasa apa itu cinta,tapi cinta tu tak berbalas.. Ubat diri awak dulu,cari diri awak yang dulu.. saya tahu.. awak Masih dengan diri yang sekarang"Panjang lebar Dahlia ujarkan.

Tak berkelip mata Zafril.Bukan Dahlia tak tahu,setiap malam lelaki itu asyik peluk gambar Sofea dan baju lama Sofea.Dahlia risau,takut bagi efek dekat kesihatan mental dia.Walauoun dia nampak cergas seperti dulu,tapi hati dia belum ubah sepenuhnya.

"Terima kasih.."Tubuh Dahlia ditarik ke dakapannya.Menyembunyikan air mata yang jatuh menitis.Dahlia,memang gadis yang dikirim tuhan untuk merawatnya.

Pelukkan dilepaskan.Dia pandang wajah Dahlia.

"Abang minta maaf kalau seminggu perkahwinan kita berlansung ni,abang ada abaikan Dahlia.."Kini bahasa diri tertukar.Dahlia hanya Senyum.Sejuk juga hati bila Zafril sudah memberi isyarat untuk bertukar nama panggilan masing-masing.

Walaupun dulu agak geli nak berabang-abang.Tapi sekarang,mereka perlukan panggilan itu untuk eratkan lagi hubungan mereka.Dah halal kan,nak bersayang kekanda pun tak apalah.

"Tak apa.. Lia tak pernah ambil hati,seminggu ni juga lah Lia cuba faham tentang diri abang,kalau tak.. Mesti Lia takkan tahu,apa yang dah jadi dekat abang.."Kata Dahlia.Turut mengubah panggilannya.

Tak tahulah kenapa rasa bersalah sedangkan Zafril melayan Dahlia baik.Tak ada kata kasar atau kelakuan kasar pada isterinya itu.Mungkin,sebab dia gagal nak ubah hati dia.Sekarang,tak perlu dia siarkan lagi.. Hati ikhlas Dahlia,memang dah buktikan Dahlia adalah gadis yang sangat baik.

"Jom masuk.. sejuk lah kat luar ni"Dahlia menarik tangan Zafril.Pintu balkoni ditutup.Langsir juga ditutup.Zafril lelaki itu Masih setia memandangnya.

"Kenapa berdiri? Taknak tidur?"Tanya Dahlia mula naik atas katil.Mahu tidur awal,esok kerja.

Zafril tidak menjawab Dan terus mendekat kearah Dahlia.Kepalanya ditunduk rapat hingga wajah mereka bertemu rapat.Dahlia tergamam.Apa yang Zafril nak lakukan.

Mata hanya dipejam bila jarak muka mereka makin rapat.Dan akhirnya,Zafril mempertemukan bibirnya dan juga bibir Dahlia.

Dan malam itu,mereka menjadi pasangan suami isteri seperti pasangan yang lain.

Bersambung...

Share this novel

awer
2023-02-06 03:21:10 

blh lak ko bersama dengan gmbar sofea ada skali ek..argggghhh..np aku yg stress baca nihhj..bodo laaahhj


NovelPlus Premium

The best ads free experience