25

Romance Series 321693

Mereka tiba di lapangan penerbangan awal.Dahlia sibuk melayan telifon sambil menikmati kopi panas yang diberi barusan dari Zafril.

Zafril pula,harap tahan mata je sebab mengantuk.Flight pun lagi satu jam.Daniel,sudah terbang awal pergi outstation.

"Mengantuk sangat ke?"Tanya Dahlia bila perasan.Terangguk-angguk dah kepala Zafril.Lelaki yang bekerjaya,mesti tidur awal sebab esok dia mahu gunakan tenaganya untuk bekerja.Ni terpaksalah tahan mata sementara nak naik kapal.

Mereka menempah first class.Bolehlah baring rehatkan badan sikit.Tapi pada awalnya Maya sudah tawarkan untuk naik kapal penerbangan peribadi miliknya.Tapi Zafril terlebih dulu menolak.

Baru tahu juga Dahlia yang Zafril takut naik kapal terbang.Gayat katanya.Bila naik ramai-ramai tak adalah seram sangat.Macam-macam alasan dia beri.Takut nak naik kapal terbang tapi nak pergi bercuti dekat luar negara.Macam-macam..

Zafril lentokkan kepalanya di bahu Dahlia.Mata memang dah tak tahan.Mengantuk sangat.Selalunya lepas isyak dia dah tidur.

Dahlia usap lengan Zafril.Biarkan suaminya tidur sebentar.Tidur sebentar beberapa minit,mereka berdua sudah bergegas masuk ke dalam Flight.

"Buka la mata tu bila nak jalan.. kang terlanggar dinding tu"Dahlia pimpin tangan Zafril.Jalan tak buka mata.Kang ada juga dahi lebam nanti.

"Mengantuk.."

Tak usah dikata.Rupa Zafril sekarang memang kalah penagih dadah.Tapi penagih dah handsome.Dengan rambut yang menutup dahi.Tudung hoodie pula menutup kepalanya.

Jalan pun dah macam mencari barang.Mengantuk punya pasal.

Mereka masuk ke dalam kapal mencari tempat duduk.Dahlia dan Zafril dapat tempat duduk di berlakang sekali.Selesa jugalah bila tak ada orang dekat berlakang mereka.

"Awak duduk lah tepi tingkap.."Zafril menolak Dahlia.Tak sanggup dia nak tengok tinggi-tinggi ni.

Dahlia akur sahaja.Tak lepas tangan Zafril menggenggam tangan isterinya.Lagi-lagi bila enjin kapal sudah dihidupkan.Makin erat pegangan.Mengantuk pun hilang dah.

Sekarang hati sibuk beristifar.Meminta semoga mereka selamat sampai ke destinasi.

"Adoii Ya Allah.. Ya Allah.. "Kalini memang dah tak boleh tahan.Yang duduk depan pun beralih tengok mereka berdua sebab suara Zafril yang agak kuat.

Dahlia tahan Senyum.Malu dapat,tapi kesian tengok Zafril.Muka dah merah dia.Keluar habis urat-urat dekat leher.

"Jangan genggam tangan saya kuat sangat.. sakitlah"Dahlia ketawa.Memang tak dapat tahan dah bila Zafril bersuara seperti nak menangis.

"Suruh la kapal ni jalan cepat sikit.."Arah Zafril

"Mana boleh,ramai yang tak masuk lagi.."Dahlia geleng.Takkan lah dia nak pergi ketuk pintu suruh pilot bawa flight cepat.

"Ya Allah... Haaa.. ni malas ni.. "

"Tenang je.. it's okay. "

Makin lama makin erat genggaman tangan mereka.Zafril tak usah dikata,sudah menyorok wajah ketakutannya di sebalik cardigan yang Dahlia pakai.

"Kalau abang takut tinggi.. Cuba abang bayangkan,bawah tu ada hutan yang dipenuhi Dinasor.."Penuh kayakinan Dahlia bercakap.

"Tolong jangan buat lawak Lia.."

"Okay..Okay.. kalau macamtu,abang bayangkan Dahlia ada dekat bawah tengah tunggu nak tangkap abang dari jatuh"

Zafril angkat kepala.Boleh tahan romantik juga isterinya.Tapi kalau nak dibandingkan,rasanya dia boleh menang lagi kalau bab romantik ni.

"Kalau saya jatuh awak nak sambut lah?"Berbunga hati bertanya.

"Tak kut,sebab berat.."Selamba Dahlia jawab.Terus dapat renungan tajam mata Zafril.

"Buaya!"

"Bukan buaya bang.. Mwoya.. (apa)"Dahlia betul kan ayat Zafril.Entahlah,sejak-sejak ni kerap pula Zafril cuba bercakap bahasa Korea walaupun salah sebutan dia.Dia pergi melayukan perkataan tu.

Nasiblah Dahlia dah fasih bahasa Korean.Memang dapat tangkap kalau suaminya cuba bertutur bahasa Korea.

*

Mereka menjamu selera selepas semalaman tidur.Penat dalam flight.Padahal tidur je kerja.Taktahulah kenapa boleh penat sampai tertidur lelap lepas sampai hotel.

Kota London,cuaca memang menarik pagi ni.Tak terlalu sejuk sangat.Dahlia dan Zafril pun hanya kenalkan kot labuh dan tebal sahaja.

"Pekat betul kan hot chocolate dia.."Komen Zafril menikmati coklat panas yang dipesan mereka.

"Haah.. macam coklat yang dicairkan untuk makan dengan strawberry.."

Dua biji Pancake, waffle chocolate,dan juga pencuci mulut pudding strawberry menjadi sarapan mereka pagi ni.

"Lepas ni nak pergi mana?"Tanya Dahlia pada Zafril.Semalam sampai,tak jalan-jalan pun.Dua-dua hanyut mimpi.

"Anything.. kita lawatlah tempat-tempat yang best.."

Dahlia anggukkan kepala saja.Selesai makan.Keduanya dibawa mengunjung tempat-tempat menarik.Syukur sangat cuaca memang best.Mereka berdua memang menikmati bulan madu.

Gelak ketawa memang tak berhenti sepanjang perjalanan.Sedar tak sedar,dah hampir malam mereka berjalan.Dan kini mereka berada di London Eye tempat yang ada ferris wheel bersaiz gergasi.

Zafril dan Dahlia berjalan masuk.Mahu naik Ferris wheel bersama.

"Kita ambil gambar jom.."Pelawa Dahlia.

"Sure.."

"Excuse me..Can you please take a picture of us?"Zafril menegur salah seorang pasangan yang mungkin berasal di situ.

"Yes"Ramah juga pasangan itu.

Zafril tersenyum mendekati Dahlia kembali.Berlakang mereka memang betul-betul cantik ditambahkan permandangan Ferris wheel yang besar itu.

Pinggang Dahlia dipeluk erat.Tersengih-sengih juga akak yang tangkap gambar tu.

"London gonna be place that I meet my second love.."Bisik Zafril disaat mereka sibuk berfoto.

Dahlia senyum.Mengucap terima kasih dan mengambil telifon dari pasangan yang bantu mereka tadi.Semoat juga pengantin baru dipuji oleh mereka.Sweet katanya.

"Cantiknya gambar ni.."

Dahlia tunjuk iphone miliknya pada Zafril.Melihat gambar mereka yang sangat cantik.Bagai pinang dibelah dua.Mungkin...

"Jom.. naik tu"Kali ni memang Zafril hanya berdoa dan berzikir sahaja.Salah diri sendiri juga sebab tawarkan Dahlia untuk naik Ferris wheel tu.Niat nak gurau,tapi lain yang jadinya.

*

"Dah gerak ke?"

Dahlia ketawa.Kalau ikut nak nak tergolek dia ketawakan Zafril.

Memang tak bergerak tubuh Zafril.Duduk kaku disebelahnya sambil menggenggam tangan Dahlia.

"Jangan nak gelakkan abang Lia.. pegang la tangan betul-betul halahhh dia ni.."Bengang pula Zafril bila Dahlia sengaja mengusik.Dahlia sengaja menggoyangkan tempat mereka.

"Mama... Nak balik"

"Hahahahhahahaha are you crying?!"Dahlia ketawa.Muka Zafril memang dah basah dengan air mata.Menangis teruk dia.

Tak sampai hati tengok Zafril menangis.Dah macam orang histeria.Bila tempat mereka makin meninggi.Dahlia peluk Zafril,laju juga tangan Zafril mendakap tubuhnya kembali.

"Ingatkan corak yang saya lukis haritu? Saya sentiasa ada dengan awak.."Pesan Dahlia.

Bersambung..

Share this novel

Siti
2023-01-27 09:35:26 

k


NovelPlus Premium

The best ads free experience