33

Romance Series 321693

Perancangan yang sangat dinantikan.Percutian bersama staff syarikat Zafril Dan Syarikat Dahlia.Bila lagi nak bercuti ramai-ramai dengan pekerja.Sekali sekala bawa mereka tenangkan diri.Asyik sibuk siapkan kerja sahaja.

Disebabkan persetujuan staff pekerja.Semua memilih untuk bercuti dalam Malaysia sahaja.Tempat yang dipilih,Langkawi.

Dah semua nak suasana pantai.Tanah pasir pantai mengandungi banyak garam.Memang bagus untuk terapi diri yang sedang berfikir masalah berat.

Kapal terbang mendarat dilapangan tepat pada tengahari.Dahlia Dan Zafril,memang menjadi tumpuan staff mereka.Mana tak jadi tumpuan,Zafril yang memeluk isterinya sambil menolak beg.

Lepastu,dahi Dahlia kejap-kejap dicium.Orang ramai tak dihiraukan dah.Mereka dah halal.Tak ada nak peliknya.Pasangan yang sangat serasi,itu yang orang nampak.Si suami kacak bergaya,bukan tu saja aura tegas dan bekerjaya memang menarik perhatian wanita.

Dahlia,gadis yang cantik.Mempunyai satu sifat lembut walaupun semua orang tak tahu dia punya kasar tu macam mana.

"Kita sewa kereta kan?"Tanya Dahlia bila sampai di depan Airport.Banyak van yang terparkir.Tapi tak silap dia Zafril menempah van untuk staff pekerja bukan untuk mereka berdua.

"Yes.. tu.."Dahlia menoleh kearah yang ditunjukkan oleh Zafril.Kereta McLaren yang terpakir cantik.Masih ada Tuan yang menunggu kehadiran mereka.Zafril dan Dahlia mendekati kereta itu.

"Hi.."Sapa Zafril pada lelaki yang menjaga kereta tersebut.

"Hello,are you Dato Zafril?"Lelaki itu bertanya kembali.

"Yes I am.."

"Nice to meet you,here this is your car.. "Kunci kereta disua lelaki itu.Dahlia diam sebentar sebelum dia angkat muka pandang wajah suaminya.

"Awak beli kereta ni ke?"

Zafril sengih.Dahi Dahlia dicium kemudian dia memasukkan bagasi mereka kedalam Bonet kereta.

Dahlia geleng kepala.Kalau sewa pun tak bazir duit.Baik naik feri yang boleh bawa kereta tu je,kan jimat.

*

Sampai sahaja di bila yang menjadi tempat menginap mereka.Semua memilih untuk tidur.Zafril menyewa 5 biji villa.Dalamnya pun ada banyak bilik.Jadi kongsi-kongsi.

Bila mereka berdua je asking.Kecil pula tu,cuma ada satu bilik.Cukuplah dua orang je nak duduk.Kalau kongsi bilik nanti susah pula nak bersweet.

Petang itu mereka berdua memilih untuk bersiar dipantai.Nak jalan jauh,tapi dah janji dengan staff nak berjalan esok pagi.Harini nak rehat-rehat dulu.

"Cantiknya.."Kata Dahlia.

Zafril hanya senyum.Dia melepaskan genggaman tangan mereka berdua dan mencapai sepihan kayu lalu mengukir sesuatu pada tanah.

Zafril Love Dahlia

Dahlia ketawa kecil.Dah macam cinta budak sekolah.Kemudian Zafril depankan tangan,menyuruh Dahlia memeluk nya.Taknak lepaskan peluang Dahlia mengejar Zafril.Jauh juga dia kejar tapi tak dapat tangkap.Hingga dia Tersedar mereka tiba di satu meja makan yang dihiasi dengan kelopak bunga ros merah.

Zafril mendekatinya lalu menarik tangan Dahlia duduk di atas kerusi tersebut.Kagum Dahlia,pelik juga apa yang Zafril tengah lakukan.

Zafril turut duduk disebelahnya.

"Ingat tak harini hari apa?"Tanya Zafril.

Berfikir sejenak.Dahlia melihat sepotong kek yang terhidang di atas meja.Kemudian melihat Zafril bersilih ganti.Macam mana boleh lupa!

"Happy anniversary sayang.. 1 year"Kata Zafril.

"Ya Allah.. saya lupa"Kesal Dahlia.Macam mana dia boleh lupa tarikh penting bagi mereka berdua.Ni lah akibatnya kahwin terpaksa.

"It's okay.. Abang cuma minta,untuk Lia kekal ada dengan abang,susah senang bersama.. kekalkan tangga untuk untuk rumahtangga kita"Tangan Dahlia dicapai lalu dikucupnya.

"Saya tak ada hadiah dekat abang.."Kata Dahlia.Rasa tak puas.Entah bila Zafril sediakan semuanya.Dia tak ingat,tambahkan pula tak beli apa-apa untuk Zafril.

"Cukuplah.. awak setias dengan saya.."Kata Zafril.

Dahlia diam.Cuba sembunyikan perasaannya

" I never imagined that we would reach this level.. and we would be near here"Kata Zafril.

"Kalau dulu saya nak marah tau tok Imam tu,tapi sekarang tak dah.. kalau tak sebab dia kifa mungkin takkan ada dekat sini.. romantik-romantik macamni.."Sambungnya.

"Abang sayangkan Lia tak?"Tanya Dahlia tiba-tiba.

"Abang sayang sangat-sangat dekat Lia.. bukan setakat sayang,abang cintakan Lia.."Tak tipu,Zafril meluahkan seikhlas hati apa yang ada dalam perasaannya.

"Lia sayang dan cintakan abang juga, Abang orang kedua yang saya cintai"Kata Dahlia.Ayah adalah cinta pertama anak perempuan,jadi Zafril sudah memiliki tempat kedua.

"I know.."

"Abang masih cintakan kak Sofea?"

Riak wajah Zafril berubah bila nama Sofea naik dalam suasan bahagia mereka.

"Abang tak dapat tipu perasaan ni,Sofea cinta pertama abang.. "Zafril tidak menyambung ayat.Cukup-cukup Dahlia faham ajar.

"Abang Dahlia nak cakap sesuatu boleh?"

"Sure.."

"Kalaulah diberi pilihan.. abang nak tak bersama kak Sofea balik? Contoh lah,saya tak pernah wujud dalam hidup abang.."Tanya Dahlia.

"Kenapa cakap macamtu?"

"Ini cuma soalan abang, please jawab.."

Lama juga Dahlia menunggu.Mungkin Zafril tengah fikir jawapan yang sesuai untuk menjawab.

"Mungkin.. Abang akan jadi suami yang terbaik untuk Sofea..."Balasnya.

Dahlia senyum tawar.Walaupun hati rasa dirobek kasar.Untuk apa dia cemburu.Dia bukan siapa-siapa.Dan sekarang ni rasa bersalah kembali datang.

Pelbagai soalan dia tanya pada dirinya.Adakah dia menjadi orang ketiga dalam hubungan mereka berdua.

"Abang.. "

"ye?"

Baru nak buka mulut.Sekumpulan lelaki datang membawa makanan dan dihidangkan diatas meja.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience