5

Romance Series 321693

Pagi yang sangat tidak indah.Baru berapa hari dia kembali ke Malaysia dah ada masalah menghadap.Punyalah dalam flight dia berangan keindahan kehidupan yang akan datang lepas balik ke tanah air.

Tapi semuanya tak sama yang dia idamkan.Dahlia mengenakan tudung shawl.Disempangkan saja.Malas nak berlebihan.Dalam rumah mereka pun Masih ada lelaki yang tak layak melihat auratnya lagi.

Dahlia ke dapur.Suasana riuh rendah kembali sunyi bila dia tiba betul-betul dihadapan meja makan.

"Dahlia.. sini makan"Ibu memanggil dengan lembut.Nampaknya ibu tak marah tentang Hal semalam.

Takut juga jika ibu dan ayahnya kecewa dengan apa yang dibuat walaupun itu hanya fitnah.Ibu Dan ayah berjaya makan kata-kata Zafril.Syukurlah..

"Makan nasi lemak ni banyak sikit.."Lain macam pula Daniel menyuruhnya makan banyak.Bukan itu saja Daniya pun tersengih dari tadi.

"Dahlia... panggil Zafril makan, Dari tadi ayah tak nampak dia turun.."

Terus hilang selera makan bila ayah menyuruhnya.Ingatka pagi ni dia nak lupakan masalah.Tapi tak ada gunanya.Macam mana pun dia tetap akan berkahwin dengan Zafril tak lama lagi.

Ya,dia terima lamaran Zafril.

"Kenapa angah nak kena panggil dia ayah?"

Ada Salah ke dekat soalan tu sampaikan semua tenung dia macam salah jalan.

"Pergi panggil sekarang angah.."Ibu pula suruh kalini.

Tak.Zafril tu ada kaki kan.. pandai-pandailah dia turun sendiri.

"Takpalah,biar Maya panggil.."

"Eh tak payah Maya,biar je Dahlia,bakal suami dia juga nanti.."

Malas nak kata apa.Dahlia bangkit saja menuju ke bilik tetamu dihujung ruang tamu.Satu saja bilik tetamu pun.Tak perlu susah untuk cari.

Tiba-tiba teringat pula apa yang terjadi semalam.Rasa bersalah mula menghantui.Kalau ikut tu dia nak minta maaf tapi.Zafril terus berlalu masuk bilik.Tak sempat Dahlia nak berkata.

Pintu Zafril diketuk.Cukup satu ketukan.Pintu dah terbuka luas dan menampakkan Zafril yang berdiri dihadapannya sambil tangan mengeringkan rambut yang masih basah menggunakan tuala.

Alhamdulillah rezeki dipagi hari.Mata Dahlia membulat melihat tubuh badan Zafril yang berkotak elok tanpa sehelai benang.

Cukup kain tuala yang melilit pingangnya.

"Kenapa?"Tanya Zafril.Mata Dahlia Masih fokus menatap badan tegapnya.

"Jinjja?"Dahlia berusara tanpa sedar.

"apa? kenapa dengan ginjal saya?"

Dari terpukau terus tersesat.Anak mata dianikkan sedikit memandang Zafril yang sentiasa menjadi mangsa untuk teka bahasa Korea.

"Tak.. ibu panggil makan.."

"Ouhh.. kejap,saya nak pakai baju"Zafril mahu tutup tapi sempat Dahlia halang.Bukan untuk lihat kepingan roti yang tersusun cantik.Tapi disebabkan rasa bersalah dalam diri.

"S-saya nak minta maaf.."Dahlia paksakan juga untuk bercakap.

"Kenapa?"

"Semalam.. "

"It's okay.. kita anggap je tu adalah pertemuan jodoh kita.."

Pintu ditutup rapat.Dahlia diam seketika.Pelik kenapa dia masih rasa bersalah.Seperti dia adalah punca segalanya.Kalau diingat kembali.Zafril sangat kecewa dengan apa yang berlaku semalam.

Tak!

Semuanya gara-gara tok Imam tak bertauliah tu!

Sekurang-kurangnya Zafril sudah selamatkan dia dari orang tua tak guna tu.Kalau Zafril tak cakap tentang hal meminang tu,silap-silap jadi bini keempat lah dia demi bersihkan nama keluarga di kampung.

"I can't"

"Apa yang I can't nya?"

Daniya muncul disebelah.

"Tak ada apa-apa.."

"Ibu suruh jenguk korang,kenapa tak turun-turun lagi?"

"Kenapa kena jenguk, korang semua tak percaya dekat aku lagi?"Soal Dahlia.

"Bukanlah.. Ibu takut abang Zafril kenapa apa.."

"Kenapa pula nak risaukan dia?"

"Ye lah,semalam nak dekat 15 kali dia ulang masuk tandas waktu ibu tengah cuci pinggan"

Semalam Solehah tidur lewat sebab nak selesaikan pinggan mangkuk.Bukan dia saja,jiran-jiran terdekat pun turut bantu.

"Bila ibu Tanya,dia cakap dia buang air kecil.. tapi pelik kenapa dia buang air sampai 15 kali, batu jarang agaknya.."

Amboii kau Daniya.Pandai pula buat jawapan sendiri.Bukan batu karang,tapi mungkin sebab dia minum air yang banyak semalam.Berapa gelas pun tak tahulah.

Klerkk!!

Pintu bilik Zafril terbuka.Lelaki itu sudah siap berpakaian.Bau wangian perfume berjenama menusuk ke hidung adik beradik yang sedang berdiri kaku dihadapan biliknya.

"Kenapa?"

"Eh tak.. Daniya datang nak panggil abang Zaf dengan angah makan.."

*

"Makan banyak-banyak Zaf.. nanti dah tak dapat nak merasa masakkan ibu"

Dahlia menjadi pemerhati.Bukan main lagi ibu melayan Zafril.Dah macam raja dah lelaki tu.Siap dicedokkan nasi.Senang cakap,ibu tengah berbunga hati mungkin.

"Zaf balik bila ya?"Tanya Adnan pula.

"Minggu depan,balik sekali dengan Daniel dan Maya.."Balas Zafril.

"Ouhh lupa pulak ayah yang kamu datang sekali dengan mereka"

"Fasal rombongan meminang tu,nanti saya datang dengan mama papa.. tapi lewat sikit boleh? Bukan apa--"

"Ibu faham Zaf, kamu bukan orang biasa-biasa.. kalau ada kerja selesaikan dulu"Kata Solehah dibalas anggukkan Adnan.

Setuju dengan apa yang dikata oleh isterinya.

"Nasiblah kamu berdua dah lama bercinta, kalau tak tak tahulah.. silap-silap nikah dengan orang tua lah Dahlia tu"

Dahlia hampir tersedak.Tapi Zafril Masih sama riaknya.Tak bagi efeks langsung kata-kata Adnan.Jadi mereka sekeluarga sekarang tengah menganggap Dahlia sudah lama bercinta dengan Zafril.

*

"Saya rasa kita dah salah langkah ni"Tak tahu apa yang merasuk dirinya.Dahlia makin tidak selesa lepas semua orang dalam rumah anggap mereka ada hubungan.

Dahlia dan Zafril duduk di atas dangau.Itu menjadi tempat pilihan Zafril.Sesuai untuk dibuat berbincang.Kalau serabut kepala,boleh saja menikmati pandangan sawah padi yang kehijauan dihadapan mereka.

"What you mean salah langkah?"

"Ye lah,kita kenal pun tak sampai berapa hari,kalau hal dulu tu biarlah yang dulu-dulu.. tak ada kena mengena dengan sekarang.. Dan saya rasa,saya memang tak boleh kahwin dengan Dato sebab saya perlu capai apa yang saya nak"

"Easy, tolak pinangan saya terima pinangan Tok Imam.."

Wow,senang betul jawapan Zafril berikan.Seperti dalam ujian,tak ada jawapan A,B,C dan D.Tapi hanya boleh ditulis jawapannya.

"Saya takkan terima pinangan siapa-siapa.. saya nak capai cita-cita saya dulu"

"Tak bermaksud awak kahwin dengan saya,awak tak dapat capai apa yang awak mahukan"

"Tapi.."

"Awak rasa bila menjadi seorang isteri perlu duduk rumah dan jaga makan minum suami dan jaga anak-anak ja macamtu, semua wanita yang bergelar isteri ada bebasnya juga.. Jika diorang nak bekerja,diorang akan bekerja.. Tak semua wanita pilih untuk duduk di rumah dan menjadi suri rumah.. Dan awak fahamkan Dahlia?"Kini Zafril memandangnya.

"Dato tak ada perempuan lain ke selain saya? Saya bukan apa,saya taknak jadi perosak hubungan Dato dengan mana-mana perempuan"Itu soalan yang sangat tepat Dahlia.

Zafril kembali diam.Dia tidak ada jawapan untuk soalan itu.Kepala hanya digelengkan.Ya,dia memang tak ada mana-mana wanita yang dicintainya.

"Tapi.. Hati saya.."

"Kenapa dengan hati Dato?"

"Tak ada apa-apa.. kita bincang hal lain pula,awak terima atau tak sekarang?"

"Ibu dah terima semua pun terima,apa lagi jawapan saya? Lainlah kalau Dato tarik balik kata-kata untuk meminang Dan saya bagi tahu ibu semuanya tak jadi"

"Dan awak akan berkahwin dengan Tok Imam Dan menjadi isteri keempat beliau"Sambung Zafril untuk ayatnya.

"Sudah pasti saya terima,Dan saya anggap ini adalah jodoh.."Tak mampu nak berkata apa-apa.Siapa tahu,Zafril adalah jodoh dengannya.

"Tapi awak kena ingat, awak kena jumpa dengan abi dan ummi kandung saya dulu.."

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience