15

Romance Series 321693

Dahlia terjaga.Perasan yang dia terbaring di atas tikar.Kaki pula rasa berat nak angkat,sakit lutut.Baru dia ingat apa yang terjadi,terus dia bangkit duduk.Agak susah untuk dia bergerak.

"Aku dekat mana ni?"Tanya Dahlia memerhati rumah kayu kekosongan itu.Kaki dia yang berdenyut dipandang pula.

Ada bekas luka melecur yang sangat besar ditempat yang sama lututnya ditendang Laila.Sepertinya kaki dia sempat disambar api.Dahlia cuba untuk bangun,gagal.

Kaki dia memang betul-betul sakit.Memang dah tak mampu untuk berdiri.Gerak sikit pun dah macam nak tercabut tulang.Tak termasuk lagi Luka melecur di betisnya.

"Adik okay?"

Pintu rumah kayu itu dibuka.Nampak suasana di luar seperti ruang tamu.Dahlia pandang wanita mengandung yang mendekatinya bersama dulang.

"S-saya dekat mana ni?"

"Adik jangan risau.. kami jumpa adik pengsan dekat hutan yang terbakar tu"

Jadi dia berjaya melarikan diri ke sekarang.Seingatnya,dia terperangkap di dalam pondok itu.Jadi ada orang datang selamatkan dia

"Makanlah.. biar bertenaga sikit"

Dulang yang berisi nasi putih bersama sup ikan.Sungguh menyelerakan.Seharian dia tak makan.Cuma dia masih was-was dengan wanita hamil dihadapannya.

"Jangan takut.. Awak ada dekat perkampungan orang asli,tapi jangan risau.. sini orang baik-baik,banyak orang beragama Islam.. saya pun orang Bandar yang tersesat dalam hutan ni.."Wanita itu cuba menenangkan Dahlia.

"Akak tersesat dekat sini juga?"

Wanita itu anggukkan kepala.

"Lepastu? akak kahwin dengan orang sini ke?"

Wanita itu tersenyum.

"Akak kemalangan.. Dan akak pun diselamatkan oleh orang kampung sini.. Akak dah kahwin,cuma.. ye lah,nak keluar dari hutan ni susah.. dengan keadaan akak pula macamni.."

"Susah? Maksud akak?"

"Perkampungan ni ada dekat bawah bukit.. jalan yang orang selalu guna dekat atas.. ada jalan raya besar dekat situ... agak jauh juga la sebab nak kena panjat bukit"Jelas wanita itu.

Dahlia angguk kan kepala.Memang patutlah wanita itu tak keluar dari perkampungan ini.Dengan berbadan dua lagi, takkanlah nak panjat bukit sorang-sorang.

"Makanlah.."

Dahlia menerimanya.Makan dengan lahap.Dah memang kebulur sangat sampai wanita dihadapannya pun pelik.

"Adik tak makan ke sebelum ni? Macam mana boleh ada dalam hutan?"Tanya wanita itu.

Teringat kembali apa yang terjadi.Dan macam mana dia boleh berada di sini.

"Saya dikurung dengan keluarga kandung saya.. saya nak larikan diri dengan bakar tempat tu,tapi tak sangka.. saya yang jadi mangsa.."Dahlia menceritakan segalanya.

"Masih ada lagi ya keluarga macamtu.."

"Adik rehatlah,kalau nak apa-apa panggil je akak.."Wanita itu bangkit berdiri.Termegah-megah juga tengok dia yang susah bangun.

"akak.."

"ye?"

"Terima kasih.."

Wanita itu tersenyum.

*

Pintu ward Zafril ditutup rapat selepas memastikan lelaki itu tidur dengan lena.Maya keluar mendekati suaminya yang sedang duduk di kerusi menunggu tepat dihadapan ward Zafril.

"Anak-anak hubby hantar dekat siapa?"Tanya Maya pada Daniel.

Daniel pun layu-layu saja.Masih tak percaya apa yang sudah terjadi pada adik angkatnya.

"Hantar rumah mama.."Balas Daniel.

Maya melabuhkan duduk disebelah Daniel.Bahu Daniel diusapnya.Turut sedih dengan apa yang terjadi.

"Tak apa.. I ingat you hantar dekat ibu, sayang risau sikit.. ibu pun dah demam"

"Macam mana tak demam? Ibu jaga Dahlia dan besarkan Dahlia.. manis pahit Dahlia,dia yang ada di sisi"Balas Daniel.

"Kita doakan baik-baik.. Lagipun I dah bayar beberapa orang penyiasat cari Dahlia.."

"Penyiasat yang saya upah pun cakap 70% anggaran, Dahlia memang dah termakan dalam kebakaran hutan tu"

"Tapi I yakin,Dahlia selamat.. kita doa baik-baik.."Bentak Maya.Tak sokong bila semua ingat Dahlia sudah tidak ada.

"Maya.."

"I takkan lepaskan siapa yang buat hutan tu terbakar.. Dan paling penting,tempat pengumpulan minyak.. you tak pelik ke,kenapa ada tempat pengumpulan minyak dalam hutan yang tebal macamtu? Sedangkan banyak je kilang yang boleh hasilkan secara hemah?"

Daniel kembali pandang Maya.

"Jualan minyak haram.."

"Malas lah saya nak fikir macamtu,saya nak cari Dahlia je sekarang ni.."

Kini mereka tertumpu pada bilik ward Zafril.Tiba-tiba saja tekanan darah turun selepas tak sedarkan diri.Dia terpaksa ditahan di ward untuk pemantauan.Takut ada sebarang penyakit serang.Zafril juga terpaksa diberi ubat tidur untuk mendapatkan rehat yang cukup.

"Nampak kan.. abang awak cuba nak buka pintu hati dia.. tapi tiba-tiba pula jadi macamni"Kesal Daniel.Turut berduka pada abang iparnya.

"Dia kehilangan kak Sofea.. Dan sekarang dia kehilangan tunang dia.. I takut dia trauma.. "

"Dan dia akan jadi macam dulu,tak terurus.. Tadi pun Dokter cakap dia mengalami Traumatic stress disorder.. sebab tu dia pengsan.Dia tak dapat kawal penafasan dengan baik pila otak bekerja untuk mengingati peristiwa masa lalu.Hati pulu berombak menghantui kata-kata buruk dekat diri dia.."Jelas Daniel

"Biar lah dia tidur dulu..Biar dia mimpi indah"

*

Dahlia keluar dari bilik melihat rumah kayu kecil.Sangat kecil.Tapi padanlah,sepertinya wanita itu hanya tinggal bersendirian.Takkan nak duduk dengan orang pula.Dia pun dah berkahwin.

"Eh adik? Dah bangun?"

Dahlia tersenyum.Harini rasa dah tak berapa sakit kakinya lepas diurut oleh orang kampung itu.Sakit sangat sampai menangis dia dibuatnya.

"Akak pergi mana?"

"Akak pergi kutip sayur ni,nak beli tak ada duit kan.. makan pun harap orang yang bagi"

Kesian melihat wanita itu Pasti keluarga Dan terutama suaminya sedang mencari.Dahlia mendekati wanita itu yang sedang duduk masak menggunakan dapur kayu api.

"Kalau saya sembuh sepenuhnya.. akak nak tak ikut saya keluar sama-sama?"

"Jujur dik,akak nak sangat keluar dari sini.. tapi akak tak larat nak berjalan,akak rindukan suami keluarga semuanya.."Gadis itu meluahkan perasaan yang dipendam.

"Saya tak sanggup nak tinggal akak dekat kampung ni sorang-sorang.. kita keluar sama-sama lah akak.. akak dah bantu saya,ni bukan tempat kita.."Dahlia menggenggam tangan wanita itu.

Memberikan kepercayaan.Walau apa pun dia tetap tidak akan tinggal wanita yang sudah membantunya.Kalau wanita itu tak larat jalan pun,dia sanggup dukung asalkan wanita itu ikut bersamanya keluar dari kampung ni.

"Akak akan keluar juga.. tapi lepas akan bersalin.."

"Anak akak nak pakai baju apa nanti? Kita memang tak ada berang keperluan.. IC,duit.. saya yakin akak tak standby barang apa-apa lagi kan untuk keperluan akak?"

Wanita itu diam.

"Saya akan tolong akak.. Mesti akak dah lama tinggal dekat sini kan? Akak tak rindu ke suami keluarga akak.. mereka mesti tengah cari akak sekarang ni.."

"Akak buntu Dahlia.. akak tak tahu apa yang akak nak buat waktu akak sorang-sorang dekat sini"Air matas wanita itu kembali berair.

"Akak bawa khabar baik.. bagitahu suami akak yang akan akan jadi mama dan papa tak lama lagi,tapi kereta akak hilang kawalan.. syukur akak terhempas dalam sungai.. Dan dekat dengan kawasan ni.. "

Mereka saling bertatapan.Wanita itu meluahkan segalanya.Apa yang dia rasa dan pendam sendirinya.

"Sebabtu.. saya nak bantu akak keluar dari sini.. ni baby akak pun mesti tak sabar nak jumpa papa dia"Perut wanita itu diusap Dahlia.Tersenyum manis mereka berdua.

"Biar kaki adik sembuh dulu.. nanti susah pula.."

Dahlia geleng kepala.

"Saya dah okay kak, kalau nak berlari pun dah boleh ini"Kesedihan sudah diisi dengan ketawa.

"Iyalah.. Terima kasih ya Dahlia.."

"Saya yang patut berterima kasih dekat akak sebab akak dah rawat saya"

Berbual punya lama.Dahlia bangkit mahu pergi mandi di sungai berlakang.Macamtulah kehidupan di rumah kecil itu waktu dia datang disini.

"Dahlia.. akak ada dapat tudung haritu.. nanti Dahlia pakai yang tu ya?"

Dahlia anggukkan kepala.

"Terima kasih kak..."

"Sofea.. nama akak Nur Sofea.. lupa pula nak kenalkan nama akak"

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience