29

Romance Series 321693

Harini mereka berdua pulang ke kampung.Laila,nak menikah katanya.Tak apalah menikah pun,janji dah tak suka rampas yang orang.

Dahlia hidangkan segelas kopi panas untuk suaminya.Bagi hilang mengantuk.Ahmad dah suruh menantunya rehat dulu.Tapi kalau dah degil,memang tak lah Zafril nak rehat.Nak ambil hati mertua juga katanya.Penat drive macam mana pun,tetap kena tahan.

"Ramai ke adik-beradik awak nak datang nanti?"Tanya Zafril.Menyegarkan tekak dengan kopi panas.Kerut juga dahinya.Bukan kali pertama dia minum kopi kampung.Tak kena dengan tekak.Kena minum jugalah,takkan nak keluar beli Starbucks pula kan.

"Ramai lah juga.."

"Are you okay with them?"

"Okay kenapa? Haritu waktu kenduri belah saya semua dah tegur,cuma abang je lari sana sini.. tak sempat nak berkenalan"Kata Dahlia.Mana tak nya,waktu majlis resepsi belah dia haritu Zafril asyik sibuk melayan tetamu kenalan rapat dia ja.

"Ouhh.. bukan apa,abang segan la.."Zafril mengusap rambut kebelakang.

"Kenapa pula?"

"Tak biasa.. ye lah keluarga belah awak kan.."

"Takdenya.. semua baik-baik,jangan risau.. anak menantu lelaki pun ada,jadi tak adalah awak bergaul dengan yang tua-tua.."Kata Dahlia.

"Penat hmm? Kenapa tak tidur kejap,nanti saya kejut bangun.."Dahlia usap dahi Zafril.

Zafril geleng kepala.Dia rehatkan kepalanya di atas paha Dahlia dalam posisi meniarap.Mata dipejam,menikmati usapan lembut isterinya.

"Abang nak tolong abi pasang kanopi.."

"Pandai ke?"

"Tolong-tolong macamtu je lah yang oii.. nak suruh saya buat semua kang..bentuk kanopi petak jadi pentagon terus"

Dahlia ketawa kecil.Nasiblah ye cik Suami tak pernah buat kerja-kerja macamtum.Harap keluarkan barang-barang perabut saja.

"Ouhh abang,Lia nak tanya,abang bagi ke meja makan baru kat dapur tadi?"Baru dia teringat.Tadi sampai terkejut banyak barang perabut baru.Rosna cakap,si Zafril yang bagi.Seronok tak kira ummi nya dapat perabut baru.

"Haah.. kenapa?"

"Meja tu cantik,nampak macam kayu mahal.."

"Haah,kayu tu kalau kena air dia takkan reput.. memang cantik,sebabtu abang bagi kat ummi,kesian tengok meja lama ummi.. kalau abang duduk atas meja tu comferm reban"Cover-cover juga Zafril bersuara.Tak fasal-fasal Mak mertua dia dengar nanti.Habis kecil hati.

Keluarga Dahlia tak adalah susah mana.Senang sederhana.Mereka membantu jualan minyak disyarikat adik kepada Rosna.

*

Zafril mengelap peluh dimukanya.Jujur dia tak suka dengan peluh.Kalau ikut tu nak je lari mandi.Tapi masih banyak lagi benda nak kena tolong.

Isterinya dah pergi beli barang untuk masak kenduri dengan sepupu sepapat.Boleh pula dia tinggalkan cik Suami yang tak berapa kenal dengan keluarga besar dia sendiri.

Zafril melangkah masuk melalui pintu dapur.Nak minum air.Sambil-sambil tu sejukkan badan sikit.Habis merah muka dia.

Panas sangat,dapur pun harap kipas dekat syiling.Zafril tanggalkan bajunya.Terselah segala otot-otot yang makin naik lepas angkat benda berat tadi.

Baju dilibas-libaskan.Baru dia perasan ada orang di dapur.Hanya mereka berdua.Dia dan kakak iparnya Laila yang akan berkahwin.Baju dipakai semula,sorry my body only my wife can see..

Meja makan didekati,Zafril capai cawan dan menuang air Oren bancuh.Panas-panas ni pekena air sejuk la best.

"Eh,Zafril.."Laila menoleh.Tadi sibuk dia mengupas buah di singki.Tak perasan dengan kehadiran adik iparnya.Zafril senyum biasa.

"Haus ya.. mesti tak biasa buat kerja-kerja tu kan.."

"Tak biasa tu lah kita kena belajar.. "Jawab Zafril.Diberlakang ayat mahu dipanggil wanita itu,tapi rasa confuse.Nak panggil kakak,rasanya dia tua lagi.

"Betul tu, nak makan tak? Laila buat laksa tadi.. ummi cakap Zaf suka laksa.."

Agak Bingung disitu.Kalau ya pun dia suka laksa kenapa Laila yang kena buat? Kenapa tak buat untuk bakal suami dia je?

Zafril geleng.

"Nanti saya makan.. saya nak tolong apa yang patut dulu"Tolok Zafril sopan.

Lengan Zafril dipegang Laila.Sehingga lelaki itu ikut duduk di kerusi.Laila senyum,mangkuk diambil lalu dicedokkan laksa.

"Makan je.. orang pun tahu Zaf penat tak biasa buat kerja macamni.."Kata Laila.

"Takpalah nanti saya makan,banyak lagi kerja dekat luar tu"Zafril cuba bangun namun dihalang Laila.Makin risau Zafril dengan kelakuan kaka iparnya.Dah la mereka berdua sahaja di dapur.

"Makan je.. Laila dah cedokkan dah ni,nanti siapa nak makan membazir.."

Membazir memang.Tapi akhlak lebih penting.Dia dah jadi suami orang,Laila pun tak lama lagi jadi isteri orang.Takkan nak berdua macamni.

Mangkuk Laksa diangkat.

"Nak pergi mana?"

"Makan dekat luar"Balas Zafril.

"Makan je dekat sini Zaf,nak makan dekat mana lagi kat luar tu,sibuk orang tengah pasang kanopi"Sekali lagi,Tangan Zafril ditarik duduk.

"Saya tak lalu nak makan sebenarnya sebab--"

"Kenapa? Tak lalu sebab Laila masak ke?"

Dengan cara Laila bercakap,rasa bersalah Zafril bila dia tak makan.

"Cuba rasa dulu.."Laila mengambil sudu dan mencedokkan kuah laksa lalu dihala ke mulut Zafril.Zafril halang pakai tangan.

"Tak pa saya boleh makan sendiri.."Kata Zafril.

Berkeras juga Laila mahu suap Zafril.Zafril pegang lengan Laila yang berlapik dengan baju.Menolak tangan gadis itu yang memegang sudu.Ambil langkah juga dia bangkit berdiri.

Kini posisi mereka dah macam orang tengah bergaduh.

"Zaf! Dahlia! Buat apa tu?!"Jerkah seseorang di muka pintu dapur.

Keduanya saling berpandangan sebelum Zafril berenjak menjauhi Laila.Tangan yang menghalang perbuatan Laila turut dilepaskan.

Bukan seorang yang memerhati,Dahlia turut menatap mereka berdua.Zafril kekal tenang,berfikir bagaimana mahu selesaikan agar isterinya tidak salah faham.

"Ummi... Zaf dia nak--"

Zafril berpura mahu pitam.Tangan dia pegang kerusi supaya tubuhnya tidak jatuh.Sorry Laila,kalau awak cakap benda betul yang saya nak makan Laksa,tak apa.. tapi kalau benda lain.. Tak akan terjadi.

Zafril Ilyan.Tak suka drama murahan perempuan tu buat.

Dahlia laju mendapatkan suaminya.Panik melihat wajah Zafril yang tiba-tiba pucat.Kerusi ditarik supaya Zafril duduk.

"Kenapa ni? Kamu buat apa Laila?"Rosna tinggi suara.Pandangan tajam diberikan pada Laila.

"T-tak.. Laila.."

"Zaf penat sikit ummi, nak makan Laksa tapi tekak macam tak boleh terima pula"Kata Zafril dengan penuh lakonan.Kening diurut-urut.

"Haa.. tak payah makan lagi,ummi ada buatkan nasi.. kamu tak makan apa-apa lagi kut sebelum buat kerja tadi? Mesti angin ni.."Kata Rosna.

Dahlia diam.Tak tahu apa yang dirasakan.Tadi terkejut juga melihat suaminya yang macam tengah bergaduh dengan Laila,tapi kalini risau pula bila Zafril tiba-tiba tak sihat.

"Lia bawa Zaf masuk bilik rehat,dia tak biasa buat kerja teruk tengah panas tu.. nanti pitam susah pula,kejap lagi ummi buatkan air biar sejuk badan.."Arah Rosna.

"Sayang.. tolong habiskan laksa abang,abang tak boleh makanlah.."Zafril bersuara manja.Sengaja mahu melihat riaksi Laila.Dah Tau dia dah jadi milik orang,kenapa nak ambil kesempatan lagi?

"Tak apa biar je dekat situ,jom saya hantar abang masuk bilik dulu.."

Zafril akur.Dia bangkit berdiri dibantu isteri.

"Dah lama ke tak sihat Zafril? Kena alahan agaknya?"Rosna tiba-tiba teruja.Terus berhenti langkah Zafril dan Dahlia.

*

Dahlia membaringkan tubuh Zafril
Sempat juga Zafril meraih pinggang isterinya hingga tubuh Dahlia jatuh menghempap atasnya.

"Abang ni! Kenapa?!"Dahlia menampar perlahan dada bidang Zafril sebelum mengakat tubut namun pelukkan Zafril sangat kemas Dan sukarkan tubuhnya untuk bergerak.

"I just want to say something, saya jangan salah faham.. Abang Jujur,Laila paksa-paksa abang makan laksa sampai pegang-pegang tangan abang.."Jelas Zafril.

"hmm lakonan je lah nak pitam tadi?"Sinis Dahlia.

"Haah,tapi tak larat juga.. best apa,dapat tidur dalam bilik dapatlah abang lepaskan rindu dekat isteri kesayangan yang asyik 24 jam dengan sepupu sepapat dia"Kini tubuh Dahlia dialih.Kepala Dahlia berbantal lengan Zafril.

"Ish tahu sangat, Laila memang macamtu.. gatal melebih.. kalau awak tak selesa saya minta jauhkan diri awak dengan dia.."Pesan Dahlia.Bukan tak tahu perangai kaka dia sorang tu.

"Hmm.."Zafril pejam mata.Nak tidur.

"Abang tidurlah.. saya nak pergi tolong ummi apa yang patut.."Dahlia angkat kepala.Nak bangun tapi badannya masih dipeluk Zafril.

"Tak payahlah.. Ummi faham sayang tengah rawat abang.."

"Pandailah! Ummi pun dah salah faham dah tu.."

Bersambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience