45

Romance Series 321693

Hanya bunyi sudu garfu yang berkelahi di atas pinggan pagi itu.Masing-masing menikmati sarapan yang dimasak Mak Kiah.Dahlia tak masak.Sofea pun tak masak.

Jadi terpaksalah Mak kiah datang memasak di rumah mereka.Mak Kiah datang lagi ke meja makan dan menghidang makanan yang baru dimasak olehnya.

"Kek coklat? Untuk siapa ni?"Tanya Sofea.Mak kiah memotong kek tersebut ke dalam pinggan.

"Dahlia.. dia cakap teringin nak makan,itu yang Mak kiah buatkan.."Kata Mak Kiah.

"Sayang teringin? Kenapa tak bagitahu abang?"Tanya Zafril pada Dahlia.Waktu tu Dahlia dah kemam bibir bila mendapat pandangan dari Sofea.Mungkin dia marah sebab Zafril panggil dia 'sayang'.

Tapi tatapan itu biasa.Tak ada kekejian ataupun marah.Cuma Dahlia sahaja yang agak risau dengan pandangan Sofea.

"Tak... Mak kiah nak tolong buatkan"Jawab Dahlia.

"Takpelah Zaf.. kesian dia teringin sangat nak makan semalam katanya.Alang-alang Mak Kiah datang ni Mak kiah buatkan lah.. Nanti pun ingat nak bawa balik dekat budak-budak tu"Kata Mak Kiah.

"Budak-budak tu ada dekat rumah mama papa ya Mak Kiah?"Sofea kembali teruja.Lama betul dia tak jumpa anak-anak Maya dan Daniel.Dulu dia yang jaga mereka.Sayang dia pada anak-anak Daniel dah macam anak sendiri.

"Ya,Daniel Maya balik tidur sana semalam.."

"Abang kejap lagi kita pergi tengok diorang? Sofea dah lama tak tengok diorang.Dah besar dah budak-budak tu"Pinta Sofea memegang lengan Zafril.

Zafril lirik Dahlia.Bertanya mahu ikut mereka sekali atau tidak.

"Takpa abang pergi je dengan kak Sofea.."Dahlia yang seakan faham.Memang kena faham.Buat masa sekarang,dia tak boleh lagi untuk jumpa dengan keluarga Zafril.Entah macam mana penerimaan mereka dekat dia bila Sofea dah kembali.

"Tapi--"

"Abang.. Kita pergi kejap je,tak lari lah bini kedua abang ni"Perli Sofea.

Mereka sambung makan.Dahlia habiskan bihun goreng awal.Dia nak cepat-cepat naik bilik.Taknak berlama dengan mereka.Memang sakit pun hati bila tengok suami sendiri dengan perempuan lain walaupun bergelar isteri.

Tapi tengok je kek Mak Kiah,dia batalkan niat nak naik bilik.Nak makan kek dulu,penat-penat Mak Kiah buatkan.

"Sedap kek tu?"Zafril pecahkan heningan diantara mereka bertiga.

Dahlia hanya mengangguk dan senyum.Semalam bukan main teringin lagi dia nak makan.Kenapa harini bila masuk je dalam mulut tekak rasa kembali loya.

"Bwrkk"Dahlia menutup mulut.Cepat-cepat berlari kesingki dapur.Zafril dan Sofea pandang Dahlia terkejut.Laju Zafril mengejar isterinya.

"Ya Allah.. tak sihat lagi ke sayang?"Tanya Zafril.Menepuk-neouk belakang Dahlia.

"Ya Allah kenapa ni Dahlia?"Mak Kiah datang dari pintu berlakang.Turut dapatkan Dahlia yang muntah di singki.

"Sayang okay tak ni? Nak pergi klinik tak?"

Dahlia angkat kepala.Mencuci mulut kemudian dia menggelengkan kepala.

"Dah berapa hari dah ni, entah sayang tak makan langsung ke dua tiga hari ni"Risau Zafril.Kembali pucat muka Dahlia.

"Biasalah tu.. awal-awal memang macamni.. nanti hilang lah alahan mengandung tu"Kata Mak Kiah selamba.

Dahlia sudah bulatkan mata.Zafril.Blur sekejap.

"Apa Mak kiah cakap?"Bukan tak dengar.Tapi dia nak pastikan apa yang dia dengar tu betul.Dan takkan ada salah faham.

"iya,alahan orang mengandung, kan isteri kamu mengandung,baru semalam dia bagitahu kat Mak Kiah.."Kata Mak Kiah.

Zafril pandang Dahlia tidak percaya.Meminta gadis itu menjelaskan segalanya.

"Betul ke sayang? Dahlia.. Dahlia.."

Disisi lain.Gadis itu memerhati dengan air mata yang mengalir perlahan.

*

Zafril buka pintu bilik.Terlihat Sofea duduk di atas katil.Kalut dia mengesat air mata.Tapi tak dapat disembunyikan yang dia sedang menangis.Hidung dan mata yang bengkak,cukup menjadi bukti yang dia baru lepas menangis.Luluh hati seorang suami jika melihat seorang isteri yang dia cintai menangis.

"Kenapa awak menangis.."Tanya Zafril.Tak tahu sebab atau punca.Sofea tiba-tiba sahaja menangis.

"Kenapa abang masuk bilik ni?"Soalan dibalas soalan.

"Abang nak berbincang dengan Sofea.."Kata Zafril berjalan kearah katil.

"Berbincang apa? Berbincang sebab abang tak jadi nak bercerai dengan perempuan tu?"Tanya Sofea.

"Sayang.. Dahlia.."

"I know,I hear that.. Taniah.. Tak lama lagi abang akan jadi ayah,impian abang akan tercapai. Walaupun dengan perempuan lain"Sakit hati dia mengucap kata-kata itu.

Memang salah dia.Tak pernah merancang untuk ada anak.Masing-masing nak sibuk bekerja.Bila melihat sikap keras Zafril.Dia pun terpaksa.Tapi bila fokus buat kerja sana sini.Kandungan dia tak dapat diselamatkan.

Selepas keguguran.Dia memang dah tak mahu fikir pasal anak.Kerana dia nak capai apa yang dia nak dulu.

"Kesian abang.. dulu saya ego,penting kan diri sendiri.. sampai tak pernah fikir untuk ada zuriat..bodoh betul saya dulu"

"Sayang.."

"Memang betul pun.."

Zafril duduk disebelah Sofea.Tapi gadis itu bangkit.Tidak mahu dekat dengan Zafril.Tengok wajah Zafril.Hati dia tak kuat,dan dia menangis dihadapan lelaki itu.

"Sakit tau hati saya tengok abang dengan perempuan tu!"Tangis Sofea.

"Sofea please, jangan keruhkan keadaan abang nak berbincang baik-baik"

"Perkara ni dah tak boleh bincang baik-baik.. Abang sendiri yang buat keadaan jadi macamni.. atau abang nak balas dendam atas apa yang saya dah buat dekat abang?!"

"Sofea dengar cakap abang dulu,bagi abang jelaskan semuanya!"Zafril meninggikan sedikit suaranya.Dah tak tahan sabar bila nak berbincang,Sofea akan lebih menguasai pergaduhan mereka.Dan akhirnya dia sendiri yang mengalah.

"Saya ingat abang dah maafkan saya,abang dah terima saya.. tapi sebenarnya abang sakitkan hati saya..abang hancurkan segalanya.Rumah tangga kita pun hancur!"Tangisan Sofea semakin kuat.

"Sofea.. abang tak ada niat pun,kami berkahwin.."

"Tak kesah apa sebab perkahwinan abang dengan dia,saya taknak dengar.. apa pun sekarang,abang dah kahwin dengan dia!"

"Dahlia tu ibarat sinar dalam hidup abang.. Semua orang tahu macam mana abang bila Sofea hilang!"

"Jadi sekarang abang nak cakap semua berpunca dari saya macamtu?" Soalan tak puas hati Sofea.

"Tak! Abang tak bermaksud macamtu.."

"Habistu maksud abang macam mana? Abang lebih cintakan perempuan tu kan?!"

"Boleh tak jangan tinggi suara! Cuba bagi peluang untuk abang bercakap Nur Sofea!"Suara Zafril semakin kuat.Keadaan dah tak terkawal.Mereka memang dalam situasi bergaduh.Dari nak berbincang terus menjadi pergaduhan.

"Cuba hormat saya sebagai seorang suami! Kenapa dari dulu awak susah sangat nak faham saya.. saya ni suami awak tau,kalau tak sebab awak buat perkara khianat berlakang saya.. kita takkan macamni"Ujar Zafril.Menahan suaranya.

"Jadi semua yang terjadi berpunca dari saya macamtu? Jadi betul lah,abang masih tak boleh maafkan apa yang saya dah buat kan?"

"Bukan maksud abang macamtu.."

Zafril cuba mendapatkan tangan isterinya.Tapi ditepis kuat dari Sofea.

"Then.. let me go.."Patah hati seorang isteri yang berkata begitu.Melihat suaminya menikahi gadis lain.Isteri mana yang suka? Kalau ada pun,mungkin dia redha.Tapi kuat hati wanita itu,tidak sepertinya.Dia lemah.

"No.. Abang takkan lepaskan siapa-siapa,abang janji kita bertiga akan hidup bahagia.."

"Takda siapa yang akan bahagia jika kena hidup berkongsi.. Lagi-lagi orang yang dicintai.. Saya mahupun perempuan tu,pasti takkan terima.. yang bahagia tu hanya abang!"Suara Sofea kembali menurun.Tapi masih terdengar tegas.

"No.. abang janji..Sofea.."Zafril mendekati Sofea.Tapi Sofea beranjak kebelakang.Gadis itu tidak mahu mendekat kearahnya.Dada dia ditolak berkali-kali agar menjauh.

"Kenapa abang kahwin dengan perempuan kampung macam saya hiks.. Sekarang ni saya rasa menyesal.. menyesal sangat-sangat"Sofea kembali menangis.

"Tak.. abang cintakan Sofea,abang kahwin dengan Sofea sebab abang cintakan Sofea.."

"Tapi sekarang abang dah tak cintakan Sofea!!! ARGHH!!!"Sofea menjerit kuat.Dia melepaskan amarahnya.Terkejut Zafril bila Sofea menjabak rambutnya sendiri.Tak cukup itu.Sofea menampar-nampar pipinya.

"Sofea stop! Bawa mengucap.. jangan buat macamtu,nanti awak sakit!!"Zafril Cuba mahu dapatkan isterinya tapi gagal.

"Abang tipu saya! Awal kahwin haritu abang dah janji!! mana janji abang!! abang penipu!!"Sofea mengamuk.Segala barang yang ada di bilik sudah terabur.

Suara jeritan dia juga sudah makin pecah.Zafril,Masih cuba mendapatkan wanita itu.

"Saya dah Cuba untuk berubah,demi abang.. demi hidup bahagia dengan abang!! tapi kenapa abang buat macamni!!"

Pintu dibuka Dari luar.Dahlia masuk dengan tergesa-gesa.Dari bawah dia sudah terkejut mendengar suara orang menjerit.Itu yang dia berlari naik keatas.

"Abang.."Dahlia rasa dia salah timing.Patutnya dia mengendap dulu apa yang terjadi.Bukan main terjah je.

"Tu bini kedua abang dah sampai!! Pergi hidup bahagia dengan dia.. lupakan saya,saya ni bukan siapa-siapa bagi abang! Saya hanya perempuan yang telah khianat abang!!"Jerit Sofea.

"Sofea bawa bertenang.. mengucap dulu"

Dahlia kaku.Dia menyaksikan pergaduhan hebat pasangan suami isteri dihadapannya.Tubuh Zafril yang cuba memeluk Sofea dicakar,dipukul.Tak cukup itu digigit pula.

"Let me go Zafril!! I hate you so much!!"

"Abang tak pernah bencikan Sofea.. abang sayangkan Sofea! Bawa mengucap Sofea!!"Erat Zafril peluk isterinya yang masih berontak di dalam pelukkanya.

"I'm your first wife Zafril Ilyan! Awak tak faham perasaan saya macam mana lagi-lagi bila saya cuba tutup semua masalah tapi awak yang bagi datang masalah!"Kata Sofea.

"LET ME GO ZAFRIL ILYAN!!!!"

Bersambung

Korang rasa Zaf dengan siapa?

Share this novel

Noryn Morley
2023-01-23 22:55:16 

cerai jak la.. susah d bawa bincang ko ni Sofea


NovelPlus Premium

The best ads free experience