13

Romance Series 321693

Hari yang dinantikan tiba.Tak tahu bagaimana nak curahkan perasaan yang dia rasa.Kini dia kembali jejak ke tempat yang diharamkan.

"Dahlia.. tengok tu,ada pelamin.."Daniel mendekati Dahlia.Yang lain sibuk dengan angkat barang dalam kereta.

Mungkin Daniel sahaja yang faham apa perasaan dialaminya sekarang.Tangan Dahlia Daniel gemgam.Memberikan semangat kepada Dahlia.Walaupun tiada darah yang sama mengalir di tubuh mereka.Kasih sayang yang diberi sama seperti adik beradik kandung

"Insyaallah.. mereka dah terima Lia.. Mak mana yang tak sayangkan anaknya.. Ayah Lia pun pasti rindukan Lia.."

"Angah takut.."

"Cuba angah tengok tu,diorang siap buat pelamin lagi.. lagipun angah tak salah kan?"

Dahlia anggukkan kepalanya.Ya dia perlu yakin.Kini semua sudah menggu di depan rumah dan memanggil mereka berdua.Agak pelik disitu.Orang yang dirisik datang sekali dengan yang nak merisik.

"Assalamualaikum..."

Cukup sekali sahaja.Satu keluarganya buka pintu dan keluar.

"Waalaikumussalam.."

Jawab Ahmad.

Kini mereka satu keluarga tertumpu pada Dahlia yang sudah bersiap cantik.Wajah yang lama mereka tak lihat.

"Anak ummi.."Rosna menyebut nama Dahlia sebelum lari mendakap tubuh anaknya.Rindu sangat.Sampai dia jatuh sakit.

"Maafkan ummi nak.. ummi Salah.. ummi lalai"

Dahlia membalas dakapan siibu.Rindu sekali dia dengan pelukkan hangat ini.Lain dari yang lain.

Akhirnya jadilah drama air mata di halaman rumah.

Maya memandang Daniel sekilas.

"Are you sure it will be okay?"Tanya Maya

"Sure.. Cuba sayang tengok,macam mana kasih sayang yang awak berikan untuk anak-anak kita.. macam mana pun awak marah diorang waktu nakal.. awak Masih tetap sayangkan mereka kan?"Bahu Maya dipeluk.Terharu dengan Dahlia yang sudah kembali kepangkuan keluarga.

"Mesti mereka semua rindu nak bersatu.."Kata Maya.

"Macamtulah.."

"Saya dah pernah lalui perasaan ni bila dapat tahu tentang keluarga kandung.. Harap-harap mereka akan kekal macam awalnya"Pinggang Daniel dipeluk.

"Insyaallah kita doakan baik-baik"

*

Selesai sahaja sarung cincin.Dia sudah begelar tunang orang lepasni.Majlis berjalan dengan lancar.Seronok juga dia melihat ummi Dan abinya yang gembira dengan kedatangannya kecuali.

Kakaknya.Tak habis-habis menjeling.Sakit mata agaknya.

Cukup lah lepas apa yang dia dah buat dulu.Dahlia tak mampu lawan kakanya dulu,sebab dia lemah.Masih muda pula tu,tapi tidak dengan kali ini.

"Ummi simpan barang Lia kemas-kemas bila tahu Lia nak balik.."Tangan Dahlia ditarik duduk di atas katil.Tak ada yang berubah.Semuanya masih sama.

Tangan Rosna naik mengusap pipi Dahlia.Senyuman yang Jelas terukir.Tapi mata tak habis lagi menitiskan permata beharga.

"Berdosanya ummi dekat Dahlia.. jahatnya ummi"Kepala anaknya dibelai.

"Tak ummi.."

"Apa yang kamu makan sebelum Daniya bawa kamu balik rumah diorang sayang... kamu sakit dekat mana-mana ke"

Dahlia geleng kan kepala.

"Lepas kakak kamu akui semau perkara.Waktu tu ummi rasa ummi lah ibu yang paling tak guna.. Ibu yang gagal.."

"Ummi tak salah,kita dah bersatu semula kan.."

"Ummi harap,Zafril dapat bahagiakan kamu.. Dia sayang kamu macam mana kami semua sayangkan kamu.. Lepas ni,jadi isteri yang baik ya sayang"

Dahlia anggukkan kepala.Dia berbaring Dan rehat kepala di atas paha ibunya.Usapan lembut itu,sungguh dia rindukan.Setiap Kali ada masalah,pasti dia akan cari usapan itu.Tapi lepas perkara tu terjadi,dia hanya minta Solehah.Ibu angkatnya.

"Lia rindu ummi dengan abi."

"Kami rindu Lia juga, malam ni Lia tidur sini ya?"

Sedar tak sedar dia sudah dibuai mimpi.Sampai maghrib dia tertidur.Mengantuk,semalam pun tak cukup tidur sebab fikirkan hal yang akan terjadi harini.

Dahlia bangkit dari katil.Nak bersihkan diri.Perut pun asyik berkonsert minta makanan.Dahlia keluar dari bilik Dan kedapur.Nampak macam keluarga pinangan sudah balik.Rasanya pasti Daniel ada kirimkam pesanan.Nantilah dia chat telifon.

"Ummi.."Tegur Dahlia mendapati ibubapanya yang sedang hidang untuk makan.

"Ha turun pun anak dara abi sorang.. sini,abi tak jumpa lagi dengan kamu"Ahmad berkata.

Dahlia tersenyum.Lalu mendekati abinya Kerusi disebelah ditarik.Rosna yang sibuk menghidang hanya Diam membisu.

"Sedapnya ummi masak.. nak makan juga lah"Pinggan diambil mahu cedokkan nasi.

"Memang itu ke perangai kamu sejak jumpa orang kaya ni? Penat-penat aku hidang dekat bapak kau,kau datang-datang terus makan"

Lain dari sebelum dia tidur.Muka umminya memang nampak macam tak peduli.Bukan itu saja,benci juga akan kehadiranya.Apa yang dia rasakan tadi mimpi ke?

"Lepas tunang masuk bilik tidur terus.. eh keluarga tunang dia datang,kita yang susah ummi"Kini datang pula Laila ke dapur.

Semua dipandang.Kenapa lain sangat.Kenapa tak seindah mimpi tadi.

"Agak-agak ya lah kan,dia punya tunang kan Dato.. tah-tah si Dato tu yang bela dia? Macam sugar Daddy.."Tambah Dahlia lagi.

Makin melampau sampai dibela Dato bagai.Kalai dia tahu yang Dahlia nak belajar sampai luar negara.Bukan sebab Sugar Daddy.. tapi sugar mommy.. kak Maya lah yang tanggung dirinya.Dia tu harap SPM je!

"Yang kamu tengok tu kenapa? Pergi la mandi! Datang dari mana tah.. Kalau kau bawa najis-najis dekat Lorong tu,tak payah la makan atas meja ni.. tak hingin aku.."Kata kasar Rosna.

"Ummi! Dahlia tak buat perkara bodoh macam tu! Dahlia dah berubah.."Gagah juga Dahlia bersuara.Tak pernah sekali dia nak buat perkara terkutuk macamtu.

"Sudahla Rosna.. Dahlia duduk makan"Ahmad membela.Mata bergenang.Nasiblah abinya Masih membela.Dah macam cerita Cinderella dah.

"Tak payah lah abang! Bagi dia makan dulu.m takpun kalau kau lapar sangat,kau makan je dekat rumah mak bapak angkat kau tu"

Tangan Dahlia ditarik kasar oleh Laila.Sakit tak usah dikata.Mereka keluar ikut ke pintu berlakang.Panggilan abi dihiraukan oleh Tuan badan.Dia sudah tidak kisah apa yang Laila mahu lakukan padanya.

"Kau nak buat apa ni Laila! sakitlah!!!"Dengan tak pakai kasut.Seperti diheret keluar oleh Dahlia.Perit sangat tapak kakinya bila memijak batu-batu kecil.

"Boleh tak kau berhenti menjerit! "Badan Dahlia dihempas kuat kuat di satu pondok.

Dahlia ingat lagi pondok ni.Tempat ummi dan abinya simpan minyak yang dijual secara haram.Itulah,orang kampung tak pernah tahu kerana lakonan mereka.Just look them like a angel..

"Aku tak tahu kenapa kau datang lagi dekat sini! Kalau kau nak kahwin pun kahwin je tak payah nak bertunang sangat!"Pipi Dahlia dicengkam.

Tapi Salah,Dahlia tidak macam dulu.Dekat hutan berlakang rumah ni Jujur memang tak ada orang.Bergaduh macam mana pun orang takkan tahu.

Dahlia menolak kasar tubuh Laila sampai terjatuh terguling.Sikit lagi je nak masuk parit tu.

"Aww!! Eh perempuan!"Laila bangkit.Walaupun sakit berlakang,tak bermakna dia akan kalah..

"Ouhh.. dah pandai melawan eh? Sini kau"Laju Laila menarik rambut Dahlia.Dahlia turut membalas tarik rambut Laila.Keduanya tak jauh,sedang menahan sakit.

Menarik rambut seperti tidak cukup untuk Laila tewaskan adiknya hingga dia menendang kuat lutut Dahlia dari depan.Jatuh terduduk Dahlia menahan sakit.Sampai bunyi lutut dia bila ditendang macamtu.

Dahlia angkat kepala,pandang Laila yang tersenyum puas.

"Cubalah bangun!"

Nak bangun memang tak mampu.Sungguh,Dahlia rasa sakit dekat bahagian lututnya.Bergerak sikit pun dah seksa.

"Tak boleh ye? Kenapa kau lawan aku tadi? Dah berani eh? Mentang-mentang dapat lelaki Kaya.."Sengih Laila.

"Tapi tu lah kalah juga.."

Sekali lagi Laila hereta Dahlia masuk ke dalam pondok yang disimpan minyak jualan ibu bapanya.

"Laila! Kau nak buat apa ni ha?! Lepaskan aku lah gila!!"Raung Dahlia bila Laila mengikatnya pada tiang di dalam pondok itu.

"Ummi yang suruh sebenarnya.. Takpa,nanti kalau kau dah mampus dalam ni.. kitorang bagitahu dekat tunang kau okay.. suruh selamatkan kau.."Senyum sinis Laila.Langkah diatur dari pondok tersebut.Pintu dikunci.Jeritlah kalau mampu Dahlia.Itu saja pesanannya.

"Buka lah!!! Laila!!!! Ummi!!! Ayah!!!!"Tangisan terdesak Dahlia didalam.Bersama kakinya yang sakit.

"Ibu!!! Ayah!!! Along!! Daniya!! Tolong!!!!"

Jeritan itu hanya sia-sia.Tidak ada sesiapa yang mampu tolong dirinya.Hanya air mata sahaja yang menemaninya di dalam pondok yang gelap itu.

*

"Good morning Dato.. amboi berseri eh lepas bertunang ni!"Sengih nakal PAnya menyapa.

Zafril sekadar membalas dengan senyuman sebelum masuk ke dalam pejabat.Dah lama tak masuk.Rindu nak bekerja walaupun agak sikit malas.

"Nanti jangan lupa Dato,meeting you yang cancel dulu banyak nak kena ganti"

"Kenapa tak cancel je terus,I malas lah Nadia"Tali leher dipakainya diperbaiki.

"Takda malas-malas.. penting ni Dato,nanti saya settlekan apa yang patut, ouhh btw.. welcome back to office.. "Senyum Nadia sebelum melakang keluar dari bilik Zafril.

Zafril menuju ke mejanya.Dia mahu mengemas bilik pejabatnya.Walaupun hati tak kuat,dia perlu kuatkan.Bilik yang dipenuhi gambar Sofea dan juga dirinya.Gambar keluarga kecil mereka.

"Sayang tetap dihati abang.."

Bersambung...

Agak-agak apa yang akan jadi dekat Dahlia? Sorry guys part ni banyak merapu sikit

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience