14

Romance Series 321693

Air mata kering.Dari semalam dia menangis,merayu minta dilepaskan.Sayang,pondok tersebut terletak betul-betul di tengah hutan.Kalau tak takkan selamat Umi dan abinya jika orang kampung tahu tentang jualan minyak haram.

"Ummi... Kakak lapar ummi.."Dari semalam perkataan yang sama dia sebut.

Dalam kepala sudah terfikir Keluarganya yang lain.Zafril,lelaki itu pula tak mungkin akan datang selamatkan dia.Ini bukan drama Dahlia.Mungkin mereka tak akan pelik dengan kehilangan Dahlia
Anggapan mereka semua,Dahlia pasti tengah luangkan masa bersama.

Kalau nak perasan pun,waktu nak dekat dengan tarikh perkahwinan.Call tak dapat,chat tak reply.Lepastu bila semua datang rumah,adalah drama yang dibuat keluarganya nanti.

"Saya minta maaf Zafril.. mungkin kita tak ada jodoh.."Air mana kembali menitis.Rasa kesian pada lelaki itu yang baru kehilangan isterinya.Dan Kali ini,dia mungkin akan kehilangan Dahlia.

"Awak lelaki yang baik,saya yakin awak akan bahagia dengan pasangan awak nanti.."Sambung Dahlia.

Apa dia nak buat? Mungkin dia akan mati kelaparan? Jujur perut dia rasa sangat sakit sebab tak makan dari semalam.

Klerk!

Pintu pondok dibuka.Cahaya matahari masuk mencelah hingga dia tak perasan siapa yang masuk.Tapi melihat rambut panjang yang kerinting dibawahnya.Sudah tahu.Laila.

"La tak mampus lagi ke?"Tanya Laila mendakatinya.

"Laila tolong lepaskan aku.."

"Hahahha whatever! "Laila mengambil bungkusan minyak.Pastinya untuk dijual.Lalu keluar Dan mengunci pintu kembali.

"Laila.. erghh"Rasa betul-betul sakit perutnya.

Takkan kau nak mengalah disini saja.Rasanya dia Masih boleh larikan diri.Dahlia memandang sekeliling.Memang gelap.Pondok ini kayu,kalau dia tentang kuat mungkin boleh patah.Atau dia bakar saja pondok ini?

Dahlia mencapai satu pack minyak lalu dibuka dan simbah kearah kayu melalui belakang.Kalau ikut pintu mungkin akan ada kekeliruan untuk keluarganya.

"Macam mana nak buat api?"

Dahlia raba mencari kayu-kayu yang rapuh.Lepas itu mencapai plastik minyak biar mudah untuk api naik.Dahlia gosokkan kedua permukaan hingga keluar asap dan dia letakkan pada plastik minyak.Sangat mudah,Dahlia halakan plastik yang sudah naik api kepada dinding yang basah dengan minyak.

Brawhh!!

Sekali sahaja api sambar.Cepat-cepat Dahlia kipas agar api membesar dan makan kayu-kayu buruk.Selepas itu dia akan padamkan api menggunakan kotak lalu keluar dari pondok itu.Cuma tak sempat.Api tiba-tiba menyambar tong minyak disebelah.

*

"Lama betul Dato muda kita tak datang main golf"Mikhail datang kemeja rehat Zafril.Baru lepas main golf.Penat sungguh.Tambah cuaca panas pula.

"Nak buat macam mana? Jadual tak tersusun.."

"Siapa kata jadual kau tak tersusun.. tu ha,bila hari nikah? Kahwin juga kawan aku sorang ni,cantik pula tu tunang dia.. nasib dah kena cop"Mikhail berkata tanpa sedar.Memang tak sedar.

Terus saja dapat pandangan maut dari mata Zafril.Mikhail ketawa,takut pula masuk ICU nanti.Mikhail duduk dihadapan Zafril.Masing-masing memasan minuman bagi menyejukkan tekak yang kering.

"Tak sangka kan.. Kau jumpa pengganti"

"Macamtulah"

"Aku harap perempuan tu boleh bahagiakan kau macam mana Sofea bahagiakan kau dulu.."

Amin.. hati saja yang menjawab walaupun Zafril kurang yakin.Mampukah Dahlia bahagiakan dia? Itu tak ada masalah,masalah sekarang,mampukah dia terima Dahlia macam mana dia terima Sofea dulu?

"Macam mana dengan kes Sofea?"

Zafril mengeluh.

"Masih tak jumpa.. Minggu depan kes dah ditutup.Dah sampai had untuk misi pencarian dihentikan"Kata Zafril.

Mikhail diam sahaja.Turut berduka atas apa yang terjadi pada sahabatnya.

Bunyi deringan telifon menghentikan perbualan mereka berdua.Nama yang memanggil.'Mama' Ada apa pula Amina menelefonnya.

"Hello ma?Panggilan dijawab.

'Zaf.. Dahlia Zaf!!!'

*

Kelam kabut Zafril keluar dari kereta mendekati hutan yang sudah terbakar.Dah tak nampak rupa,pokok-pokok pun sudah dimakan api.

Dua tiga biji Lori Bomba juga yang datang padamkan api.Tapi Masih tak berjaya kerana api terlalu kuat membara.Itu tak kira dekat bahagian berlakang lagi.

Apa yang dia cari keluar Dahlia.Nampak sahaja Ahmad yang sedang berdiri kaku melihat hutan yang terbakar dia hampiri.

"Mana Dahlia?"Tak ada salam langsung,terus dia tegur.Bukan Ahmad saja pandang,Rosna Dan juga Laila.Mereka nampak pucat.

"Mana Dahlia?!"Orang tanya sekali,lembut-lembut taknak jawab.Zafril naikkan suara sedikit.Mungkin agak kurang ajar disitu tapi apa yang perlu dia nak tahu sekarang dimana keberadaan Dahlia.

Ahmad tidak menjawab.Tapi Rosna,bersama drama air matanya menunjuk ke arah hutan yang sudah di makan oleh api.

"D-dalam tu ada pondok.. pondok kami simpan barang-barang rumah.. Tadi,Dahlia pergi ambil barang-barang dekat situ.. Dan.. asap hiks.. Anak ummi!!!!"Tangis Rosna.

Zafril menggelengkan kepalanya berkali-kali.Dada mula rasa sesak.Apa yang berlaku dekat dirinya dulu menghantui fikirannya.Berita khabar Sofea-- Dan sekarang..

"Tak... TAK!!!"

Zafril cuba meredah untuk masuk ke dalam hutan namun ditahan oleh Ahmad dan juga orang kampung.Biarlah dia sakit sekalipun,dia perlua selamatkan Dahlia yang berada di dalam sana.

Kepala jadi pusing.Kabur-kabur penglihatan Zafril.Gagah juga dia melawan orang-orang yang memegangnya untuk elakkan dia masuk.

"DAHLIA!!!!! AKU NAK SELAMATKAN TUNANG AKU!!"Zafril menangis.Ya dia menangis.Lagi-lagi apa yang menghantui dirinya menyerang lebih teruk.

"Zafril!!!"

Daniel,Maya dan juga keluarga Daniel mendekati mereka.Tubuh Zafril didakap kuat.Dan dibawa menjauhi hutan yang Masih membara dengan api.

"ANGAH!!!"Daniya.Dah tak dapat tahan tangisnya bila lihat hutan yang terbakar besar.Dia fikir hanya kebaran kecil.Tapi bila keluarga Dahlia bagitahu Dahlia terlibat dan berada di dalam.Tak berhenti dia berdoa.

Solehah pula sudah jatuh terduduk.Sayanh seorang ibu.Dia tetap menyayangi Dahlia walaupun bukan dia yang lahirkan Dahlia.Maya tak habis-habis memujuk Solehah untuk bertenang.Menjerit juga dia menyuruh anggota polis masuk mencari keberadaan Dahlia di dalam.

"Dan.. Dahlia dan..Aku baru je hilang Sofea.. Sekarang aku hiks"Merah pendam wajah Zafril yang menangis dipelukkan Daniel dan Adnan.

"Bertenang Zaf,aku yakin Dahlia tak apa-apa.."Kata Daniel.

"Aku hilang pemilik hati aku.. Dan sekarang aku hilang pula bakal cinta hati aku Dan.. Aku dah janji dekat diri aku aku nak sayangkan adik kau Dan.."

"Baw-bawa mengucap Zaf.. ayah yakin Dahlia tak apa-apa"

"Macam mana boleh terbakar?!"Bentak Maya pada salah satu anggota polis.

"Kami dapati ada pengumpulan minyak dekat dalam,sebab tu api membara kuat"Balas anggota polis tersebut.

"Bos!!"Seorang lagi polis berlari mendekatil lelaki yang dipanggil bos.

"Ada darah dekat pondok tu! Kami tak jumpa orang,kami takut dia dah--"

"Ya Allah Zafril bangun!!!"

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience