10

Romance Series 321693

Meja makan di rumah keluarga Tan Sri Kamal memang sunyi.Hanya bunyi lawan sudu Dan garfu pada pinggan.Takpun si kembar Dan juga kakaknya yang berceloteh.Orang dewasa.Memang tak ada langsung yang bersuara lagi-lagi Dahlia.

"Dahlia kenapa pipi sebelah merah sangat tu?"Tanya Amina.Dari tadi lagi dia perhati.Jatuh ke apa budak ni.Merah macam kena pukul.

"Err.."

"Dalam kereta tadi ada nyamuk.. Tangan refleks pergi tampar kuat sangat pipi tu.. "Zafril jawabkan.

Kalau Tanya Dahlia,memang dia tak tahu nak jawab apa.Sebab ingat diri sedang bermimpi.Habis pipi menjadi mangsa.Sakit,tak usah kata.Rasa nak menangis.Dari tadi tak berhenti berdenyut.

"Kereta Daniel mama.. memang banyak la nyamuk,jenis suka simpan kasut dalam kereta.."Kata Maya.

Dahlia anggukkan saja.

"Haih.. mama ingat Dahlia kena pukul ke apa tadi,Nanti Zaf tolong tuamkan dengan ais.. mama tengok macam nak membengkak je pipi Dahlia tu"

Keduanya kaku.Tak bergerak sudu Dan garfu yang dipegang mereka.Perlahan mata saling melirik sebelum mereka pandang Amina.

"Mama nak Zaf tuamkan?"Tanya Zafril meminta kepastian.Dulu waktu dia mahu berkahwin dengan Sofea.Tak ada pula Amina suruh buat perkara sama.Siap suruh jaga ikhtilat lagi.

Tapi Dahlia.Lain Dari yang lain.Dahlia juga dibenarkan tidur di dalam bilik.Bukan dia yang suruh,tapi Amina yang paksa.

"Ye lah.. tuamkan la bakal isteri kamu tu Zaf.. takkan nak biar membengkak je pipi dia tu"

Garfu Dan sudu diletak semula.Gelas yang berisikan jus oreng segar diambil kemudian dia tempelkan gelas itu pada pipi Dahlia.

"What are you doing Zafril Ilyan?"Tanya Kamal.Bukan Kamal saja pelik,satu meja menatap mereka sekarang ni.

"Tuam.. air ni kan ada ais.."Balas Zafril selamba.

"Kau ni belajar sampai luar negata Zaf.. boleh tak jangan buat mama naik angin,sakit Tau tak pipi Dahlia tu.."Marah Amina.

"sakit ke?"Zafril Tanya Dahlia.Masih setia memegang gelas.

Tak tau nak geleng atau angguk.Dahlia tidak menggerakan kepalannya.Ngilu bila kulit terkena benda sejuk.Dah la hujan.

"Zafril..."

Terus Zafril letak lepas dapat teguran dari Kamal.Dia sambung makan semula.Lupakan apa yang terjadi.Itu isyarat yang dia buat menggunakan sifat selamba badak dia.

"Look at that.. Mamangaj dengan Papa.. they look like snow white story, seorang putera yang menyelamatkan si puteri yang pengsan.. and papa rawat mamangah yang tengah sakit.. woww.. I see it in real life!!"Kata Adeela teruja.

"They not like the Snow White story sayang but they look like a princess and Prince that make a love story.."Kata Daniel.

"Daniel!!'Serentak Dahlia dan Zafril.

"Hahahahah mama ngah dengan papa Zaf cakap sama-sama!!"Kini si kembar pula.

Tak jadi nak marah,tapi semua di meja makan kembali riuh dengan ketawa disebabkan si kembar yang comel.

"Nanti papa kahwin lah dengan mamangah.. "Kata Ayden.Ditambahkan menunjuk kedua Gigi yang baru tumbuh.

"Haah.. mamangah cantik,baik pulak tu.. macam Mama Sofea"Sambung Aydan.

"Yes.. Kalau mama Sofea ada.. mesti best kan, rumah kita ada empat orang perempuan cantik.. tok mama.. lepastu mommy.. lepastu mama Sofea,lepastu Mamangah!"Ujar Ayden.

"Tapi if papa kahwin dengan Mamangah.. nanti kita ada dua la mama.. papa pulak! Papa ada Dua isteri la!"Mata Adeela membulat.Tak sangkat bapa saudaranya memiliki dua isteri.

Budak-budak yang tak tahu apa-apa bercakap.Tegang terus meja makan itu.Dahlia pula,seperti batu.Begitu juga yang lain.

'Dua orang isteri?'Hati Dahlia menyoal.

Dahlia pandang semua orang di meja makan.Semua menunduk.Kecuali Zafril.Lelaki itu Diam dan menyegarkan lehar yang kering tiba-tiba.

'apa semua ni? Aku tak faham..'Hanya mata menujukan soalan pada Zafril.

Bersambung..

Sorry.. part ni pendek sikit.. alamak.. jadi ke tidak diorang nak bertunang ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience