END

Romance Series 321693

Sudah dua jam Sofea dibebaskan dalam wad itu.Lepas dia dihantar ke hospital,dia sudah diberi pil penenang.Dan badannya juga dibedung kerana dirinya yang memberontak.

Sekarang dia tenang.Tenang kerana kesan ubat? Mungkin.Tapi dia tenang.Jauh lebih tenang.Mungkin sebab dia berjaya buat keputusan yang betul.

Walaupun masih tersisa di hati.Apa yang dia rasa.Dia dah tak boleh buat apa-apa.Melainkan dia buat keputusan yang tidak akan menyakitkan dirinya sendiri.

Biar ada kesan luka.Asalkan dia dah tak sakit.

Pintu bilik wad dibuka.Dia fikir orang yang sama masuk.Tapi bukan.Zafril.Lelaki itu menapak perlahan mendekati katil pesakit yang sedang dia rebahkan badan.

"Sayang.."Panggil Zafril lembut.Sebak melihat keadaan Sofea begitu.

Sofea tidak menjawab.Dan tika itu, air mata kembali jatuh membasahi pipi.Menangis.Tapi tidak kuat.Kerana dia mahu bertenang.

Sofea mendudukkan diri.Zafril membantu.Pipi Sofea diusap.Air mata gadis itu disekat olehnya.Bila Sofea menangis,lagilah dia sedih.

"Abang minta maaf.. Maafkan abang Nur Sofea"Tubuh Sofea dipeluk. Lama mereka dalam keadaan macamtu.

Sebelum Sofea memilih untuk melepaskan pelukkan.Dia tarik nafas dan menghembus.Mengumpul kekuatan.Dari mata,hidung,bibir dan seluruh wajah.Sofea menyentuh.

Tangan kembali teralih.Dia menyuruh Zafril untuk duduk di birai katil.Kemudian dia menggenggam tangan lelaki itu.

"Sofea dah terima semuanya.."Katanya buatkan Zafril tergamam.

Dia pandang Sofea tak percaya.Hati mula gembira tapi..

"Dahlia lebih baik dari saya.."Kata Sofea.Terus Zafril terdiam.Tak jadi nak tersenyum.

"Dia baik... sampai sanggup undur diri, tak macam saya.. ego.Selalu nak kan kemenangan.. Sedangkan saya yang hilang dulu.. Saya tahu awak sayangkan saya,sebabtu tak pernah ada sinar dalam hidup awak.."Katanya.

"Bukan sebab saya tak percaya,tapi perempuan mana yang sanggup hidup bermadu.. "

"Tapi saya tak salahkan abang.. apa yang abang buat memang betul, abang jumpa orang yang lebih baik dari fea.."

"Jangan cakap macamtu Sofea.."Potong Zafril

"Apa yang Sofea cakap tu betul, memang abang mampu.. tapi,saya taknak hati saya terluka.. Dan saya pun taknak hati Dahlia terluka"

"Dahlia tu memang layak untuk abang.. Bukan saya bencikan dia,tapi saya kesian kan dia.. Saya tak pernah marahkan dia depan-depan sebab saya kesian dekat dia.. Tak pernah lansung kami bercakap sekali,sebab saya takut saya hilang kawalan.."

Sekali lagi Sofea menarik hembus nafas.Dia tenang.Hati dia memang tenang.Tapi air mata tak dapat dihentikan.

"Abang perlukan seorang isteri macam Dahlia.. Dia baik, jauh baik dari saya.. Kami sangat berbeza.. Dan saya sendiri,boleh nampak siapa yang berhak.."

"Dulu Sofea khianati abang.. Buat perkara yang abang tak suka.. tipu abang.Abang nak tahu tak.. Sebelum saya koma.. saya lupa pagi tu saya ada chek testpack.. Dan keputusannya positif.. tapi disebabkan ego dan jahat saya.. Saya lupa nak bagitahu abang..,saya lebih pilih untuk fokus jual perabut abang secara haram.."Jelasnya.Zafril memang dah merah muka.Marah menguasai.Tapi bila Sofea Jujur.Hatinya lembut.Dia pasti yang Sofea sudah sangat-sangat menyesal sekarang.

"Dua kali saya tak dapat jaga anak-anak kita abang.. Saya memang gagal.. gagal menjadi seorang isteri dan juga ibu"Sofea kembali menangis esak.

"A good person like you doesn't deserve a bad girl like me.."

Pandangan mata mereka tak beralih sama sekali.Zafril biarkan gadis itu bercakap semahunya.

"Saya stress bukan sebab saya kecewa abang kahwin lain,tapi saya kecewa dengan diri saya sendiri,sebab saya gagal.."

"Abang tak pernah cakap Sofea gagal.. Sofea dah berusaha menjadi isteri yang terbaik untuk abang.."Kata Zafril.Cepat-cepat dia mengambil peluang untuk bercakap,bila Sofea sibuk menghapuskan air matanya.

"Tadi.. saya nampak Dahlia,boleh tak abang panggil dia masuk.. saya nak bercakap dengan dia sikit"Pinta Sofea.

Zafril turun dari katil.Memang dia ada bawa Dahlia.Itupun sebab Dahlia yang nak ikut sangat.Dia kembali bersama Dahlia yang jalan bersembunyi diberlakangnya.

Takut.

Sofea turun dari katil.Dah tak hiraukan dah wayar drip ditangan.Tubuh Dahlia dipeluk Sofea.Suasana dalam bilik itu sunyi.Tekilan dengan apa yang berlaku.Madu peluk madu.Bukankah itu perkara yang sangat jarang berlaku?

"Dahlia.. Terima kasih ya.."

Flashback.

Dia terjaga bila perasan ada orang masuk ke dalam biliknya.Perempuan.Nak Kata jururawat,dia tak berpakaian seragam pun.Bila perempuan itu kalih badan menatapnya.Baru dia perasan.

"Tunggu.. awak? Awak bukan ke.. Sara? Awak yang datang dengan Sara kan? Yang tolong saya dekat wad dulu"Gagap Sofea bertanya.Lama tak berjumpa.Mereka jumpa kembali harini.

"Ya? Ada masalah? Ouhh ni arahan Dato Zafril suruh saya hantar makanan dekat awak,diorang nak datang,tapi lambat sikit sebab Dahlia tak sihat"Kata Mawar.

"Macam mana awak boleh kenal husband saya? Awak siapa sebenarnya? Mana Sara?"Bingung Sofea.Gadis yang berdiri dihadapan seperti sangat kenal dengan dirinya.

Mawar senyum Sinis Kepala digeleng-gelengkan.Demi sahabatnya,dia sudah tak tahan lagi.Dahlia tak bersalah.. Tak layak dilakukn begitu.

"Tak sedar lagi ke siapa yang tolong kau sebenarnya.. Kalau bukan sebab Dahlia tolong, buat apa lah dia undur diri. bodoh betul eh kau ni"Berkata kasar terus Mawar

"A-apa maksud awak?"

Endflasback.

"Terima kasih sebab bayar saman saya.. tolong saya waktu koma"Kata Sofea.Zafril pandang Dahlia.Rupanya Dahlia yang selesaikan saman Sofea.Patutlah dia hilangkan diri terlebih awal.Dia dah susun plan awal-awal.

"Terima kasih.."Pelukkan dilepaskan.Tangan Dahlia digenggam erat.Seperti dia mahu sampaikan satu amanah pada Dahlia.

"Dahlia.. Tolong jaga abang untuk akak.. boleh ya?"

"Akak--"Sofea beri isyarat supaya Dahlia diam.Kemudian dia beralih pandang Zafril.Tangan Dahlia dan Zafril disatukan olehnya.Tahan punya tahan, jatuh juga air mata.Baru tadi dia kesat air mata.

"Untuk kita bertiga.. Dan ini adalah keputusan saya,yang mungkin boleh bawa kebaikan pada kita"Sofea menyentuh lengan Zafril.Mata mereka saling berpandangan.

Zafril hanya diam,dia tak tahu apa yang Sofea lakukan sekarang ni.Maksud Sofea pun dia tak dapat tangkap sebab debaran yang menghantui.

"Abang.. Sofea nak abang lepaskan Sofea dengan cara baik.."Katanya.

*

6 bulan kemudian...

Semuanya berlalu begitu sahaja.Lepas penceraian Zafril dan Sofea.Masing-masing mulakan hidup baharu.Benar,Sofea cuba untuk beri kebahagiaan pada orang yang dia cinta.Kerana cinta,dia lebih memilih untuk biarkan lelaki itu bahagia dengan pasangan yang lebih layak darinya.

Cinta tak semestinya dimiliki.Begitu kisahnya dengan Zafril.Pada awal mereka dipertemukan dengan rasa cinta.Tapi jodoh tidak panjang,walau apa pun.Itu adalah pengajaran bagi Sofea.

Selepas bercerai.Sofea buat keputusan pergi ke luar negara.Jauh dari kenangannya.Tapi hadir lelaki berdarah orang putih menjadi pengganti baru.

Mawar pula,sudah jumpa juga dengan pilihan hatinya.Siapa? Pastilah Aiman.Setiap orang pasti akan berubah.Syukur,Aiman yang dulu sudah kembali.Harapnya mereka akan kekal hingga ke jannah.

Dan kini pasangan yang sedang berjalan di taman.Gelak ketawa pasangan itu,memang memaparkan kebahagiaan mereka.

"Cepat lah sikit jalan sayang.. "Jerit Zafril yang sudah berlari jauh.Dahlia pula dah termegah dekat belakang.

"Abang ni kan ada ke patut bawa saya pergi jogging?"Gagah juga Dahlia lari perlahan.Dengan perut yang makin meninggi itu,memang susah lah nak berlari jauh.

"Kan dokter cakap,kalau nak mudah bersalin.. kena banyak berjalan"Zafril mendapatkan isterinya.Dengan jarak yang bukan main jauh ni.. Silap-silap tahun depan lah sampai dekat dia bila Dahlia berlari pelan macamtu.

"Ye la,tapi bukan macamni.. baik saya berjalan dalam rumah je,takpun paling mudah cuci lantai pakai tangan.."Kata Dahlia.

Zafril ketawa kecil.Kesian tengok Dahlia yang penat.Padahal tak sampai tengah lagi mereka berjalan.

"Sini" Zafril bawa Dahlia duduk di kerusi detepi tasik.Berehat disitu.Air mineral dibuka penutup lalu dihulur kepada Dahlia.Tak tolak Dahlia menerima saja.Walaupun jalan tak sampai berapa minit,penat dia dah macam buat larian 4x200 meter.

"Haihh.. tengok mama ni,baru jalan kejap dah penat.."Zafril mengusap perut Dahlia.Dapat dia rasa juga pergerakkan anak mereka yang kian aktif.

"Bukannya kita lari sorang,bawa anak dia la yang penat tu.. Kalau tak,Dahlia Natasya dulu perlari nomber satu Tau"Dengan riak bangga Dahlia.Sekali sakala menipu.Takpa kan.

"Ye ke?"

"Nak minta maaf dekat abang"Tangan Zafril diciumnya.

"Kenapa?"

"Tipu ja hahahahaha"

Zafril ikut ketawa.Dan berakhir dengan senyuman.Wajah Dahlia makin tembam.Macam mana tak tembam kalau asyik makan je.Tapi biasalah,rupa bukan menjadi pilihan.Asalkan hati ikhlas menerimanya.

"Kenapa abang pandang saya macamtu? Saya tak cantik ke?"Tanya Dahlia hentikan renungan Zafril.

"Isteri abang sentiasa cantik.."Zafril tersenyum.Pipi Dahlia yang tembam dia cubit.

"Abang tak sangka,kita akan kekal sampai sekarang"Kata Zafril.

"Allhamdulillah jodoh kita panjang.. ni ha ada bukti cinta kita"Dahlia menyentuh perutnya.

"Sarangtebuan..."Kata Zafril sambil buat mini love pada Dahlia.

"a-apa?"Bingung Dahlia.

"Sarangtebuan.. Sarangtebuan sayang.."

Dahlia Masih tak dapat tangkap perkataan Zafril.Bila lihat mini love ditangan Zafril.Terus ketawa terbahak dia.Boleh semput kalau tak berhenti.

"Kenapa gelak?"

"Hahahahahah SARANG TEBUAN HAHAHAH"Ketawa teruk Dahlia.Zafril dah tayang muka blue.

"Saranghae lah.."Dahlia betulkan ayat mereka.

*

Suasana di Kafe yang baru buka meriah dengan kedatangan pelanggan yang menyambut pembukaan Kafe.Nak buat macam manakan,Syarikat yang menjadi milik dia dulu sudah menjadi milik pemilik asalnya.

Riuh di dapur dah juga luar.Boleh tahan ramai tetamu yang datang.Pemanis mulut pun dah empat lima Kali baking.Pelanggan masih tak putus-putus datang.

"Kejap ya, boleh tunggu dekat meja nanti saya hantar.."Kata Dahlia pada pelanggan itu.

"Mawar,tolong jaga kaunter.."Arah Dahlia pada Mawar.Seronok juga bila dapat bekerja dengan Mawar yang dia lantik sebagai manager kedai.

Melihat Zafril yang sudah serabut.Mana tak nya,bayi perempuan mereka yang berusia tiga bulan sudah menangis.Apa yang Zafril beri semua dia taknak.Pujuk pun tak makan.

"Ye sayang janganlah menangis..."Dari duduk Zafril kembali menggendong anaknya.Digoyangkan sedikit tubuh supaya bayi perempuan itu merasa diayun seperti buaian.

"Abang okay tak tu?"Dahlia mendekati Zafril.

"Tak.. tak okay,abang rasa Nayla rimas ni orang ramai sangat"Balas Zafril.

Nayla Zafiya.Gabungan nama Natasya dan Zafril yang diubah suai sedikit.Dan terbentuklah nama indah buat cinta hati mereka berdua.Kehadiran Nayla Zafiya,menguatkan lagi cinta mereka berdua.

"Sini,dekat mama.."Nayla yang berada di dukungan Zafril kini alih ke tangannya.

"Alaaa sian dia.. papa buat apa ni sampai menangis macam ni hmm?"

"Papa tak buat apa,mama yang lambat.. sibuk layan tetamu.. Pelik pula,yang bujang-bujang tu tak tahu ke owner cafe ni bini orang?"Geram Zafril bila tengok budak-budak muda tengah oder makanan tadi.Mentang-mentang yang jaga kaunter perempuan cantik.

"Habistu takkan nak letak depan Kafe.Khas untuk orang berkahwin sahaja yang boleh datang makan.. macamtu?"

"Takdelah,nanti sayang tak payahlah jaga kaunter"Rengek Zafril.Bini kut,mana tak sayang!

"Ye,tadi pun saya ganti Mawar je.. abang ni pun.."

Zafril tersenyum.

"Taniah.. your dream come true"Kata Zafril sambil menepuk tangan.

"Thank you abang.."

Baru nak bersweet dengan suami.Tangisan Nayla semakin pecah.

"Ha okay! okay kita pergi minum susu.. bye bye papa.."Dahlia melangkah pergi,tapi dia toleh semula bila teringat sesuatu.

"Abang.."

"ya?"

"Berikan Aku cinta??"Dahlia angkat kening sebelah.

"Abang dah bagi dah.. sekarang ni pergi berikan anak susu"

TAMAT

Finally dah tamat Berikan Aku Cinta.. Agak-agak apa pengajaran yang korang dapat,cuba Komen.. Sorry tau kalau ada yang tak puas hati dengan jalan cerita atau ada banyak typo ke,ini hanyalah cerita rekaan semata-mata.Korang jangan lupa share,rates, support and follow okay.. AYN akan buat raya edition kalau ada masa,jangan lupa follow tau! Love you readers,Thank You

Share this novel

awer
2023-02-06 04:48:49 

dahlia pun 1..blah la..ahhhrgh..baabi la...knape dlm dunia jntan cm ni besepah...


NovelPlus Premium

The best ads free experience