17

Romance Series 321693

Keduanya memulakan perjalanan.Entah lah dah berapa lama mereka berjalan.Masih tak jumpa jalan raya.Hutan tu memang betul-betul tebal.Kata orang kampung,memang jarang dah mereka nak baik kecuali ada hal penting.

"Akak okay ke?"Tanya Dahlia.

Tadi bising juga mulut mereka.Tapi bila makin tinggi,hutan pun makin tebal.Mereka banyak senyap.Taknaklah cakap besar sangat.Kang tak fasal-fasal kena kejar dengan Pak belang.

"Penat sikit.. kita berhenti dulu boleh?"Tanya Sofea.Dah penat.Kaki pun rasa macam nak tercabut.Pinggang dia pun memang sakit sebab asyik jalan je dari tadi.

"Takpa rehat dulu.. kejap lagi rasanya kita kena naik bukit lagi"

Mereka berteduh di bawah pohon besar.Cuaca pula makin panas.Basah habis baju sebab berpeluh.Dahlia selak sedikit seluar yang dia pakai.Rasa pedih tempat Luka melecur dia bila kaki berpeluh.

"Dahlia,nah air.."

Dahlia menyambutnya.Minum.Rasanya kejap lagi dia perlu tetap nampak kuat walaupun kaki memang sakit.Tambahkan lutut dia yang belum sembuh sepenuhnya itu.

"Kita sambung ya kak?"

Sofea angguk.Nampak juga kesukaran Dahlia untuk sambung berjalan lagi.Kalini memang agak susah sebab mereka akan naik bukit.

"Kalau akak rasa tak boleh jalan bagitahu saya,kita berhenti.."

"Akak memang tak boleh lah dik.. pinggang akak sakit"Sofea mencapai lengan Dahlia.Mahu mula menyeberang hutan untuk naik ke atas.

"Ha? Akak okay tak?"

"Kita rehat lama sikit boleh? Akak memang tak boleh dah ni dik"

Dahlia cemas.Bukan apa,takut nanti malam pula mereka sampai.Lepastu tak nampak jalan lagi berbahaya.

"Sini saya dukung akak,saya takut kita sampai malam.. nanti lagi bahaya"

"Eh! Kaki Dahlia sakit kan.."

Dahlia geleng kepala.Menyuruh Sofea panjat saja berlakangnya.Nasiblah perut dia tak besar sangat,kalau tak lagilah susah.

"Boleh ke ni?"Risau Sofea bila rasa pegerakkan Dahlia tak stabil.

Muka Dahlia berkerut menahan kesakitan.Tak boleh nak melangkah.Kalau dia gagal,sampai bila mereka nak sampai.

Satu langkah.. dia berjaya stabilkan diri.Dua langkah dia berjaya juga..

Tiga langkah..

Entah mana silapnya.Kaki Dahlia memijak tanah lincin.Dan akhirnya mereka berdua jatuh.Semoat juga Dahlia memegang tangan Sofea kerana disebelah ada jurang yang agak dalam.

"Kak Sofea!!!"

"Dahlia!!"

"Pegang kuat2!! Cuba panjat!"Tak menyerah,Dahlia Cuba menarik Sofea.Baru Dahlia perasan mereka memang berada di kawasan yang baru dibasahi hujan.

"Dahlia..."Tiba-tiba saja suara Sofea berubah.Mengisyaratkan sesuatu dari mata dia.

"Jaga dia untuk akak.."

Pegangan tangan terlepas begitu saja.

"AKAK!!!"

Terjaga dia dari tidur.Dahlia bernafas termegah-megah.Hati berzikir.Patutlah mimpi buruk,tidur waktu maghrib rupanya.Dia Masih lengkap berpakaian tunangannya.

Tak habis lagi debar yang terasa.Nur Sofea.. Dia Masih ingat nama tu.Nama isteri Zafril.Kenapa pula dia boleh mimpikan Sofea.Dan ayat terakhir Sofea sebelum dia terjaga dari tidur.Apa yang dimaksudkannya.

"Dahlia.."Pintu diketuk dari luar.

"Y-ye ummi?"

"Okay ke tu?"

"Okay ummi.. Lia mimpi je tadi"Balas Dahlia.Rasanya kuat juga dia menjerit sebab terkejut.

Syukurlaj semuanya hanya mimpi.Dia bangkit mahu bersihkan diri dan mengerjakan solat yang tertinggal.Mengantuk sangat.Semalam pun dia tak tidur lena.

Pintu bilik dikuak.Dapat lihat ummi sedang aturkan sejadah di ruang tamu.Banyak pula tu.

"Ummi.. kenapa banyak sangat sejadah ummi?"Tanya Dahlia.Teman lelaki Laila datang ke? Jangan tanya macam mana dia tahu Laila ada teman lelaki.Semuanya gara-gara ummi yang ceroboh cerita.Dan ada juga ummi cerita Laila cemburu dengannya sebab dapat lelaki Kaya.

Full package okay..

Tapi susah! Bila cik tunang jadi pujaan hati orang ramai.Dia pula rasa tersempit.

"Ouhh tak ada yang ramainya.. Kamu tu pergi mandi,nanti solat sama-sama"

Dahlia angguk dan menuju ke dapur.Lama betul tak mandi di bilik air ni.Boleh lah terjun dalam kolah.Tapi dulu kecik-kecik bolehlah.. sekarang kalau terjun tak fasal-fasal kena tazkirah umminya.Lagipun dah besarkan.Kain tuala yang beelapik di atas kepala ditanggalkan lalu disempang ke bahu.

Pintu bilik air ditolak.

"Aikk? Ada orang ke dekat dalam!"Suaranya sedikit deras.Tak ada jawapan.Dahlia ketuk pintu sekali lagi.

Klerk!

Tercegang dia depan pintu bila Zafril keluar bersama sehelai kain yang dililit pada pingangnya.Rezeki kali kedua.Mata Dahlia melilau melihat tubuh Zafril yang berbentuk tegap.

Macam mana dia boleh ada di sini?! Bukanlah dia dah balik lepas mereka selesai bertunang?

"Where's your hijab?" Soal Zafril.Lelaki itu tidak memandang wajah Dahlia.Tapi ditundukkan pandangannya memandang lantai.

Cepat tangan Dahlia menutup kepalanya bersama kain tuala.

"D-dato.."

*

Selesai solat maghrib diimamkan oleh Zafril.Itupun abinya yang suruh.Cara mak test bakal menantu katanya.Kagum juga Dahlia sebab Zafril tawarkan diri terlebih dahulu nak jadi Imam.

Suara merdua bacaan ayat Al Quran.Memang cair hati wanita kalau dapat suami sepertinya.Rasanya lepas kahwin,bolehlah dia mintak Zafril bacakan surah sebelum tidur.Merepek betul lah kau Dahlia!

Baru juga dia tahu,Zafril bermalam disini atas suruhan abinya.Mahu lebih rapat dengan bakal menantu.

"Dahlia.. kamu panaskan lauk yang ummi masak tadi boleh? Zafril dia tak makan dari pagi tadi lagi"Ummi berbisik pada Dahlia.Sambil-sambil tangan melipat sejadah.

"Laila dah panaskan dah ummi.. nanti Laila hidangkan untung abang Zafril"Laila disebelah Rosna dijeling tajam.

Eh..eh.. tunang aku tu bukan tunang kau.Geram pula Dahlia.

"It's okay.. terima kasih akak Liala.. Dahlia pun nak makan sekali biar Lia yang hidangkan untuk abang Zafril"

Agak geli tekak untuk sebut ayat beelakangmTapi nak buat macam mana.Itu je cara nak hancurkan hati kakaknya.Padanlah Laila.Tu baru sikit.Dulu lebih kau buat pada Dahlia sampai dihalau.

"Betul tu.. pergi cepat Dahlia,nanti ummi suruh Zaf pergi dapur terus"

Dahlia angguk kepala.Bangkit melakukan kerja hidang makanan untuk cik suami.Rindu sekali masakkan umminya.Palin win,masak lemak cili api.

Tak lama itu,Zafril datang kedapur.

"Dato.. jom makan sekali"Pelawa Dahlia.

"Can we talk Dahlia?"

Bersambung...

Hati korang tengah konflik ke sebab ingat Sofea Masih hidup HAHAHAHA.. btw sorry part ni pendek sikit...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience