2

Romance Series 321693

Siap berpakaian,Dahlia menatap dirinya sekilas dihadapan cermin.Abaya berwarna nude dipadankan bersama tudung shawl.Cukuplah,malas nak berlebih-lebih.Lagipun majlis kesyukuran diadakan kecil-kecilan sahaja.

Dahlia keluar dari bilik,ruang tamu sudah penuh dengan tetamu.Sopannya dia melangkah mana tahu bakal suami ada disebalik pakcik-pakcik tua yang sibuk berbual tengok dia.Langkah diatur kedapur.

Dah tak ramai,mungkin semuanya sudah sibuk menghidangkan makanan di luar khemah.

“Dahlia..”Tegur Maya mendapatkan adik iparnya.

“ye kak?”

“Akak nak minta tolong sikit,boleh tak tolong kejutkan Ayden dan Aydan dalam bilik? Lepastu suruh diorang makan dekat dapur..dari petang tak makan budak-budak tu”

“Boleh je akak,kejap.. majlis nak mula dah ke kak?”

“Ya,kejap lagi agaknya kenapa?”

Dahlia menggelengkan kepalanya.Dia menuju ke bilik budak-budak tu tidur.Untunglah tak jauh sangat dari dapur.Tak perlu dia nak acah ayu kalau lalu dekat ruang tamu.

Pintu dibuka,namun kelibat si kembar dan kakak mereka tiada di dalam bilik.Kemana pula pergi mereka bertiga.Dia kembali kedapur mencari Maya tapi rasanya Maya sudah hilang jejak di khemah yang sudah dipenuhi orang ramai.

“mana pula budak-budak ni? Ke dah pergi dekat kak Maya?”

Nak keluar cari dekat khemah rasa malas.Dia pula tak berapa suka dengan kawasan orang ramai macamtu.Nak tanya Daniel,segan pula sebab Daniel tengah uruskan hal dekat depan.

“Uik!”

Terhinjut sedikit bahu Dahlia apabila ada tangan mencuit pingganganya.Dahlia menoleh melihat Daniya yang pastinya baru pulang.Sibuk dengan drama baru,dah jadi artis terkenal dah adiknya.

“Ha balik pun!”

“hahaha takkan lah aku tak balik tengok kakak kesayangan aku ni,peluk sikit”Tubuh Dahlia ditarik kedalam pelukkan.Dua-dua melepaskan rindu yang bertahun.Sebelumni hanya sekadar telifon sahaja yang mengubati rindu mereka.

“Kau sihat?”Tanya Dahlia kepada adiknya.

“Allhamdulillah,kau?”

“Sihat je.. Kau habis shoot dah ke?”

“Tak, aku balik ni pun sebab cuti je.. minggu depan sambung balik.. “

Kepala dianggukkan-anggukkan sahaja.Daniya sekarang memang berbakat.Mana tak nya,kalau dulu pun menangis nak sesuatu sampai ayah di ibu pun sanggup dapatkan walaupun tak berduit.Kalau tengok betul-betul nampak sangat tangisan palsu.Tapi Allhamdulillah.Dia dah tak macam dulu,banyak berusaha untuk berdikari.

“Eh lupa pula nak tanya,kau ada nampak anak-anak kak Maya tak?”tanya Dahlia.Mana tahu Daniya nampak mereka.

“rasanya ada dekat depan.. dekat tempat parking.. aku tengok diorang main lari-lari.. sempat jugalah aku tegur tadi,kenapa?”

“tak apa,kau pergilah naik mandi tukar baju.. majlis nak mula dah..”

Kata Dahlia yang keluar melalui pintu berlakang mahu mencari si kembar dan juga kakaknya.Daniya juga turut beredar mahu membersihkan diri dan bersiap untuk majlis.Dia berjalan perlahan,takut ibu nampak.Tak fasal-fasal kena jadi pensuruh pula.

Tak suka dia nak gabung dengan Makcik bawang.Bukan apa,kejap lagi ada lah soalan khbat.Dah berpunya ke? Bila nak kahwin? Tak bawak balik menantu lagi ke Dahlia?

Tak faham betul.Nak kahwin dengan lelaki diorang,diorang tak bagi.Astu sibuk suruh orang kahwin.Nampak sahaja Ayden yang sedang berlari di kawasan gelap.Laju sahaja Dahlia membuka langkah mahu menangkap kanak-kanak kecil itu.

“Ayden! Mama ngah ni sayang..”Kata Dahlia apabila Ayden yang seakan takut dan belum menyedari siapa yang cuba menghalangnya.

“Mama ngah..”

“Ye,mana abang dengan kakak?”

Ayden masih takut dengannya.Macam mana tak takut.Nampak muka pun tidak.Kawasan parking dah la gelap.Nasiblah tadi dia tak jadi nak pakai telekung.Awalnya nak pakai telekung je sebab ingat majlis tak mula lagi.Tapi bila dengar suara dari ruang tamu macam ramai,dia tukar jugalah baju.

Kalau dia keluar dengan telekung.Mahu pengsan Ayden.

“Ni mama ngah la sayang..”

“takut!”

“Ini mama ngah.. kita pergi tempat cerah jom,sini memang tak nampak”Dahlia cuba menarik Ayden ke tempat yang lebih cerah namun budak kecil itu memberontak.Boleh pula dia pergi baring dekat tanah.

“Ayden.. ni mamangah la.. --”

“Buat apa tu?”

Suara seseorang menghentikan Dahlia dari mahu menarik Ayden.Kejap,bagi masa dia bernafas.Dah la Ayden tembam.Umur 5 tahun pun dah macam budak 10 tahun.Berisi pula tu.

Nafas dah membaik.Dahlia angkat muka memandang seorang lelaki yang cuba merampas Ayden dengan kasar lalu didukung Ayden.Lelaki,kuatlah nak dukung Ayden.Kalau Dahlia comferm patah pinggang.Dah la badan kecik.

“Awak siapa?!”tanya Dahlia dah mula risau.Dah la tempat gelap.Tak nampak pula wajah lelaki dihadapannya.Mana tahu penculik ke kan.Yang dia perasan Aydan berada di belakang lelaki itu dan bersembunyi darinya.

“I ask you who are you.. what are you try to doing my kids?”

Ha ni siapa pula ni yang mengaku bapak Ayden dan Aydan? Nak kata Daniel suara lain.Daniel pun tak lah berbadan tegap sangat.

“awak tak patut tanya sa--”

Lelaki itu mengangkat tangan tanda menyuruh dia berhenti lalu menunjuk kearah taman bunga ibu yang ada lampu.Cerah sedikit tempat itu.Dahlia dan lelaki itu pergi ke taman bunga puan Solehah.

Kalau nak dibual di tempat gelap tu sampai keeask baru perasa muka masing-masing.Bagus,lelaki itu cuba berbincang cara baik.Kalau tidak,dia dah keluarkan penumbuk untuk berlawan.

Dahlia menatap lelaki yang mendukung Ayden.Tegas dan nampak seperti orang luar yang tak ada kena mengena dengan keluarganya untuk mengaku sebagai ayah Ayden dan Aydan.My Kids konon! Tah tah penculik.

“Awak siapa nak mengaku anak buah saya anak awak?”Kening dikerutkan biar nampak garang.

Tapi pelik pula bila lelaki itu tersenyum dan ketawa kecil kearahnya.Dah kenapa pula? Tahulah dia cantik tadi memang tak cantik sebab tak nampak.Tapi tak payah la sampai ketawa.Macam menghina je.Solekkan yang dihias di wajah ada comot ke?

“awak ketawa? Awak nak saya menjerit ke cakap yang awak nak nak culik anak-anak buah saya? Dah la sesuka hati cakap awak bapak diorang!”Kepala dilangut menghadap wajah lelaki itu.Sayang,inchi tak berapa nak cukup.

Dah minum susu,tapi tak naik juga tinggi.

“You don’t remember me Miss muffin?”

“Haa… ni jadi masalah, cik ni siapa pula nak ajak main teka teki ni? Boleh tak lepaskan anak buah saya.. saya tak ada masalah”

Dahlia cuba merebut Ayden di dukungan lelaki itu.Mahu saja Ayden,lepas nampak muka baru nak percaya bahawa dirinya adalah ibu saudaranya.Ayden yang berada dibelakang turut ditarik.Keduanya berdiri disamping Dahlia.

Pelik,tidak ada riaksi langsung penculik dihadapannya.Memang betul-betul penculik ke? Atau dia takut Dahlia sebab tu dia pasrah sahaja bila budak-budak tu diambil olehnya

“Really? Awak tak ingat saya Dahlia Natasya?”Sekali lagi lelaki bersuara garau itu bersuara.

“siapa sebenarnya awak ni? Cakap je lah tak payah nak main teka teki pula..”Naik geram Dahlia.Dah orang tak kenal tu tak kenalah.Kenapa nak kena ulang tanya perkara yang sama.

“Lupa,awak baru balik dari Korea.. how are you? You look better now”

Ha ni mememang ada masalah ni.Lelaki ni sihat ke tidak ni.Ke memang orang gila.Tapi takkan lah orang gila pakai kemas siap bau wangi perfume mahal.Ke dia memang tak waras,ada orang datang bawa makan kenduri.Dia tanya khabar Dahlia,dia sendiri yang jawab Dahlia nampak makin baik.Adakah itu logik?

Dahlia memandang lelaki dihadapannya besar kecil-besar kecil.

”Kau nak tanya tapi kau yang jawap.Macam mana tu?”

“saya Zafril.. remember me?”

Satu saat..

Dua saat...

Tiga saat...

Tenganga mulut Dahlia.Baru dia perasan wajah lelaki itu.Tapi sudah berbeza dulu dengan sekarang.Tak silap dia,Zafril sekarang berumur 38 tapi kenapa nampak muda pula.Dulu tak adalah muda macamni rupanya.

“Awak Zafril? Dato Zafril?”Sekali lagi Dahlia bertanya.Masih ragu-ragu nak percaya.

“Yes I am..”

“Tapi kenapa muda?”Dahlia tanya tanpa malu.Dia benar-benar bingung dan keliru.Betul ke lelaki dihadapannya adalah Zafril abang Maya?

“sebelum ni saya nampak tua ke? Hmm?”

“ya”laju sahaja Dahlia jawab.

Tangan dimasuk kedalam poket.Lelaki itu tersenyum sehingga menampakkan kuasa kecantikkan dan kekacakkan dirinya apabila tersenyum.Ini kalau tengok sekali dua memang tak puas.

“Dulu awak gelar saya lelaki tak cukur jambang bagi habis right?”

Baru Dahlia perasan.Jambang lelaki itu sudah tiada.Bersih.Memang makin kacak lelaki itu walaupun Dahlia lebih sukakan jambang yang awal mereka berkenalan dulu.Tiber. Tapi rajin pula Zafril cukur jambang kalini.

“eh maaf.. saya betul-betul tak perasa Dato”Rasa bersalah pula naik suara dengan lelaki itu.

“Its okay.. im sorry too..”

Dahlia mengangguk.Rasa janggal berduaan walaupun ada Ayden dan Aydan.Dia memilih untuk masuk ke dalam rumah.Lelaki tu pun tak habis memerhati wajahnya.Susah jadi cantik ni.

“Taniah..”

Baru sahaja nak melangkah masuk rumah,Zafril bersuara buatkan Dahlia menoleh semula.

“Untuk?”

“habis study..”

Dahlia tersenyum.

Bersambung..

OMG.. diorang dah jumpa guys!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience